Anak Amy Search kahwin

CG Sponsors




eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
KUALA LUMPUR: Anak penyanyi kumpulan Search, Nabila Huda Suhaimi, 24, selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Zaidy Zailani, 27, di Masjid Wilayah, di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, Nabila yang juga seorang pelakon, sah bergelar isteri kepada Zaidy, tepat jam 10.45 pagi. Pasangan itu yang berkenalan sejak enam tahun lalu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhaimi A Rahman atau Amy Search dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Mohd Nazarudi Mohd Nadzir.

Pada majlis pernikahan itu, Zaidy menyerahkan mas kahwin bernilai RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Tarikh pernikahan itu dipilih sempena tarikh lahir Nabila, yang jatuh pada hari sama. Nabila yang mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak usia 18 tahun adalah anak daripada perkahwinan pertama Amy Search dengan Farida Fadzil.

Nabila yang anggun dengan persalinan warna putih gading mengucapkan kesyukuran kerana majlis pernikahannya berjalan lancar. Dia yang pernah membintangi filem Akhirat dan bakal muncul dengan filem Bohsia masih belum merancang mengenai destinasi bulan madu mereka.

"Perancangan mengenai bulan madu memang ada tetapi bukan tahun ini. Saya mahu majlis perkahwinan ini selesai terlebih dulu sebelum memikirkan mengenai bulan madu. Insya-Allah kami akan berbulan madu tahun depan," katanya.
 
Sponsored Post

arulgit

Active Member
Joined
Jan 6, 2007
Messages
2,061
Reaction score
13
Points
25
alhamdulilah..
terbinanya lg sebuah masjid..
 

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
Alhamdulillah.. mudah2an lepas nikah ni ada perubahan yg baik..
 

MrKacanG

Super Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
5,061
Reaction score
31
Points
70
Alhamdulillah moga2 lepas kawin kurang skit
pakai yang 'seksa2'
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
syukur ke hadrat illahi...semoga kekal hingga ke akhir hayat.....:)
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,057
Reaction score
70
Points
80
..bagus..

..kurangkan kontroversi...

..tingkatkan "prestasi"...
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,872
Reaction score
8,262
Points
716
suami dia boifren dia ek..?? :)

tahniah! :)paid
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
semoga kekal ke anak cucu dan bukan kekal sampai anak sulung aja
 
Sponsored Post
Top
Log in Register