BTC USD 23,575.7 Gold USD 1,915.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak kemaruk cinta beri ibu air ubat tidur

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup bersengkang mata semata-mata untuk memastikan anak perempuannya yang sedang kemaruk cinta tidak lari dari rumah.

Namun, dia akhirnya tewas apabila si anak memberinya minum ubat tidur.

Ibu malang terbabit, Fatimah Moideen Kutty, 55, dari Endau, Johor, bertindak demikian selepas anak perempuannya, Norazi Yacob, 22, pernah melarikan diri kerana mengikut teman lelaki sebanyak empat kali sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam keempat-empat kejadian itu, anaknya ditemui semula di rumah teman lelakinya di Teluk Kemang, Negeri Sembilan.


Menceritakan kejadian itu, Fatimah berkata sebelum melarikan diri anaknya menghidangkan segelas air untuknya yang dipercayai sudah dicampur ubat tidur.


Pada masa itu, dia tidak mengesyaki niat anaknya itu lalu terus meminum air dihidangkan tanpa banyak soal.

Bagaimanapun, katanya, beberapa minit kemudian dia mula pening dan mengantuk sebelum tertidur.

“Ketika saya tidak sedarkan diri akibat minum air bercampur ubat tidur itu, anak saya mengambil kesempatan melarikan diri. Saya percaya dia sudah merancang semuanya dengan teliti sehingga saya tidak mencurigai lagaknya itu.

“Apabila tersedar semula sejam kemudian, saya bergegas mencari Norazi dalam dan luar rumah, tetapi gagal menemuinya,” katanya ketika ditemui.

Fatimah berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu, dia dimaklum jiran yang mendakwa melihat anak gadisnya keluar dalam keadaan tergesa-gesa sebelum menaiki sebuah kereta biru dipandu seorang lelaki yang sedia menunggu di tepi jalan beberapa meter dari rumahnya.

Selepas memeriksa bilik gadis itu, dia mendapati barang peribadi seperti pakaian, barang kemas serta wang tunai berjumlah lebih RM3,000 turut dibawa anaknya.

“Menurut cerita yang saya dengar sebelum ini, mereka (Norazi dan teman lelakinya) merancang bernikah, tetapi apa yang saya kesalkan mereka membelakangkan undang-undang apabila mahu meneruskan niat itu di negara jiran (Thailand).

“Saya juga risaukan nasib anak saya kerana lelaki berusia 30-an itu sudah mempunyai isteri dan dua anak, tambahan pula dia (lelaki) tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Fatimah bagaimanapun akur dengan pilihan anaknya dan merayu Norazi pulang ke rumah serta berjanji akan merestui perkahwinan mereka.

Berikutan kejadian itu, wanita malang terbabit membuat laporan di Balai Polis Endau, selain merayu mereka yang mempunyai maklumat mengenai anaknya supaya segera menghubunginya di talian 019-7656931.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register