BTC USD 26,883.2 Gold USD 1,976.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ambil Positif Usaha Pendigitalan Urusan JPJ

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,562
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,562
Reaction score
28,251
Points
2,836
Awards
2

Ambil positif usaha pendigitalan urusan JPJ​

14 Februari 2023 07:20am

2092123.jpg


Pegawai JPJ, Nor Hayati Zainudin menunjukkan aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan sebagai Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ di Kementerian Kewangan pada Jumaat. - Foto Bernama


APABILA Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal, ia menjadi perdebatan hangat rakyat Malaysia.

Ada yang menyambut baik, tidak kurang mempersoalkan keberkesanan aplikasi MyJPJ yang dibangunkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pembaharuan itu sudah tentu mahu memudahkan rakyat Malaysia. Tetapi pengumuman menteri itu mendapat pelbagai reaksi termasuk kecaman, lebih-lebih lagi aplikasi MyJPJ tidak dapat berfungsi pada hari pertama akibat trafik yang sangat tinggi.

Tidak kurang yang berpendapat penggunaan digital menyusahkan terutama bagi warga emas yang tidak tahu menggunakan telefon pintar.

Oleh kerana timbul banyak persoalan, tidak sampai 24 jam, Anthony sekali lagi terpaksa memberi penjelasan menerusi Facebook bahawa aplikasi MyJPJ itu bukanlah wajib, sebaliknya salah satu opsyen bagi mendapatkan salinan digital untuk cukai jalan dan lesen memandu.

Bagi warga emas yang tidak tahu menggunakan telefon pintar atau capaian internet, masih boleh mendapatkan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal di kaunter JPJ.

Menurut Anthony, inisiatif berkenaan dijangka dapat mengurangkan 80 peratus kesesakan ketika memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Kementerian Pengangkutan juga dijangka dapat melakukan penjimatan kira-kira RM96 juta setahun dan boleh digunakan untuk menaik taraf pendigitalan dalam JPJ.

Selain itu, orang ramai boleh menjimatkan masa ketika memperbaharui lesen masing-masing dan tidak perlu membayar caj kepada pihak ketiga bagi penghantaran pelekat secara fizikal.

Malah, pelekat cukai jalan sebelum ini pun pernah mengundang rungutan ramai kerana didakwa tidak berkualiti, cepat rosak dan tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan. Sisa gam pelekat itu turut merosakkan cermin kereta apabila ditanggalkan.

Sememangnya lumrah bagi satu-satu perubahan yang hendak dilakukan, pasti ada yang mengkritik.

Namun pembaharuan seperti ini perlu diteruskan supaya negara tidak ketinggalan daripada arus teknologi pendigitalan.

Kalau tidak mula sekarang, sampai bila-bila pun kita masih di takuk lama. Teruskan sahaja, usah pandang ke belakang.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,562
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,562
Reaction score
28,251
Points
2,836
Awards
2
Perkembangan terdahulu


 

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
5,628
Joined
May 12, 2011
Messages
5,628
Reaction score
733
Points
126
aku tak suka sangat polisi ni ..

1. satu malaysia mana ada full internet
2. keberangkalian polis akan buka aplikasi lain selain yg ada dalam phone
3. polis akan ambil phone
4. kalau hilang phone, data boleh dicuri

patut dengan ic je polis dah boleh track semua sijil..
patut buat sistem untuk polis cek je by no ic.. kenapa nak susahkan pengguna install benda mcm ni.
tak perlu menyusahkan orang ramai nak kena install semua
 

shah_ae

Legendary Member
gem
Messages
18,787
Joined
Oct 27, 2008
Messages
18,787
Reaction score
1,736
Points
201
aku tak suka sangat polisi ni ..

1. satu malaysia mana ada full internet
2. keberangkalian polis akan buka aplikasi lain selain yg ada dalam phone
3. polis akan ambil phone
4. kalau hilang phone, data boleh dicuri

patut dengan ic je polis dah boleh track semua sijil..
patut buat sistem untuk polis cek je by no ic.. kenapa nak susahkan pengguna install benda mcm ni.
tak perlu menyusahkan orang ramai nak kena install semua
Bkn masalah kat awam tp masalah kat penguatkuase yg lebih ni...
Dlu roadtax bleh tgk,lesen bleh mintak...
Skang nak kene cek online...
Mkn mase skit la kot klau roadblock...
Klau polis trafik ade mcops utk cek...
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
6,991
Joined
Oct 10, 2016
Messages
6,991
Reaction score
1,423
Points
151
aku tak suka sangat polisi ni ..

