BTC USD 49,007.6 Gold USD 1,786.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Nik Aziz nafi sokong adik ipar jadi CEO PMBK

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KOTA BHARU: Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan beliau menyokong pelantikan adik iparnya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Beliau pernah menasihatkan ayahnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Penasihat PMBK mengenai risiko bakal menimpa Abdul Ariffahmi apabila dilantik ke jawatan tertinggi di perbadanan itu, termasuk fitnah.

"Ketika itu, saya memberi pandangan dan menasihatinya tetapi saya tahu beliau (Abdul Ariffahmi) mungkin tidak senang dengan pandangan dan nasihat itu," kata Nik Mohamad Abduh dalam blognya, baru-baru ini.

Isu menantu Nik Aziz timbul selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu PMBK berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan dakwaan pelantikan keluarga terdekat Menteri Besar Kelantan menerajui syarikat milik kerajaan negeri.

Nik Mohamad Abduh berkata, beliau berbincang dengan ayahnya selama setengah jam dan memberi pandangan agak kontra me-ngenai pelantikan itu.

"Saya memberitahunya (Nik Aziz) sikap kawan dan lawan yang tidak bersetuju dengan keputusan itu supaya ayah berfikir semula atau lebih bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan nanti," katanya.
 
Top
Log in Register