Anak dihukum tak berbin bintikan ayah kerana dosa lampau bersama ibu

CG Sponsors




stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,968
Reaction score
792
Points
121
Betul. Ada sebab kenapa anak luar nikah kena letak bin Abdullah, dan bukan nama bapanya. Ada banyak perkaitan dan implikasi kalau nak ubah nama Abdullah kepada nama bapa dia:

1. Harta. Dia tak boleh mewarisi harta bapa, tapi boleh mewarisi harta ibunya.
2. Aurat dan mahram. Kalau perempuan, hubungan dia dengan bapanya adalah bukan mahram.
3. Nafkah dan sara hidup. Ini di bawah tanggungan dan tanggungjawab ibunya, bukan bapanya.
4. Wali. Kalau dia nak bernikah, bapanya tidak boleh menjadi wali. Kena guna wali hakim.

Daripada senarai di atas, nampak tak komplikasi untuk anak luar nikah? Kalau dia dibinkan nama bapanya, tapi layanan tak macam adik-beradik yang lain, tentu jadi masalah dan pertanyaan di masa hadapan.
kan. tapi ramai yang masih nak mempersoalkan. termasuk mufti.
 
Sponsored Post

apodio

Fun Poster
Joined
Sep 17, 2014
Messages
426
Reaction score
31
Points
30
Suhakam kena pejuangkan hak anak2 yg bakal di bin/ti Abdullah dgn kempen kuat halang, cegah hubungan jantina luar nikah. Kalau 'bapak'nya ramai, yg mana satu lg utama utk di bin/ti kan?

Layak ke kita langgar perintah utk taknak bin/ti kan dgn Abdullah (bg kes yg mesti dibuat gitu)?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,984
Reaction score
11,103
Points
1,906
Peguam Muda PAS

· 10 jam

APA SIGNIFIKAN ISU ‘BIN ABDULLAH’?

DR MUHAMMAD FATHI BIN YUSOF
Pusat Polisi Perdana,
Fakulti Teknologi dan Informatik Razak
Universiti Teknologi Malaysia
14 Februari 2020

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Februari 2020 tempoh hari amat signifikan dari 3 perspektif: Pertama, dari sudut tafsiran undang-undang terutamanya Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957. Kedua, dari sudut penggunaan ‘bin Abdullah’ menurut Islam. Ketiga, dari sudut kedudukan undang-undang Islam dalam sistem perundangan negara.

Kenapa isu ‘bin Abdullah’ ini timbul? Apakah sebenarnya yang berlaku?

Isu ini menjadi topik perbincangan kini selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah adalah layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.

Keputusan dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Apakah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini?

Mahkamah Rayuan berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.
Rujukan kepada ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkaitan hal ini dianggap tidak boleh berkuatkuasa kerana bertentangan dengan Seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.

Apakah ketetapan Muzakarah yang dimaksudkan itu?

Dalam muzakarah fatwa kali ke 57 ditetapkan bahawa:

a. Anak Tak Sah Taraf ialah: Pertama, anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan. �Dan kedua, anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). �

Muzakarah fatwa juga memutuskan bahawa anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Apa pula keputusan Mahkamah Persekutuan?

Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh dibin atau dibinti dengan nama bapanya.

Panel tujuh hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf membenarkan sebahagian rayuan dikemuka Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Pengarah JPN dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan pada 2017, memutuskan anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa, sebaliknya perlu ‘dibin atau binti Abdullah.’

Hakim Rohana yang menyampaikan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu berkata, Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang Melayu kerana orang Melayu tidak menggunakan nama keluarga.

Beliau berkata, Seksyen 13A tidak diguna pakai dalam sistem nama orang Melayu dan tidak membolehkan anak-anak dibin atau dibinti dengan nama peribadi orang yang diketahui ialah bapa kepada anak itu (responden pertama dalam kes rayuan ini).

Hakim Rohana, bagaimanapun mengeluarkan perintah penting bagi Ketua Pengarah JPN untuk mengeluarkan ‘bin Abdullah’ daripada sijil kelahiran kanak-kanak itu. Mahkamah berpendapat bahawa nama responden pertama (kanak-kanak) tanpa ‘bin Abdullah’ perlu kekal.

Hakim Rohana berkata, Ketua Pengarah JPN tidak boleh menggunakan fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap kanak-kanak itu kerana tiada fatwa tentang bagaimana memberi nama pada kanak-kanak tidak sah taraf yang diwartakan di Johor.

Pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau sesuatu fatwa itu akan menjadi undang-undang di negeri Johor dan mengikat di sisi perundangan jika ia diwartakan dalam Warta Negeri selaras dengan Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

Dalam penghakimannya, Hakim Rohana juga berkata, Ketua Pengarah JPN bertindak secara tidak munasabah dalam menggunakan fatwa tertentu ke atas kanak-kanak itu serta ibu bapanya, dan dengan berbuat demikian, Ketua Pengarah JPN telah merampas kuasa Sultan Johor.

Beliau berkata, Ketua Pengarah JPN, dalam melaksanakan pendaftaran kelahiran anak-anak orang Islam, boleh merujuk dan bergantung pada Seksyen 111 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 mengenai pewarisan harta pusaka. Katanya, tindakan Ketua Pengarah JPN tidak membenarkan permohonan bapa agar kanak-kanak itu dibin dengan namanya betul dari segi undang-undang.

Tiga lagi hakim iaitu Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun bersetuju dengan Hakim Rohana, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nallini Pathmanathan menentang.

Adakah implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan kepada undang-undang Islam?

Secara keseluruhannya keputusan Mahkamah Persekutuan adalah baik dari sudut memastikan beberapa prinsip Islam berkaitan larangan penisbahan anak luar nikah kepada bapa biologi dapat dikuatkuasakan.

Apabila , Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang Islam, bermakna orang Islam dihalang daripada menamakan anak luar nikah dengan bapa biologi. Pendirian mahkamah mengaitkannya dengan undang-undang berkaitan mengenai pewarisan harta pusakan di bawah Seksyen 111 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 juga amat dialu-alukan.

Mahkamah juga mengiktiraf kedudukan fatwa sebagai salah satu sumber dan rujukan undang-undang sivil jika ia diwartakan secara sah. Mahkamah menyebut secara jelas bahawa, pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau sesuatu fatwa itu akan menjadi undang-undang dan mengikat di sisi perundangan jika ia diwartakan.

Apakah cadangan dan maklumbalas dari kes ini?

Kita mencadangkan agar pihak kerajaan segera meminda Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) bagi memasukkan peruntukan khusus berkaitan penamaan anak orang Islam sesuai dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkaitan hal berkenaan.

Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 13A yang ada hari ini hanya sesuai untuk orang bukan Islam. Oleh yang demikian, pindaan ini amat penting dan perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan pertikaian dalam perkara yang spesifik seperti ini. Isu ini sebenarnya tidak terlalu kompleks jika ia diselesaikan melalui pindaan akta berkenaan.



 

valentinik

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
2,663
Reaction score
298
Points
51
Fatwa dah ada,hukum dah ada,ada jugak makcik2 dan pakcik bawang yg menentang,x abis2 dengan akal pendek dia atas nama hak asasi manusia..
 

niurexx

Active Member
Joined
Nov 10, 2009
Messages
1,045
Reaction score
23
Points
35
Undang2 tu dah bagus dah sebab boleh elakkan dosa berantai.. kang nanti si bapak gatal pergi walikan anak perempuan.. habis 1 rantai keturunan..

pasal isu dekat sekolah, budak2 bukan tau apa sgt pun.. isu dia kat sini bila jenis cikgu yang takde kesedaran (aku bukan kata semua cikgu) pergi sindir atau perlu atau saja buat2 tanya depan pelajar lain.

pasal makcik bawang pulak.. bila tengok dekat fb, bertudung litup bagai tapi komen..

Kadang2 aku terfikir, apa la nak jadi dengan org perempuan kita.. mana pergi gadis melayu sopan santun.. dah hilang ka ?

kalau yg lelaki komen tu aku tak ambik port sgt sebab lelaki kan.. kasar sikit tu dah sinonim.. tapi ni perempuan..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,984
Reaction score
11,103
Points
1,906
Lukman Sheriff

1 jam

Penamaan anak hak siapa?

Saya kurang senang membaca keputusan kes abdullah walaupun saya rasa keputusan majoriti “fair”. Apabila saya membaca tulisan SIS, jelas kita tak memahami persempadan shariah sivil.

Penamaan anak di tanah air kita mengikuti resam budaya kaum masing2 sudah sekian lama. Setiap kaum mempunyai budaya sendiri. Misalnya Melayu dibinkan bapa dan cina menggunakan surname. Dan kita tak memaksa kaum lain. Misalnya memaksa melayu menggunakan surname atau memaksa cina dibinkan. Itu bukan cara kita. Kita ikut personal custom dan law masing2.

