Anak dihukum tak berbin bintikan ayah kerana dosa lampau bersama ibu

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,616
Reaction score
11,050
Points
1,906
Salkukhairi Abd Sukor

45 min

KENYATAAN MEDIA NGO K-LITERASI TENTANG KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN BERKAITAN ISU BIN ABDULLAH TERHADAP ANAK TAK SAH TARAF

1. NGO K-LITERASI bersyukur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, yang memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh dibin atau dibinti dengan nama bapa kandungnya.

2. Keputusan tersebut bakal menjadi "precedent" dalam menyelesaikan banyak masalah dan perbalahan berkaitan perundangan yang melibatkan anak tak sah taraf seperti isu pembahagian harta pusaka, faraid, wasiat dan sebagainya.

3. Untuk rekod, dari segi undang-undang dan hukum syarak, anak tidak sah taraf tidak layak mewarisi harta pusaka bapa kandungnya sama ada dia di binkan kepada nama bapa kandungnya itu atau sebaliknya.

4. Banyak kes yang kita dengar sebelum ini, ada ibu bapa yang sengaja membin atau membinti kan anak yang tak sah taraf kepada nama bapa kandungnya atau nama bapa angkatnya semata-mata mahukan anak tersebut mewarisi hartanya seandainya mereka tiada kelak.

5. Tindakan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang dan hukum syarak, bahkan ianya akan mendedahkan anak itu kepada unsur memakan harta secara batil pada masa akan datang.

6. Ia juga akan menyebabkan ketidakadilan atau penindasan kepada waris-waris bapa tersebut yang sah dari segi hukum dan undang-undang.

7. Justeru itu K-LITERASI berharap keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut akan dihormati oleh semua pihak dan bakal merungkai segala kekusutan dan perbalahan undang-undang yang timbul pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,616
Reaction score
11,050
Points
1,906
Khamis, 13 Februari 2020 | 1:56pm





Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf tidak boleh dibinkan nama bapa

Mahkamah Persekutuan putus anak tak sah taraf tidak boleh dibinkan, binti nama bapa


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh dibin atau dibinti dengan nama bapanya.

Panel tujuh hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf membenarkan sebahagian rayuan dikemuka Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Pengarah JPN dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 2017, memutuskan anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa, sebaliknya perlu ‘dibin atau binti Abdullah.’


Hakim Rohana yang menyampaikan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu berkata, Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang Melayu kerana orang Melayu tidak menggunakan nama keluarga.

Beliau berkata, Seksyen 13A tidak diguna pakai dalam sistem nama orang Melayu dan tidak membolehkan anak-anak dibin atau dibinti dengan nama peribadi orang yang diketahui ialah bapa kepada anak itu (responden pertama dalam kes rayuan ini).
Hakim Rohana, bagaimanapun mengeluarkan perintah penting bagi Ketua Pengarah JPN untuk mengeluarkan ‘bin Abdullah’ daripada sijil kelahiran kanak-kanak itu.

“Nama responden pertama (kanak-kanak) tanpa ‘bin Abdullah’ perlu kekal,” katanya.

Hakim Rohana berkata, Ketua Pengarah JPN tidak boleh menggunakan fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap kanak-kanak itu kerana tiada fatwa tentang bagaimana memberi nama pada kanak-kanak tidak sah taraf yang diwartakan di Johor.

Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa anak tidak sah taraf Islam hendaklah ‘dibin atau binti Abdullah’.

“Pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau sesuatu fatwa itu akan menjadi undang-undang di negeri Johor dan mengikat di sisi perundangan jika ia diwartakan dalam Warta Negeri selaras dengan Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003,” katanya.

Dalam penghakimannya, Hakim Rohana berkata, Ketua Pengarah JPN bertindak secara tidak munasabah dalam menggunakan fatwa tertentu ke atas kanak-kanak itu serta ibu bapanya, dan dengan berbuat demikian, Ketua Pengarah JPN telah merampas kuasa Sultan Johor.
Beliau berkata, Ketua Pengarah JPN, dalam melaksanakan pendaftaran kelahiran anak-anak orang Islam, boleh merujuk dan bergantung pada Seksyen 111 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 mengenai pewarisan harta pusaka.

Katanya, tindakan Ketua Pengarah JPN tidak membenarkan permohonan bapa agar kanak-kanak itu dibin dengan namanya betul dari segi undang-undang.

Tiga lagi hakim iaitu Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun bersetuju dengan Hakim Rohana, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nallini Pathmanathan menentang.

Dalam penghakiman menentangnya, Hakim Nallini berkata, Seksyen 13A terpakai dalam pendaftaran kelahiran anak-anak orang Islam yang membolehkan mereka dibin atau dibinti dengan nama peribadi individu yang mengaku sebagai bapa kanak-kanak itu.

