BTC USD 57,108.8 Gold USD 1,824.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AMD Radeon RX 6000 - Mampu Gerak Beberapa Permainan AAA Pada Resolusi 4K60FPS

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,485
Reaction score
3,908
Points
236
AMD akan memperkenalkan siri CPU dan kad grafik terbaru mereka di dua acara berbeza pada bulan hadapan. Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui mengenai kedua-dua komponen ini, kecuali butiran-butiran umum. Terkini, sebulan sebelum acara pengumuman AMD Radeon, mereka telah memperlihatkan rupabentuk kad grafik AMD Radeon RX 6000 tersebut secara rasmi.

Rekaan kad grafik ini berkemungkinan adalah model kad grafik paling berkuasa dalam siri ini, yang mungkin dinamakan AMD Radeon RX 6900XT. Menariknya, tidak seperti rekaan-rekaan kad sebelum ini, ia tidak menggunakan sistem penyejukan kipas peniup, dan menggunakan tiga buah kipas untuk menyejukkan komponen-komponen didalamnya.

Dari segi palam, kad grafik ini dilihat hadir dengan dua palam kuasa 8-pin PCIe yang boleh memakan kuasa sebanyak 375W. Dari segi palam I/O pula, kad grafik ini hadir dengan satu palam HDMI, dua palam DisplayPort dan juga satu palam USB Type-C yang juga boleh digunakan untuk disambungkan kepada paparan yang menggunakan palam USB tersebut.

Jika anda ingin melihat pengolokan kad grafik ini dengan lebih dekat, AMD telah membina sebuah peta didalam permainan Fortnite dimana anda boleh melihat sendiri setiap sudut produk terbaru keluaran AMD ini. Adakah kad grafik terbaru AMD ini boleh menandingi keluaran terbaru NVIDIA? Sama-sama kita tunggu pengumuman AMD pada bulan hadapan.

AMD-Radeon-RX-6000-950x531.jpg


 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,485
Reaction score
3,908
Points
236
Pada penghujung acara pengumuman siri CPU AMD Ryzen 5000, Dr. Lisa Su, CEO AMD turut mengacahkan sedikit butiran mengenai satu lagi pelancaran produk akan datang mereka, iaitu kad grafik AMD Radeon RX 6000.

Beliau memperlihatkan bentuk fizikal kad grafik tersebut diatas pentas, dimana ia nampaknya sebuah kad grafik yang cukup besar, dan akhirnya menggunakan sistem penyejukan dengan tiga buah kipas, berbanding dengan satu kipas peniup pada generasi yang lepas.

Prestasi kad grafik tersebut juga diperlihatkan sedikit, dimana AMD menggunakan permainan Borderlands 3 pada resolusi 4K dengan tetapan tinggi yang mana ia mampu digerakkan pada kadar bingkai sekitar 60FPS.

AMD juga memperlihatkan sebuah carta yang menunjukkan bahawa kad grafik ini mampu menggerakkan dua permainan lain, iaitu Call of Duty: Modern Warfare dan Gears of War 5 pada resolusi yang sama dengan kadar bingkai yang sangat tinggi.

Dr. Lisa Su mengatakan bahawa maklumat lanjut mengenai kad grafik ini, yang menggunakan cip grafik Big Navi dan teknologi RDNA2 akan diperlihatkan dengan lebih lanjut pada acara akan datang pada 28 Oktober kelak.

Lisa-Su-Radeon-6000-950x532.png


AMD-Radeon-6000-Benchmark-950x513.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,485
Reaction score
3,908
Points
236
Siri AMD Radeon RX 6000 Rasmi - AMD Akhirnya Memperlihatkan Kemampuan Gaming Pada Resolusi 4K

Setelah melancarkan siri CPU terbaru mereka pada awal bulan ini, AMD akhirnya baru sahaja mengesahkan siri kad grafik terbaru keluaran mereka, iaitu siri kad grafik AMD Radeon RX 6000.

AMD-Radeon-RX-6000-950x558.jpg

Kad grafik ini terdiri daripada tiga model, iaitu AMD Radeon RX 6800, AMD Radeon RX 6800XT dan AMD Radeon RX 6900XT.

Radeon-RX-6000-Chip-950x534.png

Untuk konteks yang mudah, ketiga-tiga model kad grafik ini bukan sahaja hadir dengan kemampuan untuk menggerakkan permainan pada resolusi 1440p dengan kadar segar semula yang tinggi, tetapi juga boleh menggerakkan pelbagai perfmainan komputer moden pada resolusi 4K. Dari segi rekaan fizikal, ketiga-tiga kad grafik ini dilihat mempunyai rupa yang sama, dimana ia menggunakan tiga kipas penyejukan dan juga akan memakan dua slot pengembangan didalam rangka PC anda.

RDNA-2-Performance-950x529.png

Seperti yang diketahui sebelum ini, kad-kad grafik ini menggunakan arkitektur grafik baru yang dinamakan RDNA2 yang menjanjikan prestasi gaming pada resolusi 4K sekitar dua kali ganda lebih baik berbanding dengan siri kad grafik AMD Radeon RX 5000 yang dilancarkan pada tahun lepas. Kad-kad grafik ini juga akhirnya boleh menyokong teknologi Ray-Tracing secara nyata, dan AMD telah bekerjasama dengan Microsoft untuk memastikan kad-kad grafik terbaru ini menyokong API grafik tersebut sebaik yang mungkin. Bermula dengan kad grafik AMD Radeon RX 6800XT, ia hadir dengan 72 Compute Unit, menggunakan memori GDDR6 sebanyak 16GB dan hadir dengan kelajuan asas 2015MHz dan Boost Clock 2250MHz.

