BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Kotak Ais Sejak 2021

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,194
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,194
Reaction score
7,151
Points
916
Awards
1
12.11.2024 - Polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam kotak ais selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sendiri sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, ibu negara, pagi tadi. Difahamkan anak lelaki mangsa yang mengalami masalah kesihatan menghubungi polis sebelum memaklumkan kejadian itu. Sumber berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan kotak ais berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian. Pada masa ini sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian. Polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu dalam masa terdekat.​

1731391335826.png
 
Sponsored Post

6168116380939960416_120.jpg

6168116380939960417_120.jpg


Anak lapor polis selepas simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku sejak 2021


Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan peti sejuk beku berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian," katanya.

Pada masa ini sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Kredit ➡️ Sinar Harian
 
Suspek Di Percayai Tumbuk Ibu Hingga Mati Supaya ‘Masuk Syurga’

12.11.2024 - Perselisihan faham mengenai isu agama dipercayai menjadi punca seorang lelaki tergamak membunuh ibunya sebelum mayatnya disumbat dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, pagi tadi. Suspek dipercayai menumbuk ibunya sehingga mati sebelum mayat warga emas itu dibalut dengan tuala dan kain kemudian disumbat dalam peti sejuk beku. Sumber berkata, suspek mendakwa membunuh ibunya pada Mac 2021 sebelum menyembunyikan mayat ibunya dalam peti sejuk beku. Selepas lebih tiga tahun, katanya, mayat mangsa ditemui selepas kediaman suspek diperiksa sepasukan polis yang menerima laporan perkara itu pada jam 9 pagi tadi.

“Mangsa dipercayai ditumbuk hingga mati sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan disorok dalam peti sejuk beku. Suspek yang berusia 50-an dipercayai membunuh ibu kandungnya yang berusia 80-an kerana mahu wanita itu ‘masuk syurga’. Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik,” kata sumber.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan kerana tidak sihat sebelum membongkar rahsia mengenai keberadaan mayat ibunya. Susulan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek. Kata sumber lagi, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan suspek turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan. Difahamkan, suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.
1731408043193.png
 
Suspek Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Nampak Normal, Jiran Ingatkan Mangsa Pulang Ke Kampung Selama Ini

12.11.2024 - "Sudah lama saya tidak melihatnya (mangsa), saya fikir dia pulang ke kampung atau berpindah ke rumah lain dan tidak tinggal bersama anaknya lagi." Itu kata seorang jiran selepas mengetahui penemuan mayat dalam peti sejuk beku dalam kes disyaki pembunuhan di kediaman dua tingkat di Taman OUG dekat Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Selasa. Lelaki berusia lingkungan 30-an yang enggan dikenali itu berkata, dia sangat terkejut selepas melihat ambulans dan beberapa anggota polis tiba di kediaman terbabit.

"Sangat terkejut bila tahu ada kes ini. Pagi tadi nampak ada polis dan ambulans datang. Saya duduk sini sejak kecil dan ini kejadian paling besar berlaku," katanya.

Menurut lelaki itu lagi, suspek telah menetap di rumah itu sejak lebih 10 tahun. Katanya, sebelum ini memang ada beberapa kes cubaan pencuri masuk rumah dan sebagainya, namun tidak sangka berlaku tragedi sebegini.

"Suspek seperti biasa, kalau jumpa saya, penduduk lain pun dia akan tanya khabar," ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan perbuatan kejam seorang lelaki yang tergamak membunuh ibunya berusia lingkungan 80-an sebelum disimpan di peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai terbongkar selepas suspek membuat panggilan 999 kira-kira pukul 9 pagi akibat masalah kesihatan kronik. Difahamkan, suspek lelaki berusia 50-an itu membunuh ibunya di kediaman mereka pada Mac 2021. Mangsa kemudian dibalut dengan tuala dan plastik sebelum diletakkan di dalam peti sejuk beku tersebut. Motif kejadian dipercayai berkaitan perselisihan berkaitan fahaman agama. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kes terbabit dan kes dalam siasatan.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...-ingatkan-mangsa-pulang-ke-kampung-selama-ini
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register