Dari segi itu keputusan majoriti mahkamah saya rasa betul.

Apa yang menjadi masalahn ialah apabila orang lain nak menentukan personal law orang lain. Ini tak betul dan cross the line. Saya melihat perdebatan menjadi sonsang dan salah. Dalam kes ini isunya adalah bagaimana dalam perspektif islam isu ini ditangani. Ini melibatkan perdebatan status dan hak “illegitimates” dan islam mempunyai nilai budaya yang lain. Misalnya yang tiada masalah dengan zina sudah tentu merasakan illegitimate child sesuatu yg biasa dan normal. Tetapi dalam Islam berlainan dan perdebatannya lagi meluas. Sebab itu sepatutnya muslim sahaja menentukan apa kedudukannya dalam Islam. Orang lain tidak sepatutnya mencampuri personal law muslim. Sama juga dengan muslim. Kita tak campuri personal law orang lain dengan meminta mereka dibinkan misalnya.

Persempadan ini amatlah penting untuk keharmonian negara. Orang islam sendiri kena faham bahawa ini hanya melibatkan personal law dan custom sendiri dan bukan orang lain. Jadi jangan jadi apolegetik dan hero ideologi lain.

Untuk muslim, kita gunakan epistimologi Islam untuk menyelesaikan isu ini di kalangan kita. Guna kaedah usul fiqh. Kita boleh debat untuk capai solusi terbaik. Saya ambil maklum sebenarnya ada perbezaan pendapat dlm isu ini. Tetapi dalam perdebatan Kita kena akui akhirnya ada penentu. Di negara kita dah ada proses fatwa. Dan kita hormatinya.

Setahu saya sebelum dikeluarkan fatwa terdapat pelbagai konsultasi, perbincangan dan muzakarah. Untuk kes ini dah pun ada muzakarah Kebangsaan. Dan kita tahu Fatwa ini tidak semestinya tetap dan masih boleh diubah mengikut masa dan hujah. Tetapi selagi mana ia dikeluarkan (terutama digazetkan) Kita kena hormatinya.

Ini Tidak. Kita nak terus ditentukan oleh orang atau badan lain. Kita tak fikir nanti kita akan ada situasi untuk personal law kita, orang lain yg akan menentukan fatwa untuk kita. Aiikk? Siapa mereka ini untuk tentukan nilai budaya kita? Ada ilmu lebih banyak dari kita dan mufti2 ke?

Sebab itu, kita muslim sendiri kena faham persempadan. Takkan nak biar adat budaya dan resam ditentukan oleh orang luar yg tiada terkesan langsung dengan keputusan yang dibuat ini. Maaf bukan ke ini kerja bodoh? Sebab itu keputusan majoriti betul. Personal law menentukannya dan ikut fatwa negeri masing2. Yang tak puas hati dan rasa tak betul bawalah kepada forum yg betul.

Jadi apabila saya baca hujah SIS dan beberapa komen, saya jelas ramai tak memahami persempadan ini. Dan sebab itu fatwa ditolak dan mahu diketepikan menggunakan forum luar. Kita mesti clear on this.

Untuk negeri pula eloklah kita gazetkan fatwa. Elok juga digalakkan perdebatan antara kita dengan harapan lebih ramai akan memahami.

Saya harap kita jelas. Jangan pula kita jadi hero marahkan nyamuk kita bakarkan kelambu.






 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,984
Reaction score
11,103
Points
1,906
Tiada cadangan pinda akta, kata menteri selepas keputusan ‘bin Abdullah’

February 15, 2020 2:03 PM


Mujahid Yusof Rawa (2 dari kiri) dan Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland (tengah) mengadakan sidang media bersama dekat Kuala Lumpur hari ini sempena lawatan rasmi wakil itu ke Malaysia.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata, kerajaan tidak bercadang meminda undang-undang susulan keputusan mahkamah kelmarin yang mengisytiharkan seorang kanak-kanak lelaki Islam tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa kandung.

“Belum ada sesuatu yang ‘solid’ dalam hal ini,” katanya merujuk Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) pada sidang media bersama Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland hari ini sempena lawatan rasmi wakil itu ke Malaysia.

