BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Kotak Ais Sejak 2021

Sponsored Post

Kecederaan Trauma Benda Tumpul Di Dada Punca Kematian Wanita Di Temui Mati Dalam Peti Sejuk

21.11.2024 - Polis kini mengesahkan bahawa kematian seorang wanita warga emas yang mayatnya ditemui dalam peti sejuk beku di Taman OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur adalah akibat trauma kecederaan benda tumpul. Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, laporan bedah siasat awal menyimpulkan punca kematian adalah kecederaan pada dada akibat trauma tumpul.

“Setakat ini, sembilan kenyataan telah direkodkan bagi membantu siasatan. Buat masa ini, tiada garis masa ditetapkan berhubung pembunuhan itu, kerana kami sedang menunggu laporan bedah siasat penuh,” katanya ketika dihubungi.

Mengenai suspek, Rusdi berkata, lelaki berkenaan telah keluar dari hospital pada Rabu dan kini ditahan di ibu pejabat polis Brickfields sehingga 26 November depan. Sebelum ini dilaporkan bahawa wanita itu didakwa dibunuh tiga tahun lalu oleh anaknya, yang kemudian menyembunyikan mayatnya di dalam peti sejuk. Suspek dilaporkan menghubungi polis mengenai penemuan mayat itu.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...mui-mati-dalam-peti-sejuk-di-jalan-klang-lama
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register