BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Kotak Ais Sejak 2021

Sponsored Post

Tiada Repot Sepanjang Kehilangan Wanita Di Simpan Dalam Peti Sejuk

13.11.2024 - Polis mengesahkan tiada laporan dibuat berhubung kehilangan seorang wanita berusia 80-an, yang dipercayai dibunuh anaknya tiga tahun lalu di sebuah rumah di Jalan Klang Lama. Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata suspek berusia 53 tahun yang juga penganggur tiada rekod jenayah lampau, dan status kesihatannya masih dalam pemeriksaan hospital.

“Suspek sendiri yang membuat panggilan polis bagi menyerah diri dan tindakan suspek serah diri kepada polis masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Rusdi berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Nov. Semalam, media melaporkan polis menemukan mayat seorang wanita di dalam peti sejuk selepas anak lelakinya yang mengalami masalah kesihatan membuat laporan. Lelaki itu dilaporkan memberitahu polis dia membunuh ibunya pada 2021 sebelum menyimpannya dalam peti sejuk beku.​

1731477579741.png
 
Toshiba = Skyworth :)


Bukan la

Toshiba Jepun,,Skyworth Hongkong..





...........

Toshiba TV dia sekarang .. Hisense (China) beli 95 %



Saya dah lama tak beli Frdge...sebab yg kat rumah...sidebyside samsung pakai lamaa...sekarang dah tinggal ber 2 balik..so peti ais tu dah jadi terlajak besar...baru ni rosak..terpaksa p cari baru

sebelum tu mmg saya beli satu...made in China..Brand Chiq :D ..tapi pakai beli sja..sebb nak letak kat rumah sewa..tak ambil masa pusing2 sgt


tapi yg d rumah ni tiba2 rosak
.terpaksa p cari baru

kali ni ambil masa sikit

anak2 pesan ambil yg kecik cukup!

round2 kedai..baru tau...banyakkkknya jenis2 baru!
Paling menarik yg jenis 4 pintu atau Frenc door
tak silap..samsung punya RM 4K lebih...cantik gila...tapi lebih kurang sama..Hisense jual dlm RM 3 K..
hisense & mcm2 jenis drp China nampak gagah sekarang.

Elotrolux masih gagah juga ya? (dia sweden kan?)

cari2..last saya ambil Sharp...sebab dia ada 12 tahun waranty, 5 star letrik...yg plg penting Plasmacluster (entah betoi tak saya pun tak tau)..Yg paling penting...Murah! :D
 
12.11.2024 - Perselisihan faham mengenai isu agama dipercayai menjadi punca seorang lelaki tergamak membunuh ibunya sebelum mayatnya disumbat dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, pagi tadi.


Berpunca dari isu agama je rupanya
Tak tahu la kot ada dah asbab lain sebelum tu lagi
 
12.11.2024 - Perselisihan faham mengenai isu agama dipercayai menjadi punca seorang lelaki tergamak membunuh ibunya sebelum mayatnya disumbat dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, pagi tadi.


Berpunca dari isu agama je rupanya
Tak tahu la kot ada dah asbab lain sebelum tu lagi

Mungkin gaduh maturidiyah vs salafi vs wahabi
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register