AMD-Radeon-RX-6800XT-950x470.png

Dari segi prestasi, AMD memperlihatkan skor penanda-aras beberapa permainan pada resolusi 1440p dan 4K pada kadar segar semula tinggi yang bersaing dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 dimana AMD memperlihatkan prestasi yang setaraf dengan kad grafik tersebut.

Radeon-RX-6800XT-4K-Benchmark-950x514.png

Radeon-RX-6800XT-1440p-Benchmark-950x492.png

Beralih kepada AMD Radeon RX 6800 pula, kad grafik ini hadir dengan 60 Compute Unit, menggunakan memori GDDR6 sebanyak 16GB dan mempunyai kelajuan asas 1815MHz dan Boost Clock 2105MHz.

Radeon-RX-6800-950x539.png

AMD membangunkan kad grafik ini sebagai sebuah pilihan untuk mereka yang ingin mencuba gaming pada resolussi 4K 60FPS, ataupun lebih selesa bermain pada resolusi 1440p dengan kadar segar semula tinggi.

Radeon-RX-6800-4K-Benchmark-950x530.png


Radeon-RX-6800-1440p-benchmark-950x447.png

AMD memperlihatkan prestasi kad grafik AMD Radeon RX 6800 apabila dibandingkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti. Melalui skor penanda-aras, kad grafik AMD boleh dilihat menewaskan kad grafik NVIDIA tersebut didalam pelbagai jenis permainan AAA moden. Pengumuman terakhir yang dibuat oleh CEO AMD, Dr. Lisa Su ialah mengenai kad grafik paling berkuasa mereka, iaitu AMD Radeon RX 6900XT.

Radeon-RX-6900XT-950x531.png

Ia hadir dengan 80 Compute Unit, kelajuan cip pemprosesan grafik yang sama dengan AMD Radeon RX 6800XT dan juga memori GDDR6 sebanyak 16GB.

Radeon-RX-6900XT-2-950x510.png

Dari segi prestasi, AMD Radeon RX 6900XT ini dilihat bertarung dengan NVIDIA GeForce RTX 3090 dalam kemampuan menggerakkan permainan komputer pada resolusi 4K dengan kadar segar semula yang tinggi.

Radeon-RX-6900XT-Benchmark-950x514.png

Apa yang menariknya ialah kedua-dua kad grafik AMD Radeon RX 6800XT dan AMD Radeon RX 6900XT hanya menggunakan tenaga sebanyak 300W, manakala AMD Radeon RX 6800 menggunakan 250W sahaja.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa AMD Radeon RX 6900XT akan dikeluarkan oleh AMD sendiri, tetapi ia masih belum disahkan lagi buat masa ini. AMD turut memperlihatkan harga ketiga-tiga kad grafik ini, bersama-sama dengan tarikh pelancarannya. Ia dijangka bahawa tarikh yang diumumkan adalah untuk pasaran global.
  • AMD Radeon RX 6900XT – $999 (8 Disember 2020)
  • AMD Radeon RX 6800XT – $649 (18 November 2020)
  • AMD Radeon RX 6800 – $549 (18 November 2020)
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,485
Reaction score
3,908
Points
236
AMD Akan Hentikan Pengeluaran Kad Grafik Dengan Reka Bentuk Rujukan Untuk Siri Radeon RX 6000

AMD baru sahaja melancarkan siri kad grafik terbaru mereka, iaitu AMD Radeon RX 6000 yang terdiri daripada AMD Radeon RX 6800, AMD Radeon RX 6800XT dan juga AMD Radeon RTX 6900XT. Dengan kad-kad grafik ini, ia turut hadir dengan reka bentuk rujukan mereka sendiri, sama seperti siri kad grafik keluaran NVIDIA. Dengan model ini, ia hadir dengan rekaan berwarna perak dan hadir dengan tiga kipas peniup yang mengalirkan haba daripada bongkah penyejukan GPU.

Terkini, beberapa laman web telah melaporkan bahawa AMD akan menghentikan pengeluaran kad grafik siri Radeon RX 6000 ini bermula awal tahun hadapan, dan semua keluaran kad grafik siri ini di masa akan datang hanya akan hadir melalui rakan pembangun kad grafik.

Perkara ini tertiris melalui Cowcotland, tetapi setelah beberapa butiran disahkan, nampaknya AMD hanya akan mengilangkan satu kumpulan kad grafik AMD Radeon RX 6900XT yang setakat ini, yang dilancarkan baru-baru ini.

Ini bermakna bahawa sekitar penghujung suku pertama dan awal suku kedua tahun hadapan, semua kad grafik AMD Radeon RX 6000 yang akan dilancarkan hanya akan dijual dengan rekaan penyejuk daripada pembina-pembina kad grafik, dan kad grafik dengan reka-bentuk rujukan akan menjadi semakin sukar untuk dicari.

Screenshot-3371.jpg

Sumber asal https://www.cowcotland.com/news/744...one-shot-et-une-carte-deja-en-fin-de-vie.html
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register