Beliau berkata, BDRA terpakai kepada semua orang di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.
Sementara itu, peguam Datuk Ikbal Salam yang mewakili Majlis Agama Islam Johor memberitahu pemberita bahawa fatwa berkaitan anak tidak sah taraf dibin atau dibinti Abdullah bagi negeri Johor hanya diwartakan pada 21 Mei 2018.

Beliau berkata, meskipun fatwa itu diwartakan selepas kes berkenaan bermula, namun pada masa akan datang, kedudukan seseorang individu akan jelas kerana sudah terdapat fatwa yang diwartakan di Johor yang berkaitan dengan anak tidak sah taraf.

Responden dilahirkan kurang enam bulan selepas pernikahan ibu bapanya, yang disifatkan sebagai anak tidak sah taraf di bawah undang-undang syariah.

Ibu bapa kanak-kanak (yang identiti mereka dirahsiakan oleh mahkamah) itu memohon kepada JPN mengikut Seksyen 13 BDRA untuk kanak-kanak itu dibin dengan nama bapanya di dalam sijil kelahirannya, tetapi JPN enggan menggantikannya dengan nama bapa atas alasan kanak-kanak itu tidak sah taraf.

Ibu bapa itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 4 Ogos 2016.

Pada 25 Mei 2017, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman mereka untuk mengarahkan Ketua Pengarah JPN menggantikan nama keluarga kanak-kanak berkenaan, iaitu ‘Abdullah’ dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran. - BERNAMA

 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,975
Points
201
Alhamdulillah, selesai juga akhirnya..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,616
Reaction score
11,050
Points
1,906
Keputusan ‘bin Abdullah’ tak jaga kepentingan anak, kata pesuruhjaya Suhakam

February 14, 2020 12:50 PM


Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan seorang kanak-kanak lelaki Islam yang tidak sah taraf tidak boleh guna nama bapa kandung.
PETALING JAYA: Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia meyeru undang-undang diubah bagi memastikan semua kanak-kanak, tanpa mengira agama, menikmati hak yang sama.

Mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, yang mengisytiharkan seorang kanak-kanak lelaki Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa kandung, Noor Aziah Mohd Awal berkata anak seperti itu akan dicap dan didiskriminasikan.

“Ini tidak menjaga kepentingan kanak-kanak itu,” katanya kepada FMT.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai seorang kanak-kanak di Johor yang ibu bapanya memohon nama bapa kandungnya dimasukkan dalam sijil lahir anak itu. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonan itu atas sebab anak itu tidak sah taraf, menyebabkan ibu bapa membawa perkara itu ke mahkamah.




Pesuruhjaya Suhakam, Noor Aziah Mohd Awal.

Disamping mengisytiharkan kanak-kanak itu tidak boleh menggunakan nama bapa kandung, mahkamah juga memerintahkan ketua pengarah JPN mengeluarkan “bin Abdullah” daripada sijil lahir anak itu.



Noor Aziah berharap kes itu akan mengerakkan Parlimen untuk meminda undang-undang berkaitan bagi memberikan hak yang sama kepada kanak-kanak Islam dan bukan Islam.

“Semua kanak-kanak ada hak yang sama terhadap nama, identiti, dan kerakyatan,” tambahnya.

Seorang aktivis hak kanak-kanak, Hartini Zainudin menuduh Mahkamah Persekutuan gagal mengambil kira kepentingan kanak-kanak itu.

Beliau menggambarkan keputusan itu sebagai “mengejutkan” dan menambah: “Ibu bapa yang berodsa, bukannya anak itu. Jadi kenapa kita hukum si anak?”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,616
Reaction score
11,050
Points
1,906
Free Malaysia Today
19 min ·
Wan Salim Wan Mohd Noor says it is not right for children born out of wedlock to inherit the sins of their parents.


Fatwa on ‘bin Abdullah’ should be revised, says Penang mufti




February 14, 2020 1:03 PM



Penang mufti Wan Salim Wan Mohd Noor says although the Federal Court’s ruling is correct, natural justice should prevail.

GEORGE TOWN: Penang mufti Wan Salim Wan Mohd Noor today said it was “probably time” to revise an old fatwa banning Muslim children born out of wedlock from carrying their father’s name.

He said while yesterday’s Federal Court ruling upholding the fatwa was in the spirit of the Shafi’i school of thought, natural justice should prevail.

The majority of Muslims in Malaysia follow the Shafi’i school of thought, one of the four major schools of Islamic law in Sunni Islam.

“Ancient ulama decreed that it is a must for a child to be connected to their father’s nasab or lineage.

