BTC USD 63,532.7 Gold USD 2,383.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan

Suzana Norlihan Ujen
8 hrs ·
Wahai Mindef, tak perlu call suami sy. Call sy terus!!!! Tak main la call suami. Bukan jari dia yg type. Jari sy. Sekian.

Suzana Norlihan Ujen
8 hrs ·
Alhamdulillah, baru bercakap telefon dengan isteri dan ibu arwah Mjr Zahir, mereka akan berjumpa dengan sy berbincang hal laporan polis dan tindakan sewajarnya.

Walaupun kemaafan telah terucap, akan tetapi biar undang2 menentukannya.
 
Sponsored Post

Perajurit - Penjana Permikiran Pertahanan
Yesterday at 11:37 ·

Mejar Zahir dalam kenangan, ketika menjadi jurulatih menembak untuk tentera China dalam Eks. Aman Youyi tahun lalu. Tahukah anda, tentera China sangat kagum dengan beliau dalam melatih mereka di lapang sasar dengan menggunakan peluru hidup?

Ya, ini cuma sebahagian kehebatan komando Gerup Gerak Khas milik Tentera Darat Malaysia. Kita tak perlu mendabik dada mengatakan diri adalah yang terbaik, tapi biarlah tentera negara lain menilai kehebatan mereka.

70302297_2396704707284576_3165868368666296320_n.jpg
 
Puan Nour Shafinar bt Harun (Waris Arwah Mej Zahir Armaya GGK)

Affin Bank

200218087550

Derma Kilat bagi yang sudi membantu waris.

Arwah meninggalkan Balu dan 5 orang Anak berusia dari 9 tahun hingga 5 bulan.

NOTA TAMBAHAN : BAGI YANG INGIN MENDERMA SECARA INTERNET BANKING, SILA PASTIKAN ANDA MENULIS "DERMA KHAIRAT KEMATIAN" BAGI MENGELAKKAN AKAUN ISTERI ALLAHYARHAM DIBEKUKAN. HARAP MAKLUM.
 
Syahril A. Kadir
7 jam

KECEKALAN ANGGOTA KOMANDO SARJAN MATTHEWS ANAK MEDAN...WALAU KAKI HANCUR DISEKSA DAN DITEMBAK DI DADA, MASIH ENGGAN BOCOR RAHSIA!

Maaf, walau dah berhari Mejar Zahir meninggal dunia, saya masih tak boleh 'move on' dengan insiden tersebut. Bukan tidak dapat menerima kematiannya, sebagai orang Islam, kita perlu redha.

Tetapi komen-komen netizen yang memperkecil dan menghina pasukan komando kita hanya kerana insiden berkenaan menyebabkan saya tidak dapat menahan kekecewaan saya.

Saya bukan anggota tentera, jauh sekali anggota unit elit Gerup Gerak Khas (GGK), tetapi sebagai wartawan yang banyak terlibat dalam membuat liputan berkenaan pasukan keselamatan negara, saya cukup 'terasa' dengan komen 'sumbang' masyarakat yang hanya pandai menekan keyboard komputer dan telefon bimbit.

Seolah-olah mereka tahu SEGALA-GALANYA tentang pasukan tentera, tentang pasukan komando sedangkan hakikatnya mereka jahil dan hanya menulis mengikut perasaan dan logik akal mereka semata.

Maaf cakap, mereka ini saya ibaratkan tong kosong yang nyaring bunyinya, tetapi di dalamnya tidak ada apa yang boleh dimanfaat dan dibanggakan!

Sebagai pegawai dan anggota unit elit, mereka perlu menempuh latihan yang adakalanya tak tercapai kewarasan manusia biasa. Ini kerana jika mereka ditangkap atau ditawan musuh, risiko yang mereka perlu hadapi juga pastinya di luar kewarasan manusia semestinya.

Jikalau mereka dilatih menggunakan kaedah seperti pengakap dan Pandu Puteri, menembak menggunakan peluru kapur seperti adegan dalam drama Yusuf Haslam, diajar seperti penari poco-poco berlatarbelakangkan lagu Sakitnya Tuh Di Sini nyanyian penyanyi genit Cita Citata dari Bandung, maaf cakap, apa yang boleh kita harapkan sangat jika negara diserang musuh seperti mana pengganas komunis dan insiden pencerobohan Lahad Datu satu ketika dulu.