Seksyen 13A BDRA menyatakan pendaftar boleh mencatatkan nama keluarga sekira ada, jika ibunya secara sukarela memberi maklumat itu, menjadikan nama ibunya sebagai nama keluarga, “dengan syarat jika orang yang mengaku dirinya bapa kanak-kanak itu mengikut peruntukan Seksyen 13 meminta sedemikian”.
Mujahid berkata, isu itu boleh dibincangkan di Parlimen jika perlu, tetapi dengan syarat ia perlu dibahaskan secara demokrasi dan bertamadun.



Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua mufti bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung isu “bin Abdullah”.

Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memerintahkan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan “bin Abdullah” daripada sijil lahir seorang kanak-kanak lelaki Islam di Johor yang tidak sah taraf.

Mahkamah turut memerintahkan kanak-kanak itu tidak boleh menggunakan nama bapa kandungnya.

Hakim memutuskan Seksyen 13A BDRA tidak terpakai ke atas pendaftaran kelahiran anak Melayu-Islam.

Hari ini, Mujahid menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah itu dan mengelakkan ia menjadi isu perkauman.

“Perdebatan di luar memang akan ada. Kami kerajaan menghormati keputusan yang dibuat mahkamah. Itu satu keputusan bukan dibuat secara individu kerana pihak mahkamah juga dipandukan dengan fatwa-fatwa sedia ada.

“Saya minta jangan benda ini dijadikan lagi peluang untuk menimbulkan kebencian atau isu-isu perkauman dan agama yang sempit.”

Semalam, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor dilaporkan berkata, tidak salah fatwa lama melarang kanak-kanak Islam tidak sah taraf menggunakan nama bapa kandung disemak dan diubah, jika perlu.

Walaupun keputusan mahkamah selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 1981, tetapi katanya, terdapat beberapa ulama besar silam yang mengharuskan kanak-kanak luar nikah dihubungkan nasab dengan bapa kandung.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Noor Aziah Mohd Awal pula menyeru kerajaan meminda akta bagi memastikan semua kanak-kanak boleh menikmati hak sama tanpa mengira agama mereka.

Katanya, keputusan mahkamah pada Khamis lalu akan menyebabkan anak seperti itu dicap dan didiskriminasi.

“Ini tidak menjaga kepentingan kanak-kanak itu.”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,984
Reaction score
11,103
Points
1,906
WAFIQ

· 7 jam

THE BEST INTERESTS OF A CHILD - WAFIQ

WAFIQ believes that the best interests of a child should be for him or her to have a legitimate father and mother, and to be born within a framework of love, commitment and with utmost respect for Islamic values within the family.

The essence of having biological parents recognized by law should be a paramount consideration as it is grounded in taking responsibility and reflecting maturity of the hopeful parents with secured future of their children.

WAFIQ reiterates that we need to continue to emphasize this message to the society to tackle the root cause rather than "curing the symptoms", particularly by conveniently amending the laws and by extension the religious edicts or fatwa vaguely on the pretext of "protecting the best interests of the child".

The recent case of a biological father applying to have his illegitimate Muslim child ascribed to his name instead of bin Abdullah is referred to and of relevance.

WAFIQ is concerned with the calls to amend laws that insofar have caused no problems to the majority of the public who have complied with local culture and religious values. Furthermore, the Births and Deaths Registration Act 1957 has all this while been assisting our National Registration Department (NRD) in recording actual facts with full objectivity without prejudices.

WAFIQ therefore welcomes the decision of the Federal Court having ruled that Section 13A(2) of the BDRA has no application to the Malay naming system and that to name an illegitimate child to the biological father on the basis it is a surname of the father pursuant to section 13A, as previously held by the Court of Appeal, is without basis either legally, factually and linguistically.

The Federal Courts have rightfully reached the decision by referring to the views of three experts namely Associate Professor Dr Kassim Thukiman, Associate Professor Dr Mohd Rosli Saludin and Professor Dr Teo Kok Seong.

It is a well accepted reality that Muslims in this country are subjected to the laws enacted by the Parliament as well as Islamic State laws enacted by the Legislature of each state, consistent with Item 1 of the Ninth Schedule, List II, State List of the Federal Constitution.

Therefore, WAFIQ also applauds the Federal Court decision that the NRD has acted and exercised its discretion reasonably by referring to the Islamic Law on Legitimacy. This important principle not only concerns the case of legitimacy, but also has considerable bearing over various other issues which require references to the Shari’ah such as Female Circumcision, Abortion and Sex Reassignment Surgery.

