BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak gajah mati dilanggar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,283
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,283
Reaction score
1,665
Points
201
KELIHATAN seekor anak gajah jantan ditemui mati (setelah diubah ke tepi jalan raya) di atas jalan raya di JRTB Gerik - Jeli berhampiran simpang RPS Banun, Gerik jam 5 pagi tadi. FOTO ihsan Pembaca


Gerik: Seekor anak gajah jantan berusia antara empat dan lima tahun ditemui mati di tepi jalan raya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli berhampiran kawasan simpang Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun dekat sini dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira jam 5 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Yusoff Shariff berkata, anak gajah terbabit dipercayai terlanggar atau dilanggar lori atau bas. Bagaimanapun, setakat petang semalam tidak pihak tampil membuat pengakuan berhubung kejadian.

Katanya, bangkai gajah jantan yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan itu bagaimanapun sudah dipindahkan dan ditanam di kawasan hutan berhampiran oleh anggota dari Pejabat Perhilitan Gerik tengah hari semalam.

"Kita percaya anak gajah berusia antara empat dan lima tahun itu dilanggar atau terlanggar oleh lori atau bas, bukan kereta kecil," katanya ketika dihubungi melalui WhatsApp malam tadi.

Yusoff berkata, seperti mana pernah dibuat kenyataan sebelum ini, Perhilitan berharap sangat pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan hutan terutama di JRTB Gerik - Jeli.

Katanya, kawasan berkenaan memang diketahui umum sebagai habitat hidupan liar, terutama gajah yang sering pula didapati melintas jalan kerana di beberapa kawasan.

Perhilitan, katanya, sudah memasang beberapa papan tanda peringatan di sepanjang jalan raya berkenaan.


== hmetro
 
ada gading tu. cemotet je
 
Back
Top
Log in Register