BTC USD 70,200.0 Gold USD 2,422.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Dr Maszlee Terima 6 Anugerah & Pelajar Pertama Asia Tenggara Raih CGPA 4.0 Di Qatar

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
15.05.2023 - Nusaybah Maszlee merupakan pelajar jurusan ijazah International Relations and Affairs, School of Foreign Services di Georgetown University di Doha, Qatar. Nama Malaysia kini lebih dikenali ramai apabila pelbagai kejayaan telah ditempa di persada antararabangsa oleh anak muda di universiti pengajian mereka. Jasa mereka mengharumkan nama negara termasuklah dari bidang pendidikan, sukan, seni dan sebagainya. Antara kejayaan yang membuatkan ramai rakyat Malaysia berbangga adalah apabila tiga orang pelajar tempatan diterima masuk ke sekolah pra-universiti Harvard University iaitu Harvard College untuk sesi akademik tahun 2027.

Nusaybah Maszlee Terima Enam Anugerah Siswa Cemerlang Dan Raih CGPA 4.0

Baru-baru ini, satu lagi kejayaan ditempa oleh pelajar Malaysia jurusan ijazah International Relations and Affairs, School of Foreign Services di Georgetown University di Doha, Qatar. Memetik laporan Sinar Plus, pelajar tersebut yang bernama Nusaybah Maszlee merangkap anak perempuan kepada bekas Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee. Gadis yang berusia 24 tahun ini telah menerima enam anugerah siswa cemerlang di Qatar termasuklah anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan dan tesis terbaik. Lebih membanggakan lagi, anak sulung daripada empat adik beradik ini merupakan pelajar pertama Malaysia dan juga Asia Tenggara yang berjaya meraih CGPA 4.0 di universiti tersebut.

Anak-Dr-Maszlee-Raih-6-Anugerah-Dinobat-Pelajar-Pertama-Asia-Tenggara-Raih-CGPA-4.0-Di-Qatar.jpg

Ramai Ucap Tahniah Atas Anugerah Yang Diterima Oleh Nusaybah

Kejayaan yang ditempa oleh Nusaybah itu pastinya telah menggembirakan keluarganya termasuklah bapanya, Dr Maszlee Malik. Menerusi laman Twitter (@maszlee), bekas Menteri Pendidikan ini berbangga dengan pencapaian anaknya dan memuat naik detik penuh bermakna itu di media sosial dengan kapsyen “Malaysia Boleh!”.



Kejayaan tersebut turut dikongsikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff di laman rasmi akaun Twitter miliknya (@raishussin). Beliau juga tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah kepada Dr Maszlee atas kejayaan yang ditempa oleh anak sulungnya itu.



Dalam pada itu, ramai juga netizen yang turut mengucapkan tahniah dan kagum dengan pencapaian Nusaybah yang membuatkan ramai tertanya-tanya tips di sebalik kepandaiannya.

dsa.jpg

p.jpg

lp.jpg


Walaupun hanya berusia 24 tahun, tetapi Nusaybah berjaya membuktikan bahawa dia boleh mengharumkan nama Malaysia dan keluarganya dalam bidang pendidikan. Semoga kejayaan ini memberikan suntikan semangat kepada masyarakat di luar sana untuk menggapai impian dan cita-cita pada masa akan datang, bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Rujukan https://sinarplus.sinarharian.com.m...gerah-siswa-cemerlang-di-qatar-raih-cgpa-4-0/
Berita asal https://www.therakyatpost.com/trpbm...pertama-asia-tenggara-raih-cgpa-4-0-di-qatar/
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register