AMD Perkenalkan Siri CPU AMD Ryzen 4000G Untuk Komputer Desktop

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
APU AMD Renoir, ataupun AMD Ryzen 4000 untuk komputer riba diperkenalkan pertengahan tahun ini dan kini digunakan oleh banyak jenama-jenama komputer terkemuka dan dijual pada harga yang boleh dikatakan agak mampu milik.

AMD-Ryzen-4000G-1-950x534.jpg


AMD baru sahaja mengumumkan siri APU AMD Ryzen 4000G yang menggunakan teknologi 7nm sama, tetapi dibina khusus untuk komputer-komputer desktop.

Sama seperti cip pemprosesan AMD yang lain, siri ini terdiri daripada model-model AMD Ryzen 7 4000G yang mempunyai 8 teras dan 16 bebenang kuasa, AMD Ryzen 5 4000G yang mempunyai 6 teras dan 12 bebenang kuasa dan AMD Ryzen 3 4000G yang mempunyai 4 teras dan 8 bebenang kuasa.

AMD-Ryzen-4000G-3-950x534.jpg


Dari segi sokongan GPU dalaman pula, kesemua APU-APU AMD Ryzen 4000G ini dimuatkan dengan iGPU Radeon Vega 8 dengan jumlah teras yang berbeza.

Cip-cip tersebut akan dipadankan dengan papan induk AMD B550, dan tidak akan tiba dengan sokongan untuk PCIe 4.0, kerana AMD menjangkakan bahawa syarikat-syarikat ini akan mengeluarkan komputer desktop yang tidak menggunakan kad grafik kendiri.

AMD-Ryzen-4000G-2-950x534.jpg


Menariknya, AMD turut mengatakan bahawa cip-cip pemprosesan AMD Ryzen 4000G ini hanya akan ditawarkan kepada syarikat-syarikat pembina komputer OEM seperti ASUS, Dell, HP dan sebagainya.

Ini adalah keputusan yang menarik kerana pilihan APU ini cukup sesuai untuk mereka yang ingin membina komputer-komputer kecil untuk kegunaan di rumah, seperti Home Theater PC dan sebagainya.

AMD-Ryzen-4000G-4-950x534.jpg


Buat masa ini AMD tidak memberi kata bilakah kita boleh menjangkakan komputer-komputer yang dikuasakan APU AMD Ryzen 4000G ini akan memasuki pasaran global.
 
Top
Log in Register