“It is in my opinion that this fatwa should be revised and changed if the need arises. After all, Islamic teachings are based on justice, wisdom, honour and goodwill.

“And in meting out justice in this issue, the innocent children born out of wedlock should not bear their parents’ sins.

“There needs to be some wisdom on this matter, to also look at the psychological aspects of the child’s future, which should not be ruined for not having a ‘bin’ or ‘binti’ in their names,” he told FMT.

Wan Salim said a 1981 fatwa set by the National Fatwa Committee had decreed that children born less than six months and two seconds from the nikah (marriage) of the parents cannot carry the father’s name.

Hence, a child born out of wedlock cannot inherit any property of the father or even be recognised as a sibling to other children born after their parents’ marriage.

“Looking at the views of the old fatwa, we have seen that it may not be in agreeance with other ulama, or not in consensus with others,” he said.

Yesterday, a seven-member Federal Court panel unanimously ordered the National Registration Department (JPN) director-general to remove the words “bin Abdullah” from the birth certificate of a Muslim boy from Johor born out of wedlock.

The court also ruled that the boy cannot use his biological father’s name.
The couple had applied to JPN to register the father’s name on the birth certificate under Section 13 of the Births and Deaths Registration Act 1957 (BDRA) but it carried “bin Abdullah” instead.

JPN refused to substitute it with the father’s name, despite an application made to remove the “bin Abdullah”, on the grounds the child was illegitimate.
This resulted in the parents filing an application for a judicial review in the High Court in 2016.

The couple lost their case in the High Court but the Court of Appeal in 2017 reversed the decision.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,616
Reaction score
11,050
Points
1,906
mufti penang dengan suhakam tak setuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,616
Reaction score
11,050
Points
1,906
Free Malaysia Today
5 min ·
Wan Salim Wan Mohd Noor berkata keadilan dalam ajaran Islam menuntut dosa ibu bapa tidak dibebankan pada anak.


Tak salah fatwa ‘bin Abdullah’ disemak, kata mufti
-
February 14, 2020 2:23 PM


Mufti Wan Salim Wan Mohd Noor berkata fatwa bersifat ijtihadi yang boleh berubah mengikut perubahan zaman, tempat dan situasi.

GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini berkata tidak salah fatwa lama melarang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf menggunakan nama bapa kandung disemak dan diubah sekiranya didapati ada keperluan.

Beliau berkata walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan semalam selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 1981, terdapat beberapa ulama besar silam yang mengharuskan kanak-kanak luar nikah dihubungkan nasab dengan bapa kandung.

“Perlu difahami fatwa bersifat ijtihadi yang boleh berubah mengikut perubahan zaman, tempat dan situasi.

“Dengan meneliti pandangan atau fatwa lama ini kita dapati ianya tidak disepakati oleh para ulama (tidak ijmak), tetapi ia pandangan jumhur atau majoriti sahaja,” katanya kepada FMT.

Beliau seterusnya mengingatkan ciri-ciri ajaran Islam adalah keadilan, kerahmatan, kebijaksanaan, dan kemaslahatan.

Pada pandanganya, keadilan dalam ajaran Islam menuntut dosa ibu bapa tidak dibebankan pada anak.

“Manakala rahmat, kebijaksanaan dan maslahah memerlukan aspek psikologi kanak-kanak terbabit dan kepentingan masa depannya dipertimbangkan serta dipelihara, tidak dirosakkan dengan tidak di’bin’ atau di’binti’kan kepada bapa daging darahnya,” katanya.

Menurut Wan Salim, mazhab Shafi’i, Hanafi, Maliki, dan Hanbali umumnya tidak mengiktiraf anak yang lahir kurang daripada 6 bulan 2 saat daripada pernikahan ibu bapanya sebagai anak sah taraf, dan oleh itu tidak boleh menggunakan nama bapa kandung.

“Ekoran itu kanak-kanak sedemikian tidak boleh mewarisi harta peninggalan bapanya, tidak nenjadi mahram dengan adik beradiknya dan sebagainya,” katanya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memerintahkan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan “bin Abdullah” daripada sijil lahir seorang kanak-kanak lelaki Islam di Johor yang tidak sah taraf.

Mahkamah juga memerintahkan kanak-kanak itu tidak boleh menggunakan nama bapa kandungnya.

 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,961
Reaction score
791
Points
121
dh nape pulak mufti tak setuju? Undang-undang ni dibuat dari dulu lagi untuk mencegah perkara yang tak baik berlaku. Patut tanya pada mak ayah budak tu. Masa bersedap dulu, ada fikir tak pasal bin/binti Abdullah ni? Bagi ambe, budak tu tak salah tapi patut menyalahkan ibu bapanya kerana dosa lampau mereka telah membuatkan kehidupan budak tu susah di kemudian hari.
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,550
Reaction score
156
Points
43
ulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini berkata tidak salah fatwa lama melarang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf menggunakan nama bapa kandung disemak dan diubah sekiranya didapati ada keperluan.
Free Malaysia Today
5 min ·
Wan Salim Wan Mohd Noor berkata keadilan dalam ajaran Islam menuntut dosa ibu bapa tidak dibebankan pada anak.


