BTC USD 56,874.2 Gold USD 1,832.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AMD Ryzen

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,070
Reaction score
12,590
Points
2,376
rzen_1571109820.jpg


AMD perluas penguasaan segmen pemproses dengan pengeluaran siri Ryzen PRO
AMD lancar pemproses generasi baharu Ryzen PRO 3000


PENGELUAR pemproses terkemuka, Advanced Micro Devices (AMD) meneruskan penguasaan bagi segmen pengeluaran apabila melancarkan pemproses generasi Ryzen PRO 3000 yang turut menyokong unit pemproses grafik terbina, Vega milik syarikat itu.

Susulan pelancaran pemproses itu, dua jenama pengeluar utama iaitu HP dan Lenovo akan menggunakan pemproses AMD Ryzen PRO dan Athlon PRO bagi barisan produk desktop mereka.

Ia bermula pada suku keempat tahun ini dan pelancaran pemproses kelas komersial itu dilihat usaha AMD untuk melebarkan jurang penguasaan bagi segmen berkenaan berbanding Intel.

Pengurus Besar AMD Saied Moshkelani berkata, pelancaran generasi baharu pemproses Ryzen PRO 3000 memberi fokus kepada sektor komersial atau pengusaha perniagaan kecil dan ini sejajar dengan matlamat mereka pada tahun ini.

“Pemproses generasi ini sememangnya direka secara efisien bagi menggalas tugas berkaitan pemprosesan data, rekaan dan pembuatan.

“Produk baru AMD ini juga menawarkan keupayaan kepada sektor perniagaan untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu masa tanpa sebarang masalah,” katanya.

Pemproses daripada siri AMD Ryzen 9 PRO 3900, Ryzen 7 PRO 3700, dan Ryzen 5 PRO 3600 direka berasaskan kepada infrastruktur pemproses teknologi 7nm serta menggunakan teras binaan daripada ‘Zen 2’.

Ia juga menawarkan kuasa prestasi pemproses sehingga 12 teras dan 24 ‘Threads’ sesuai untuk kegunaan industri selain mempunyai keupayaan yang mengagumkan.

Berdasarkan bandingan prestasi, Ryzen 9 PRO 3900 dan Ryzen 7 PRO 3700 menawarkan dua kali kepantasan berbanding produk lain yang berada di pasaran.


 
Sponsored Post

SmileAlways

Super Active Member
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,769
Reaction score
449
Points
91
Ryzen generasi ke-5
amanz.my/2020258188
 

SmileAlways

Super Active Member
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,769
Reaction score
449
Points
91
Ryzen generasi ke-5 versi G. grafik terbina
amanz.my/2021280943
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register