Saya ambil satu contoh bagaimana LATIHAN KERAS yang dilalui seorang anggota komando, Sarjan Matthews anak Medan hingga membuatkan musuh 'mati kutu' untuk mengorek rahsia negara darinya.

Akhirnya kerana terlalu kecewa, musuh mengambil keputusan untuk membunuhnya tanpa satu maklumat pun yang mereka mampu peroleh dari anggota komando itu.

Begini ceritanya. Dalam Peristiwa Al-Maunah pada tahun 2000, Amin dan pengikut kumpulan itu bertindak mahu menggulingkan kerajaan Malaysia dengan melancarkan peperangan.

Dalam peristiwa tersebut, empat orang telah menjadi tebusan iaitu tiga anggota keselamatan dan seorang orang awam. Salah seorang anggota keselamatan itu adalah Matthews sendiri.

Ketika ditawan, Amin telah berusaha keras untuk mengorek rahsia daripada Matthews terutama mengenai strategi pasukan keselamatan negara untuk menewaskan pasukan mereka.

Saya ulang kembali apa yang disebut anggota Cawangan Khas, Sarjan (B) Mohd Shah Ahmad, anggota keselamatan yang terselamat dan saksi terhadap apa yang berlaku pada Matthews, anak jati Nanga Tada, Kanowit, Sarawak ini.
------------------------------------

SEDANG saya sibuk menggali, saya ternampak seorang lelaki berceloreng tentera dibawa masuk. Anggota militan lain mengekori dari belakang sambil mengacu senjata ke arahnya.

Melihat pada pakaian, saya tahu anggota itu daripada unit Komando Tentera. Tertera di dadanya, Matthews. Saya yakin anggota keselamatan sudah mula masuk untuk menyelamatkan kami.

Apabila sampai di depan Mohd. Amin, anggota tersebut terus disiasat.

"Masuk dengan siapa? Berapa orang?" tanya Mohd. Amin dengan suara lantang.

"Datang seorang," jawab tentera itu.

Tapi Mohd. Amin tidak percaya.

"Tipu! Mana boleh datang seorang!" tengking Mohd. Amin yang mula menyinga.

Akibat tidak memberi kerjasama, Mohd. Amin mula bertindak gila.

Di depan mata saya, dia melepaskan tembakan ke kaki tentera tersebut. Darah mula mengalir keluar. Kaki Matthews menggeletar menahan sakit akibat bisa peluru.

"Bagi tau aku, masuk dengan siapa? Berapa orang?" soal Mohd. Amin lagi.

Tapi Matthews tetap dengan pendiriannya. Jawapannya sama, masuk seorang diri.

Itu membuatkan Mohd. Amin bertambah berang dan melepaskan tembakan ke sebelah kaki lagi. Darah memercik membasahi celoreng.

Pun begitu, anggota tentera tersebut masih tegap berdiri dalam keadaan kaki yang menggeletar menahan kesakitan.

"Tembak! Bunuh dia!" arah Mohd. Amin.

DAMMM!

Satu das tembakan dilepaskan dalam jarak dekat. Kali ini tepat mengenai dada. Matthews hilang imbangan sebelum tersembam ke tanah. Kemudian, dia kaku tidak bernyawa.

Pantas saya dan Sanghadevan mengangkat mayat Matthews yang sudah kaku berlumuran darah dan dalam keadaan sedih, kami masukkan ke dalam kubur yang kami gali. - SARJAN (B) MOHD SHAH AHMAD

------------------------------------------------------------------------------

Nampak tak 'kedegilan' Matthews yang walaupun diseksa sampai hancur kakinya, dia tetap 'tidak berganjak' dan tidak membocorkan walau satu maklumat pun pada Mohd. Amin dan konco-konconya.

Sebab itu, kita janganlah terlalu cepat menghukum mengenai peristiwa yang menimpa Mejar Zahir. Memang itulah cara mereka, cara seorang anggota komando berlatih dan dilatih.

Peluru hidup adalah 'makanan ruji' mereka setiap hari. Itu belum lagi latihan 'didera' dengan mengunakan penerajang dan penampar!

Memang kita tak faham dan tak akan faham corak latihan yang mereka lalui apatah lagi SOP yang mereka perlu ikuti.

Seperti yang saya sebut tadi, kerana dilatih sebegitu rupalah, anggota komando seperti Matthews tetap teguh untuk tidak membocorkan rahsia pasukannya pada musuh biarpun diseksa dengan sebegitu teruk hingga melayang nyawanya.

