BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ambulans bawa pesakit terbalik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KULAIJAYA – Seorang pesakit maut apabila ambulans dinaiki terbalik selepas berlanggar dengan sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 48.3 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, awal pagi kelmarin.

Mangsa, Goh Cheng Cheng, 31, berasal dari Kluang meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital, selepas ambulans yang dinaiki terlibat dalam kemalangan sekitar jam 4.40 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah Utara terbabas dan melanggar besi pengadang jalan.

“Kenderaan itu kemudiannya dilanggar oleh sebuah ambulans yang datang dari arah belakang. Keadaan itu menyebabkan ambulans berkenaan terbalik,” katanya di sini, semalam.

Zulkefly berkata, ketika kejadian, ambulans itu sedang dalam perjalanan menghantar pesakit wanita terbabit yang dipindahkan dari sebuah hospital di Kluang untuk dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Bagaimanapun pesakit berkenaan meninggal dunia di hospital akibat pendarahan dalaman di bahagian kepalanya.

“Selain pesakit itu, ambulans turut membawa seorang doktor, dua jururawat dan seorang saudara pesakit berkenaan,” katanya.

Katanya, pemandu kereta yang terbabas turut menerima rawatan di hospital, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/ambulans-bawa-pesakit-terbalik-1.179586
 
Laaa guano dok jadi lagu tu.. Ambulan ngan ambulan pulop
 
X abes2 brita ambulan terbalik. Rse diorg amek drive racer kot.
 
biasa je ambulan eksiden. cuma jarang masuk paper
 
rasanya dah 2-3 kes ambulan eksiden dlm masa terdekat ni...
 
Back
Top
Log in Register