BTC USD 55,933.5 Gold USD 1,769.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak M Nasir tak malu tebar roti canai

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,970
Reaction score
2,735
Points
206
hm133caai_1613715639.jpg


Kuala Kangsar: Pemegang Diploma Sains Komputer daripada sebuah universiti awam, Nor Aishah Mohd Nasir tidak pernah malu menjadi penebar roti canai di kedai makan diusahakannya di persisiran Jalan Sultan Iskandar Shah, berdekatan Taman Mayang Sari di sini.

Nor Aishah, 30, berkata, pekerjaan itu dilakukan untuk membantu suaminya, Radhi Ramli, 32, yang bekerja sebagai pemandu lori sampah bagi menyara keluarga.

Lepasan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang itu berkata, kemahiran menebar roti canai dipelajari secara pemerhatian daripada bapanya, Mohd Nasir Ein, 64, yang sudah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan makanan itu.

Katanya, minat menceburi bidang perniagaan bermula setahun selepas menamatkan diploma pada 2013 iaitu ketika dia bekerja sebagai pembantu gerai di warung yang diusahakan bapanya itu sementara menunggu peluang kerja.

"Bapa tidak pernah memaksa saya untuk meneruskan legasi perniagaan roti canai. Bahkan teknik menebar roti canai juga saya pelajari melalui pemerhatian sewaktu bekerja di kedai makan bapa.

"Memang pada mulanya saya ingin mencari kerja yang bersesuaian dengan diploma diperoleh namun ditakdirkan, agak sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang itu.

"Sementara menunggu peluang kerja di waktu itu, saya bekerja dengan ayah sebelum mendirikan rumah tangga pada 2016. Selepas berkahwin, saya ambil keputusan untuk teruskan legasi perniagaan bapa dengan membuka kedai makan sendiri," katanya ditemui di warungnya.

Anak keenam daripada 10 beradik itu berkata, kemahiran menebar roti canai turut dimiliki seorang adik perempuannya berusia 25 tahun selain dua kakaknya, masing-masing berusia 33 dan 35 tahun.

Katanya, adik serta seorang daripada kakaknya turut mengusahakan gerai roti canai di Kuala Kangsar.

Menurutnya, bapa mereka lebih mesra disapa sebagai 'M Nasir' oleh kenalan dan penduduk setempat.

"Justeru, penduduk setempat menggelar kami tiga beradik ini sebagai 'trio anak perempuan M Nasir'," katanya.

Menurut Nor Aishah, dia tidak lagi berharap untuk beralih bidang dengan bekerja makan gaji sebaliknya mahu fokus untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

"Setiap hari, saya tidur jam 10 malam. Ia bagi membolehkan saya bangun awal dan bersiap bermula jam 3 pagi sebelum membuka gerai seawal jam 4.30 pagi. Roti canai biasanya habis dijual jam 10.30 pagi.

"Kebiasaannya, setiap hari, saya menjual tidak kurang daripada 350 roti canai. Alhamdulillah, selain dibantu empat pekerja, suami turut membantu mempersiapkan gerai sebelum dia memulakan tugasnya mengutip sampah jam 6.30 pagi," katanya.

Menurut Nor Aishah, dia pernah disindir kerana melakukan pekerjaan itu walaupun memiliki diploma namun tidak kisah dengannya.

 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,048
Reaction score
790
Points
81
Banyak income tu, cuma rugi le diploma tu bila keja bukan dlm bidang yg sama ......, Patut ambik bidang masakan dulu tu macam abg mat sabu
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,634
Reaction score
431
Points
46
"Setiap hari, saya tidur jam 10 malam. Ia bagi membolehkan saya bangun awal dan bersiap bermula jam 3 pagi sebelum membuka gerai seawal jam 4.30 pagi. Roti canai biasanya habis dijual jam 10.30 pagi.

kesian laki..
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,753
Reaction score
1,956
Points
206
Bkn m.nasir penyanyi tu ke?
Kena prank dgn tajuk ke aku ni


Lepasan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang itu berkata, kemahiran menebar roti canai dipelajari secara pemerhatian daripada bapanya, Mohd Nasir Ein, 64, yang sudah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan makanan itu.
 

cotek21

Fun Poster
Joined
Dec 28, 2020
Messages
139
Reaction score
38
Points
30
Lepasan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang itu berkata, kemahiran menebar roti canai dipelajari secara pemerhatian daripada bapanya, Mohd Nasir Ein, 64, yang sudah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan makanan itu.

M.nasir penyanyi pun dah lama sangat dah tak keluat tv.
Tah2 buka warung tebar roti canai @ keje kelindan lori mana tau
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,634
Reaction score
431
Points
46
Bkn m.nasir penyanyi tu ke?
Kena prank dgn tajuk ke aku ni

mmg disengajakan tu tajuk..bagi berita hot..lau nama bese2 takde la masuk berita ..
kira ala2 'clickbait' jugak la
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,240
Reaction score
2,163
Points
201
Abg ringgo pun sempoiii tebar sambil nyanyi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register