Kesimpulannya di sini, biarlah komando dengan dunia mereka. Tahulah nanti bagaimana pemerintah pasukan itu menambahbaik apa yang kurang untuk memantapkan pasukan tersebut dari masa ke semasa.

Kita boleh menegur dan memberi pandangan tetapi janganlah keterlaluan kerana 'KITA BUKAN MEREKA'.

Salute kepada mendiang Matthews, salute kepada arwah Mejar Zahir dan semua perwira yang sanggup mempertaruhkan nyawa tanpa mengira apa juga unit dan pasukan mereka.

GEMPUR WIRA! GEMPUR WIRA! GEMPUR WIRA!

Syahril A. Kadir
Mukim Damansara, Selangor.

#Support4Jerung
#Pray4Zahir
#Justice4GGK
#rejimengerakkhas
#mohamadsabumenhan

69552927_10157499622028050_763140900233674752_n.jpg

69648524_10157499627063050_6747218894156464128_n.jpg

69776808_10157499615628050_1817786526541545472_n.jpg



 
Kementah siasat dakwaan peguam mahu bantu waris komando

Diterbitkan Hari ini 12:30 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:40 tengahari

a6ef5582f7648694ba6c4c1da0a7e70a.jpg


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan seorang peguam yang sebelum ini menawarkan diri membantu bekas anggota komando, Mejar Mohd Zahir Armaya.

Kata Mohamad setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan Suzana Norlihan Ujen itu.

“Saya tidak tahu lagi pasal isu ini, tetapi saya akan buat siasatan secepatnya dan akan mengeluarkan kenyataan,” katanya kepada media selepas majlis Run For Peace di Padang Besar Taman Klang Jaya, Klang hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa, Gunaraj R George.


Acara tersebut dianjurkan sejak 2005 oleh Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) sejak tahun 2005 dan diadakan di 28 lokasi seluruh negara dengan penyertaan seramai 115, 000 orang.

Beberapa hari lalu Suzana ada kakitangan Kementerian Pertahanan menghubungi suaminya selepas dia mahu memberikan bantuan perundangan kepada waris Mohd Zahir.

Anak seniman AR Badul itu adalah anggota 11 Rejimen Gerak Khas, yang meninggal dunia dalam pertunjukan yang bertukar tragedi di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 Sept lalu.

“Wahai Mindef (Kementerian Pertahanan), tak perlu call suami saya. Call saya terus! Tak main la call suami. Bukan jari dia yang taip. Jari saya. Sekian,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya.

413d9512bd96f68dfef10a6f58c4fd59.jpg


Difahamkan suami Suzana juga merupakan anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan wanita terbabit menghulurkan bantuan kepada isteri Mohd Zahir bagi membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

“Bagi saya peluru hidup atau bukan, bukan isunya. Yang menjadi isu adalah sewaktu tembakan dilepaskan.

“Si penembak iaitu dalam keadaan yang stabil atau tidak untuk menembak secara tepat.

"Jika dia tidak stabil dan gopoh, maka dia cuai dan patut dihadapkan ke muda pengadilan,” katanya lagi.




Malaysiakini sedang cuba menghubungi Suzana bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan perkara itu.



Terdahulu, ATM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca tragedi tersebut.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim juga berkata polis menyiasat seorang anggota tentera berhubung insiden berkenaan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya juga masih menyiasat insiden terbabit dan proses itu akan disegerakan.

“(Siasatan kes komando) masih dalam siasatan, saya belum dapat keputusan sehingga berapa peratus siasatan tetapi saya akan pastikan ia tidak lama,” katanya.

Selain itu, tambah Mohamad, bantuan buat balu Mohd Zahir, Nourshafinar Harun, sudah digerakkan dan akan dihulurkan secepat mungkin.

Mengenai acara yang dihadirinya Mohamad menggesa orang awam meningkatkan kesedaran terhadap bahaya senjata nuklear serta memupuk budaya keamanaan dalam masyarakat.

“Ini kerana (negara) yang disebut sebagai mempunyai kuasa besar, mereka paling banyak melanggar tatacara keharmoniaan dunia dan ini dapat kita lihat senjata sotisfikated yang dicipta bagi galakkan peperangan,” katanya.

 
Suzana Norlihan Ujen

· 6 September

Sy dah draft report. Tapi sebab pagi tadi sy telah bercakap dengan isteri arwah, ibu mertua arwah dan adik arwah, sy masih boleh tangguhkan lagi.