Tak salah fatwa ‘bin Abdullah’ disemak, kata mufti
-
February 14, 2020 2:23 PM


Mufti Wan Salim Wan Mohd Noor berkata fatwa bersifat ijtihadi yang boleh berubah mengikut perubahan zaman, tempat dan situasi.

GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini berkata tidak salah fatwa lama melarang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf menggunakan nama bapa kandung disemak dan diubah sekiranya didapati ada keperluan.

Beliau berkata walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan semalam selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 1981, terdapat beberapa ulama besar silam yang mengharuskan kanak-kanak luar nikah dihubungkan nasab dengan bapa kandung.

“Perlu difahami fatwa bersifat ijtihadi yang boleh berubah mengikut perubahan zaman, tempat dan situasi.

“Dengan meneliti pandangan atau fatwa lama ini kita dapati ianya tidak disepakati oleh para ulama (tidak ijmak), tetapi ia pandangan jumhur atau majoriti sahaja,” katanya kepada FMT.

Beliau seterusnya mengingatkan ciri-ciri ajaran Islam adalah keadilan, kerahmatan, kebijaksanaan, dan kemaslahatan.

Pada pandanganya, keadilan dalam ajaran Islam menuntut dosa ibu bapa tidak dibebankan pada anak.

“Manakala rahmat, kebijaksanaan dan maslahah memerlukan aspek psikologi kanak-kanak terbabit dan kepentingan masa depannya dipertimbangkan serta dipelihara, tidak dirosakkan dengan tidak di’bin’ atau di’binti’kan kepada bapa daging darahnya,” katanya.

Menurut Wan Salim, mazhab Shafi’i, Hanafi, Maliki, dan Hanbali umumnya tidak mengiktiraf anak yang lahir kurang daripada 6 bulan 2 saat daripada pernikahan ibu bapanya sebagai anak sah taraf, dan oleh itu tidak boleh menggunakan nama bapa kandung.

“Ekoran itu kanak-kanak sedemikian tidak boleh mewarisi harta peninggalan bapanya, tidak nenjadi mahram dengan adik beradiknya dan sebagainya,” katanya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memerintahkan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan “bin Abdullah” daripada sijil lahir seorang kanak-kanak lelaki Islam di Johor yang tidak sah taraf.

Mahkamah juga memerintahkan kanak-kanak itu tidak boleh menggunakan nama bapa kandungnya.

pak mofti ada share saham ngan liberal sekular ka.. lain macam dia punya berani.. anak haram xda masalah.. yang masalah tu masyarakat.. masyarakat nie kena jadi cam seorang penjual.. penjual x leh judge pembeli huduh gemok lawa hensem.. kena professional.. sebagai muslim dalam harta punya bab boleh ja x ikut faraid asal semua ada kesatuan dan setuju..
 

mrcreator

Fun Poster
Joined
May 23, 2016
Messages
235
Reaction score
49
Points
20
dh nape pulak mufti tak setuju? Undang-undang ni dibuat dari dulu lagi untuk mencegah perkara yang tak baik berlaku. Patut tanya pada mak ayah budak tu. Masa bersedap dulu, ada fikir tak pasal bin/binti Abdullah ni? Bagi ambe, budak tu tak salah tapi patut menyalahkan ibu bapanya kerana dosa lampau mereka telah membuatkan kehidupan budak tu susah di kemudian hari.
Betul. Ada sebab kenapa anak luar nikah kena letak bin Abdullah, dan bukan nama bapanya. Ada banyak perkaitan dan implikasi kalau nak ubah nama Abdullah kepada nama bapa dia:

1. Harta. Dia tak boleh mewarisi harta bapa, tapi boleh mewarisi harta ibunya.
2. Aurat dan mahram. Kalau perempuan, hubungan dia dengan bapanya adalah bukan mahram.
3. Nafkah dan sara hidup. Ini di bawah tanggungan dan tanggungjawab ibunya, bukan bapanya.
4. Wali. Kalau dia nak bernikah, bapanya tidak boleh menjadi wali. Kena guna wali hakim.

Daripada senarai di atas, nampak tak komplikasi untuk anak luar nikah? Kalau dia dibinkan nama bapanya, tapi layanan tak macam adik-beradik yang lain, tentu jadi masalah dan pertanyaan di masa hadapan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register