1. satu malaysia mana ada full internet
2. keberangkalian polis akan buka aplikasi lain selain yg ada dalam phone
3. polis akan ambil phone
4. kalau hilang phone, data boleh dicuri

patut dengan ic je polis dah boleh track semua sijil..
patut buat sistem untuk polis cek je by no ic.. kenapa nak susahkan pengguna install benda mcm ni.
tak perlu menyusahkan orang ramai nak kena install semua
sebenarnya...

boleh ja laksanakan IC tu sebagai induk pangkatan data seseorang, dan data boleh dipantau oleh agensi berkaitan dan dikawal 100% oleh jpn/kdn ke.

tuan bukan tak tau, setiap projek yg krajaan laksanakan termasuklah projek digital, bukan fully dibangunkan oleh kerajaan mahupun pakar2 kerajaan. kerajaan hanya la klien, nak UI mcm ni, nak fungsi mcm ni, nak laju mcm ni. Vendor yg buat sebenarnya.

kalau stakat website tu, boleh la staf IT gomen buat.
 

InterFirm

Active Member
Messages
1,216
Joined
Dec 8, 2014
Messages
1,216
Reaction score
407
Points
41
Bkn masalah kat awam tp masalah kat penguatkuase yg lebih ni...
Dlu roadtax bleh tgk,lesen bleh mintak...
Skang nak kene cek online...
Mkn mase skit la kot klau roadblock...
Klau polis trafik ade mcops utk cek...

Setuju.

Aku pun rasa roadblok akan makan masa. Dan app ni sure ada glitch atau maintenance kan. Pastu helpline pulak berjanggut nak tunggu.

Carigold pun pernah maintenance.
 

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
5,628
Joined
May 12, 2011
Messages
5,628
Reaction score
733
Points
126
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Kementerian Pengangkutan masih belum membuat keputusan berhubung cadangan memansuhkan lesen memandu fizikal.

Mengakui ada di kalangan orang ramai mengeluh mengenai pelaksanaan digitalisasi terhadap Lesen Kenderaan Bermotor (LKM atau cukai jalan), Loke berkata dia dapat membayangkan reaksi mereka terhadap langkah digitalisasi lain.

“Reaksi yang kami (kementerian) jangkakan ialah tidak semua orang akan menyokong langkah ini kerana mereka mungkin dari kawasan luar bandar yang mempunyai masalah jaringan internet.

“Kami tidak mahu memaksa orang ramai untuk langkah digitalisasi ini.

"Untuk lesen dan cukai jalan, kami akan mengambil pendekatan tahap demi tahap," katanya.

Sebelum ini orang ramai dilaporkan tidak lagi perlu membawa lesen memandu fizikal kerana dokumen berkenaan boleh diperoleh secara dalam talian menerusi sebuah aplikasi khas.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zailani Hashim, berkata aplikasi berkenaan sudah siap dibangunkan JPJ dan sedang menunggu 'lampu hijau' daripada Kementerian Pengangkutan.

Pada 10 Feb lalu, Loke mengumumkan pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘road tax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada cermin kenderaan persendirian.


ADS

Menurutnya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, khususnya membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.

Sementara itu Bernama melaporkan mulai hari ini, pengguna yang ingin mendaftar dengan aplikasi MyJPJ perlu memasukkan nombor unique alphanumeric identifier yang tertera pada belakang lesen memandu masing-masing.

Loke berkata hal ini ekoran keputusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi ini untuk menambah satu lagi ciri pada aplikasi itu bagi meningkatkan tahap keselamatannya.

“Mereka yang sudah mendaftar melalui aplilasi MyJPJ tidak perlu memasukkan nombor berkenaan. Langkah keselamatan ini adalah untuk pengguna baharu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Arts of The Move initiated by Think City di MRT Pasar Seni di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Loke, JPJ meningkatkan ciri keselamatan itu susulan aduan sebelum ini bahawa pendaftaran aplikasi berkenaan hanya memerlukan nombor kad pengenalan dan ia boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata nombor unique alphanumeric identifier berbeza bagi setiap lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ.

Loke berkata pengguna yang tidak boleh menggunakan nombor kad pengenalan untuk mendaftar dalam MyJPJ berkemungkinan pernah menggunakan nombor kad pengenalan sama ketika mendaftar menerusi aplikasi MySikap atau JPJe-bid.

“Tidak boleh daftar guna kad pengenalan yang sama untuk kali kedua,” katanya.

Sebelum ini, Loke mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan masing-masing berkuat kuasa serta-merta, sebaliknya hanya perlu menunjukkan dokumen berkenaan melalui aplikasi MyJPJ yang dibangunkan secara dalaman.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,865
Joined
Jan 12, 2008
Messages
29,865
Reaction score
6,286
Points
481
Awards
1
aku tak suka sangat polisi ni ..

1. satu malaysia mana ada full internet
2. keberangkalian polis akan buka aplikasi lain selain yg ada dalam phone
3. polis akan ambil phone
4. kalau hilang phone, data boleh dicuri

patut dengan ic je polis dah boleh track semua sijil..
patut buat sistem untuk polis cek je by no ic.. kenapa nak susahkan pengguna install benda mcm ni.
tak perlu menyusahkan orang ramai nak kena install semua
setuju...mcm polis kat luar negara...key in plate number dan ic semua keluar...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register