Bak kata suami, lebih afdal jika sy jumpa mereka dulu sebelum sy buat report sb maybe isteri arwah sendiri nak buat report. Tapi, jika hujung minggu ini tetap tiada laporan polis, sy akan proceed sebagai seorang yang mengenali arwah sejak dulu lagi (masa arwah bujang lagi) (arwah pernah jadi troop komander suami sy) dan sebagai warganegara Malaysia yang mahu melihat keadilan.

Dalam undang2, walaupun ada pihak dah jumpa keluarga minta maaf, tak bermakna tindakan undang2 tak boleh diambil. Malah, makcik2 arwah di Sabah juga dah hubungi sy beri pandangan mereka.

Sekian

69552583_10220573392151494_4505590477856178176_n.jpg








 
Suzana Norlihan Ujen

· 6 September

Sy dah draft report. Tapi sebab pagi tadi sy telah bercakap dengan isteri arwah, ibu mertua arwah dan adik arwah, sy masih boleh tangguhkan lagi.

Bak kata suami, lebih afdal jika sy jumpa mereka dulu sebelum sy buat report sb maybe isteri arwah sendiri nak buat report. Tapi, jika hujung minggu ini tetap tiada laporan polis, sy akan proceed sebagai seorang yang mengenali arwah sejak dulu lagi (masa arwah bujang lagi) (arwah pernah jadi troop komander suami sy) dan sebagai warganegara Malaysia yang mahu melihat keadilan.

Dalam undang2, walaupun ada pihak dah jumpa keluarga minta maaf, tak bermakna tindakan undang2 tak boleh diambil. Malah, makcik2 arwah di Sabah juga dah hubungi sy beri pandangan mereka.

Sekian

69552583_10220573392151494_4505590477856178176_n.jpg










ooo... lawyer punya tulisan pn cam doc eh ?
 
Syahril A. Kadir bersama Adiel Abd Ghaffar dan Noraini Razak.
7 jam

SAYA siar kembali artikel ini yang pernah saya tulis di MalaysiaGazette.com. Kalau nak tahu, inilah lelaki yang mempertaruhkan nyawanya 'melarikan' anggota bomba Allahyarham Adib yang ketika itu sedang nazak dan dikerumuni perusuh di Seafield, Subang Jaya tempoh hari.

Dan dia adalah bekas komando!

Allah takdirkan dia kebetulan lalu di tempat kejadian ketika hendak pulang ke rumah setelah selesai tugasan dan tahu tak apa harga yang perlu dibayar di atas keberaniannya itu - dia yang ketika itu bertugas sebagai pengawal peribadi seorang ahli perniagaan telah HILANG PEKERJAAN!

Komando bukan sekadar diajar untuk membunuh, tetapi juga diajar untuk menjadi 'manusia' dalam soal kemanusiaan.

Hanizan telah membuktikannya, salute komando!

#Support4Jerung
#Pray4Zahir
#Justice4GGK
#rejimengerakkhas
#mohamadsabumenhan

 
Kejadian dipercayai kemalangan tidak disengajakan, kata polis

ED8wLxyUYAIAdtd


KOTA KINABALU: Polis sudah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung insiden Mejar Mohd Zahir Armaya maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lalu.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata setakat ini, kejadian berkenaan dipercayai satu kemalangan yang tidak disengajakan.

Beliau berkata, individu yang sudah diambil keterangan termasuk anggota tentera berusia 36 tahun yang terbabit dalam demonstrasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan dan saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut buat masa ini kerana siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang juga pegawai komando 11 Rejimen Gerak Khas dan anak kepada seniman veteran tanah air, A R Badul, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini, pada jam 9.20 pagi selepas terkena tembakan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena Pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.


 
Mejar Mohd. Zahir maut sebab kecuaian?

10 September 2019 8:59 AM

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Pesuruhjaya Polis Sabah, Omar Mammah memaklumkan siasatan terhadap insiden Mejar Mohd. Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah, Rabu lalu menjurus kepada faktor kecuaian.

image.jpg


Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecuaian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya memetik laporan portal Free Malaysia Today di sini hari ini.


Dalam pada itu, Omar berkata, setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu dipanggil bagi memberi keterangan.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden melibatkan anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas (11 GGK) termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Arwah yang berusia 36 tahun meninggal dunia Rabu lalu dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di kem tersebut. -UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register