WAFIQ acknowledges that there has been criticism leveled against reference to fatwas and Islamic laws by the Ministry of Health and the NRD pertaining to the above issues, mostly utilizing arguments based on secular principles in policy making and governance.

However, it must be impressed that the complexity of the case should be a reminder to society to not take zina (sex out of wedlock) lightly and that the best interests of children would be better served by implementing concerted efforts in curbing this behavior.

Furthermore, the NRD is correct in documenting the actual record that helps explain lineage. Lineage should not be 'obscured' through manipulations of the registration procedure. If it is not documented properly then the family would have to rely on the word of mouth to explain about lineage instead of having conclusive proof thereof from the relevant authorities.

The harmful effects of zina and illegitimacy are clearly seen in countries where the family institution has collapsed and sexual promiscuity prevails. It would be prudent for us to address these problems at their root rather than just symptomatically with inadequate stop-gap measures.

Associate Professor Dr Rafidah Hanim Mokhtar
President
International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,984
Reaction score
11,103
Points
1,906
Zainul Rijal Abu Bakar
7 min ·

https://www.sinarharian.com.my/…/Isu-Bin-Abdullah-anak-tak-…


Isu ‘Bin Abdullah’ anak tak sah taraf


ZAINUL RIJAL ABU BAKAR | | 16 Februari 2020




KHAMIS lepas Mahkamah Persekutuan dalam kes yang lebih dikenali sebagai kes ‘Bin Abdullah’ dengan keputusan majoriti 4-3 memutuskan kanak-kanak Muslim tidak sah taraf tidak boleh dibinkan dengan nama bapa biologinya.

Mahkamah memutuskan juga orang Melayu tidak mempunyai nama keluarga oleh yang demikian nama bapa tersebut bukanlah nama keluarga tetapi hanya nama peribadi bapa tersebut. Namun, mahkamah memerintahkan perkataan Bin Abdullah dipadamkan daripada nama anak tersebut kerana ia tidak berkaitan dengan anak tersebut.

Dalam hal itu, mahkamah memutuskan kerana fatwa negeri Johor yang menyatakan anak tak sah taraf hendaklah dibinkan dengan bin Abdullah ataupun mana-mana 99 nama ALLAH yang lain selepas perkataan Abdul belum lagi diwartakan. Oleh yang demikian, fatwa tersebut tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang.

Saya telah dimaklumkan fatwa negeri Johor telah pun diwartakan pada 21 Mei 2018.

Ada negeri-negeri lain seperti Kedah dan Selangor mempunyai fatwa yang diwartakan sedemikian rupa tetapi ada negeri yang masih belum mempunyai fatwa sedemikian dan ada juga fatwa berbeza seperti di Perlis.
Apapun isu hukum syarak sebegini semua pihak perlu merujuk fatwa berkuatkuasa di sesebuah negeri itu.

Apa yang lebih menarik dalam penghakiman majoriti tersebut ialah Mahkamah Persekutuan memutuskan sekali lagi selepas kes Lina Joy bahawa adalah tidak salah bagi Jabatan Pendaftaran Negara merujuk undang-undang negeri khususnya undang-undang Islam bagi membuat pertimbangan dalam sesuatu perkara yang berkaitan agama Islam.

Hal itu memberi impak besar kepada perundangan Islam kerana ramai dalam kalangan yang memperlekehkan perundangan Islam semata-mata kerana ia adalah perundangan yang digubal Dewan Undangan Negeri.

Malah, boleh dikatakan penghakiman itu memartabatkan perundangan Islam dan memperteguhkan konsep federalisme di mana negeri dan Persekutuan saling lengkap melengkapi bukan bersaing di antara mereka.

Isu itu dituntaskan dalam penghakiman Bin Abdullah dan diharapkan tiada lagi hujahan sebegini ditampilkan bagi mengelirukan orang awam.

Berbalik kepada penghakiman kes tersebut, saya sangat mengalu-alukannya kerana pada pandangan saya kita perlu telus di dalam kehidupan berkeluarga. Anak tak sah taraf tidak perlu disembunyikan fakta tersebut tetapi perlu dijelaskan daripada awal lagi.

