BTC USD 64,246.6 Gold USD 2,398.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran Tompel meninggal dunia (1950 - 2022)

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,133
Points
661
Awards
1
11
bh26amrantompel_1648294324.jpg




Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak Amran Tompel, 72, meninggal semasa dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19 di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban jam 4.37 petang, hari ini

Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.

"Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej WhatsApp berkenaan kematiannya.

"Kematiannya berpunca dari kanser usus, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan jalani kuarantin.

"Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar.

Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak.
Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar
 
Last edited:
Sponsored Post

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Amran Tompel, 72, meninggal dunia di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada hari terakhir kuarantin akibat positif COVID-19, pada jam 4.37 petang tadi.

Abang Allahyarham Amran, AR Badul berkata, adiknya sepatutnya menamatkan kuarantin selepas disahkan positif COVID-19, hari ini.

"Betul, Amran sudah meninggal dunia. Saya baru balik dari Perak. Setibanya di Kuala Lumpur, baru saya sempat baca mesej yang dihantar di WhatsApp berkenaan kematiannya.

"Saya terus bertolak ke Seremban. Kematian Amran berpunca sakit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini, Amran positif COVID-19.


"Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir kuarantin," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, berkata jenazah Allahyarham Amran sudah dihantar ke hospital untuk urusan pemeriksaan dan pengebumian.


Hafiz berkata, Allahyarham Amran atau nama sebenar, Amran Aman Ramlie yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, meninggal dunia pada usia 72 tahun di sisi anak-anak.

"Beliau meninggal dunia akibat sakit kanser usus yang dihidapi sejak sekian lama. Beliau meninggalkan empat anak hasil perkahwinan dengan isterinya," katanya.

Hafiz berkata, SENIMAN menyifatkan pemergian Amran sebagai kehilangan besar kepada industri kreatif tempatan.

"Allahyarham berbakat besar. Beliau pelawak dan pelakon yang tiada tandingan. Seluruh kepimpinan dan barisan ahli jawatankuasa SENIMAN mengucapkan takziah kepada keluarga dan semoga tabah menghadapi ujian ini," katanya.

Sebelum ini, Amran dilaporkan terlantar akibat diserang angin ahmar. Allahyarham Amran juga kurang selera makan hingga berat badan menyusut.

Allahyarham Amran pernah membintangi beberapa filem seperti Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.
 

Takziah, Amran Tompel baru pergi buat selamanya sekali AR Badul tampil dedah perkara sebenar yang berlaku​


takziah-amran-tompel-baru-pergi-buat-selamanya-sekali-ar-badul-tampil-dedah-perkara-sebenar-y...jpeg



Pelakon dan pelawak Amran Tompel, 70, telah pun pergi buat selamanya semasa dalam tempoh kuarantin akibat CvdI9 di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban jam 4.43 petang, hari ini. Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, 4rwh adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini. “Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej WhatsApp berkenaan kehilangannya. Kehilangannya berpunca dari sakit tua, masalah buh pinggang dan baru-baru ini Amran positif CvdI9 dan jalani kuarantin. Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada,” katanya.

takziah-amran-tompel-baru-pergi-buat-selamanya-sekali-ar-badul-tampil-dedah-perkara-sebenar-ya...png


Terdahulu Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat sakit angin ahmar. Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak. Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang. Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali terkena sakit angin ahmar. Sumber: Hmetro
 
AR Tompel Punca Saloma Derita Adalah Kisah Palsu

Mereka hadir pada sidang media di Finas bagi menjelaskan telefilem Saloma siaran Astro First Eksklusif mengenai Allahyarham adalah tidak benar. Pelakon Adlin Aman Ramlie berkata lebih daripada 90 peratus watak bapanya, Allahyarham AR Tompel dalam telefilem biopik Saloma siaran Astro First Eksklusif adalah tidak benar termasuklah seniman itu digambarkan sebagai punca biduanita Saloma menderita. Walaupun perjalanan hidup Allahyarham yang dipaparkan adalah fakta, Adlin menyifatkan cara interpretasi visual yang disampaikan pengarah Melissa Saila dan penulis skrip, Megat Fauzi adalah keterlaluan dan sebanyak 29 babak dalam telefilem itu lebih berunsur tohmahan.

“Memang benar, ayah saya berkahwin dengan Saloma dan memiliki seorang anak serta beberapa fakta lain dalam telefilem tersebut betul. Tetapi pengarah dan penulis skrip menterjemahkan watak ayah saya seolah-olah mengikut bayangan mereka sendiri dengan berpandukan kata satu sumber sahaja iaitu Mariani (kakak Saloma) tanpa bertanyakan kepada kami waris-waris Tompel. Ini membuatkan seolah-olah Tompel itu menjadi punca Saloma menderita. Lebih-lebih lagi menerusi satu babak yang menunjukkan Saloma terpaksa keluar rumah dengan keadaan sarat mengandung kerana Tompel tidak membayar sewa rumah, menunjukkan Allahyarham langsung tidak bertanggungjawab,” katanya.

Adlin ditemui pada majlis sidang media khas yang dianjurkan keluarga dan waris AR Tompel di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas). Kira-kira 30 orang waris seniman iti hadir pada sidang media tersebut termasuklah AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail selain wakil peguam mereka, Azam & Co. Telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat Aktor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu. Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

Tambah Adlin, cara terjemahan visual pada babak Tompel menghembus asap rokok pada Saloma juga tidak patut dipaparkan kerana ia dilihat seperti Saloma ‘diguna-guna’ oleh Allahyarham. Sementara itu, pada sidang media tersebut, keluarga berkenaan telah menghantar notis berbentuk tiga tuntutan kepada Astro iaitu meminta pihak penyiar berkenaan menghentikan serta merta siaran telefilem itu, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel dan membuat pertemuan bagi proses rundingan. AR Badul pula berkata, selepas menghantar surat notis kepada Astro 26 September, pihaknya telah mendapat respons daripada pihak Astro pada Rabu (semalam).

“Sekarang ini kami mahu telefilem itu segera dihentikan dan tidak diulang tayang lagi. Bayangkan jika ia terus ditayangkan pada masa akan datang, apa pandangan generasi masa itu terhadap keluarga kami? Bagaimanapun kami tidak mahu membawa perkara ini sehingga timbulnya saman menyaman. Tetapi kami sekeluarga sanggup berjuang sekiranya perlu menggunakan mahkamah untuk selesaikan perkara ini,” tegasnya. AR Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramli Jaafar pergi buat selamanya pada 30 Januari 1973 selepas terlibat dengan kejadian tak diingini jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur. Jasad Allahyarham diuruskan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register