BTC USD 28,584.5 Gold USD 1,970.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran A.R Tompel Sedih, Dicemuh Gara-gara 'Saloma Biopic'

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
CAM_4037.JPG

Pelakon Amran A.R.Tompel sedih dan terkilan dek cemuhan yang dilemparkan terhadapnya diri oleh beberapa penonton yang menonton telefilem Saloma Biopic gara-gara watak arwah ayahnya, seniman A.R Tompel yang digambarkan sebagai seorang yang jahat dan teruk sehingga membuat hidup saloma menderita dan hancur.

Menurut Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramli, impak daripada apa yang ditayangkan menerusi telefilem itu, dia menerima banyak pertanyaan orang sekeliling tak kurang ada yang terus menyapanya dengan sinis hingga membuatkan dia terguris hati.

"Baru-baru ini ketika saya di sebuah pasaraya, saya ditegur oleh seorang individu. Saya kenal individu itu. Dia kata begini pada saya, "kasihan Saloma yerr... Tompel buat dia macam tu". Tapi masa tu saya agak-agak terpinga-pinga sebab saya belum lagi sempat menonton telefilem itu.

"Malah cucu saya sendiri pun bertanya, "betul ker datuk macam tu?". Sedih dan kecewanya saya bila cucu saya bertanya sebegitu. Kalau di surau pula, orang-orang surau berkata pada saya, "dahsyat bapak kau ya...", katanya.

Tambah Amran, perwatakan bapanya bukan lah seperti yang digambarkan di dalam karya arah Melissa Saila itu. Sebaliknya, A.R Tompel digambarkan seagai seorang yang sangat tenang, tegas dan garang bertempat dan sangat mesra. Dia kelakar orangnya.

"Saya tak tinggal dengan beliau kerana saya belajar di Singapura. A.R Badul lebih banyak di samping beliau. Ayah orangnya simple, releks. Dia orangnya pandai dari segi mengarang lagu. Kalau nak tahu, tahun lalu kami dapat dapat royalti hampir RM70,000 hasil lagu-lagu ciptaannya. Lagu-lagu yang beliau tulis banyak diberikan kepada P. Ramlee. Ayah juga suka buat skrip. Ayah juga bagus di pentas teater. Kalau dalam berkarya, Adlin banyak mewarisi sifat-sifat ayah", kongsinya.

Antara babak yang paling membuatkan dia berasa tersinggunga adalah ketika babak A.R Tompe dan Saloma dan juga babak A.R Tompel mahu menceraikan Saloma.

"Tapi sayangnya apa yang dipaparkan dalam telemovie itu, banyak babak tentang ayah saya yang memalukan keluarga dan menjatuhkan maruah ayah sebagai seniman. Saya sedih hati dan tak setuju dengan apa yang dipaparkan.

"Paling saya sedih sekali apabila babak A.R Tompel hisap rokok dan menghembuskan asap rokok itu terus ke muka Saloma. Babak itu seolah-olah ia menggambarkan bapa saya 'memakai ilmu' untuk mendapatkan Saloma. Satu lagi, babak ketika Saloma mahu diceraikan. Pada ketika itu Saloma sarat mengandung. Ada babak yang menunjukkan Saloma keluar dengan membawa beg besar, sudah lah dia dalam keadaan sedang sarat mengandung.

"Apa yang mereka (produksi) buat ini adalah cerita benar. Tapi sejauh manakah fakta dan kebenaran terhadap apa yang dipaparkan tentang ayah saya itu? Apa yang saya tengok, isi dan jalan ceritanya tentang bapa saya dan kejahatan bapa saya. Walhal arwah bukan begitu. Sebab itu hari ini tujuan sidang media ini, kerana kami waris-waris Allahyarham mahu menuntut hak kami. Demi maruah ayah, kami akan perjuangkan hak kami, katanya sambil menahan sebak.

Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

http://www.cari.gold/2014/10/amran-ar-tompel-sedih-dicemuh-gara-gara.html
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register