Amaun wang yang belum dituntut sudah cecah RM95j

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR - Jumlah bayaran balik wang tak dituntut (WTD) dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut kepada pemilik dijangka meningkat sehingga RM95 juta pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Pada tahun lepas, katanya RM58 juta WTD telah dibayar balik kepada empunya berbanding RM15 juta pada 2002.

"Melalui usaha berterusan yang dilakukan kerajaan, ramai pihak yang menuntut berjaya memperolehi wang mereka kembali," katanya di sesi soal jawab di Dewan Negara di sini semalam.

Hingga Oktober 2008, seramai 51,000 orang telah memperolehi wang tersebut, meningkat daripada 46,000 orang pada tahun 2007 dan 42,000 orang pada 2006.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Yip Kum Fook yang ingin mengetahui jumlah WTD yang terkumpul oleh pendaftar dan apakah usaha untuk mengesan pemilik WTD ini.

Ahmad Husni berkata, jumlah WTD yang diterima setiap tahun oleh pendaftar menunjukkan peningkatan ketara apabila tempoh WTD selama setahun sebelum sesuatu wang yang tak dituntut perlu diserahkan oleh syarikat atau firma kepada pendaftar dimansuhkan melalui pindaan Akta Wang Tak Dituntut berkuat kuasa 1 Januari 2003. - Bernama

Ada juga orang yang tak nak tuntut duit sendiri...#:-S
 
Sponsored Post

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,665
Reaction score
292
Points
91
wtd neh diuruskan pembayaran oleh JANM(Jabatan Akauntan Negara Malaysia)..cth kes duit akan dihantar ke wtd

katakan korang pernah kerja n gaji dibayar hari..cukup 25 ari kerja korang tukar keja..so gaji bulan tu tokey taknak bayar...so korang pun tak ambik port..sampai masa JANM Cawangan akan g wat sport check kat company yg akan dipilih secara random..katakan kedai tokey tuh kena..so duit gaji korang yg 25 days tuh akan diarahkan dibayar pada korang dalam tempoh 14 hari kalau tak silap..n katalah tokey tuh tak dpt reach korang..so duit gaji tuh akan diserahkan kpd unit WTD di JANM..so disini pihak JANM akan cuba utk kontek balik owner duit tuh untuk diserahkan.

Sesapa yg rasa ada duit yg sangkut kat mana...try riki kat JANM negeri memasing..kot2 ada duit korang dlm 95J tuh
 

nashburn

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
6,374
Reaction score
66
Points
70
Banyak tu 95j
Boleh buat memorek
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
kalau tuntut saman tu jumpa je kat mana pun.
nak pulang duit tak jumpa lak .. :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register