BTC USD 42,386.7 Gold USD 1,775.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ambil Tindakan Tegas

izack1981

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
MELAKA 15 Nov. - Pihak polis diminta mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menggantungkan kepala khinzir pada pagar rumah seorang penduduk di Kampung Ujong Padang, Alor Gajah semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkara tersebut dianggap sebagai biadab serta kurang ajar dan mereka yang melakukan perkara itu patut dikenakan hukuman tegas.

''Tindakan ini boleh mencetuskan pergaduhan melibatkan kaum. Jadi saya serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas kepada pelaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, seorang penduduk di Kampung Ujong Padang terkejut apabila menemui kepala khinzir itu dalam keadaan tergantung di pagar rumahnya ketika hendak menunaikan solat Subuh di surau berhampiran, kira-kira pukul 5.30 pagi.

Penduduk terbabit, Md. Rawi Mahmud, 55, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah berkata, beliau tidak menyangka akan mengalami insiden sedemikian memandangkan beliau yakin tidak bermusuhan dengan sesiapa.

Kejadian penemuan bangkai khinzir itu yang kedua berlaku di daerah ini selepas 17 Oktober lalu orang ramai menemui bangkai khinzir di Pantai Kemunting, Pengkalan Balak dekat sini.

Mohd. Ali berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius dan pihaknya telah menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Gan Tian Loo serta pihak polis untuk menjalankan siasatan.
 
Sponsored Post

rissa

Super Active Member
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
wowo kuar rumah je alih2 nampak kepala pig waowww thats gore!
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,989
Reaction score
258
Points
136
jangan hangat2 tahi ayam jer kecoh2 dlm paper tp action xdop
 

rissa

Super Active Member
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
kena upah CSI non muslim nih to check kesan cap jari n get DNA

p.s firasat riss, could be abang2 long? hmmm...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register