Anak pemandu Speaker Dun Melaka maut terlibat kemalangan jalan raya

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


ALAI - Anak kepada pemandu Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ), berhampiran Jambatan Kandang, dekat sini, awal pagi semalam.

Muhammad Azwan Mohd Ariffen, 19, yang juga pekerja kilang di Batu Berendam maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya terbabas dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi.

Bapa mangsa, Mohd Ariffen Doraman, 41, merupakan pemandu kepada Datuk Othman Mohamad berkata, dia mengetahui kejadian malang itu selepas seorang rakan anaknya datang ke rumah memberitahu, kira-kira 3 pagi.

“Pada mulanya saya ingat arwah hanya kemalangan biasa. Malah, sebelum ini saya pernah memarahinya selepas dia terlibat kemalangan kira-kira setahun lalu," katanya.

Berikutan itu, katanya, dia membiarkan seorang lagi anaknya, Mohd Azlan, 17, untuk pergi melihat kemalangan yang berlaku, semalam, tanpa mengetahui anaknya sudah tiada.

“Tidak lama selepas itu, Azlan telefon dan memberitahu saya, arwah sudah tiada. Luluh hati saya bila mendengarnya dan kemudian saya terus keluar bersama isteri ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, dekat Kampung Alai, di sini, semalam.

Menurut Ariffen, sebelum kejadian, anaknya pulang ke rumah kira-kira 12 tengah malam sebelum keluar semula kira-kira 1 pagi.

“Biasanya apabila sudah pulang, dia tidak keluar semula. Namun, malam semalam (kelmarin) dia keluar menggunakan motosikal emaknya tanpa sempat kami memanggilnya dari dalam rumah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Mangsa datang dari arah lampu isyarat Kandang menghala Ayer Molek sebelum terlibat kemalangan. Apabila sampai di tempat kejadian, dia dipercayai terbabas sendiri dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi...-maut-terlibat-kemalangan-jalan-raya-1.115055
 
Sponsored Post

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,837
Points
196
Didoakan semoga Anak kepada pemandu Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) tenang di Sana dan ditempatkan
di kalangan orang orang yang beriman di sisiNya...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 

MugenMTX5

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,889
Reaction score
52
Points
75
Al _ Fatihah
-
takziah buat keluarga mangsa..
-
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
alfatihah

Takziah buat keluarga arwah
 

farr1z

Active+ Member
Joined
Jul 12, 2010
Messages
3,230
Reaction score
145
Points
33
Innalillahwainnailaihiroji'un
 
Sponsored Post
Top
Log in Register