Namun, ia tidak bermakna akan berlaku penindasan diskriminasi dan kezaliman kepada anak yang tidak berdosa itu. Dengan menzahirkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada anak tersebut, dia boleh menerima walaupun anak tak sah taraf, dia tidak bersalah dan bapanya tidak mengabaikannya.

Masalah stigma masyarakat ialah masalah pendidikan dan kesedaran bukan masalah perundangan. Sangat pelik jika semata-mata kerana stigma masyarakat kita perlu mengubah hukum yang diterima ramai.

Kita gagal mendidik masyarakat agar tidak memandang rendah kepada anak tak sah taraf. Sesuatu perlu dilakukan. Kita gagal sehingga sekarang mendidik masyarakat menjauhi najis dadah, adakah itu memberi lesen kepada kita untuk menghalalkan najis dadah? Saya sendiri mempunyai beberapa kes anak tak sah taraf menghadapi trauma sehingga terpaksa memutuskan pertunangan kerana baru mendapat tahu dia ialah anak tak sah taraf dan perlu mendapat wali hakim.
Betapa punah hatinya ketika mendapat maklumat tersebut kerana menyangka dia anak sah kepada bapanya. Malah, lebih dahsyat lagi tunangnya beranggapan dia memainkan tunang tersebut dan merahsiakan perkara itu.

Begitu juga anak guam saya yang terkejut apabila mendapati beliau tidak layak mewarisi harta peninggalan bapanya setelah lelaki itu meninggal dunia kerana dia anak tak sah taraf.

Oleh kerana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, semua pihak hendaklah menghormati keputusan itu.
* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,984
Reaction score
11,103
Points
1,906
Malaysia Gazette
7 min ·
Mesti terus konsisten mengukuhkan kedudukan undang-undang Islam. #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/…/jangan-selesa-dengan-penghak…/


Jangan selesa dengan penghakiman ‘Bin Abdullah’


17 February 2020

Ahmad Amzad Hashim

Ahmad Amzad Hashim

KUALA LUMPUR – Agensi agama negeri digesa menggazetkan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing memandangkan bidangkuasa berkaitan Islam di bawah kuasa negeri.

Sehubungan itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) juga mesti mengambil tindakan proaktif meminda undang-undang bagi menjamin kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar semakan kehakiman dalam kes membabitkan undang-undang syariah bagi negeri-negeri yang belum berbuat demikian.


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim ketika membuat gesaan itu berkata, semua pihak mesti terus konsisten memainkan peranan bagi mengukuhkan kedudukan undang-undang Islam di negara ini mengikut posisi dan kemampuan masing-masing.

Katanya, tiada jaminan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mungkin bertukar posisi sebagaimana terjadi dalam isu penukaran agama anak secara sepihak.

“Dalam isu ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi yang menetapkan persetujuan kedua ibu bapa diperlukan sebelum penukaran agama anak, telah berbeza pandangan dan menukar pendirian daripada mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau melahirkan kesyukuran dengan keputusan majoriti 4-3 oleh Mahkamah Persekutuan kerana mengiktiraf institusi fatwa dalam kes membabitkan anak tak sah taraf yang mahu di’bin’kan dengan nama bapa biologinya.

Keputusan itu dicapai melalui undi yang sengit daripada panel tujuh hakim yang bersidang.

Jelas Ahmad Amzad, keputusan ini juga sekali gus dapat mendiamkan hujah kelompok anti syariah yang mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) institusi sekular yang tidak boleh merujuk kepada hukum syariah dalam pentadbirannya.
“Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan JPN tidak boleh merujuk kepada fatwa negeri dalam membuat pendirian mengenai penama bapa kepada anak tidak sah taraf.

“Walaupun begitu, umat Islam tidak boleh merasa selesa dengan keputusan kes yang menyebelahi undang-undang Islam pada masa ini.

“Ini kerana kelompok liberal tidak akan berdiam diri dan akan berterusan mencabar kes berkait dengan undang-undang Syariah di Mahkamah Sivil,” katanya.

Beliau memberi contoh, selesai sahaja penghakiman kes ‘bin Abdullah’ diumumkan, Sisters in Islam (SIS) telah memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan enakmen negeri Selangor yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah negeri untuk mengkaji semula fatwa dikeluarkan pihak berkuasa negeri.

Permohonan itu, ujarnya, dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menolak permohonan semakan kehakiman SIS terhadap fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan NGO itu sebagai sesat kerana Mahkamah Syariah Selangor mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan undang-undang terhadap fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post
Top
Log in Register