Amaran Nik Abduh Feb 2017 : "Bahaya DAP, Bahaya Menanti" kebenaran terbukti kini

Recommended Brokers

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,697
Reaction score
640
Points
111
Amaran Nik Abduh Feb 2017 : "Bahaya DAP, Bahaya Menanti" kebenaran terbukti kini

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pas hari ini mengingatkan rakyat bahawa politik yang diamalkan DAP adalah bahaya untuk negara.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, hal ini kerana DAP datang dengan ‘tiang-tiang’ baharu menerusi tahap sekular berganda yang boleh menambahkan kehancuran kepada negara.

“Orang bertanya mana bahaya antara UMNO dan DAP. Saya berkata, bahaya UMNO, bahaya dirasai. Bahaya DAP, bahaya menanti. Jadi, hapuskan bahaya dirasai, hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan.

“Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. DAP datang dengan tiang-tiang baharu dengan tahap sekular yang berganda sepuluh yang jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti, malah PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata,” kata*nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh memberitahu, Pas hampir pasti menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengetepikan parti itu bagi meneruskan kerjasama dengan DAP.

Beliau berkata, kenyataan terbaharu bekas Perdana Menteri itu secara tidak rasmi telah menjawab teka-teki hubungan politik antara Pas dengan PPBM.

“Pas tetap serius dengan pendirian untuk menolak DAP dan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan parti itu.

“Selepas PAN yang juga ditolak kerana pengkhianatannya terhadap Pas, PPBM semakin dekat atau secara tidak rasminya ditolak oleh parti ini meskipun PKR dan Pas secara serius mengkaji hubungan dengannya,” katanya.

Tambah beliau lagi, persaingan tiga penjuru antara blok politik ketiga oleh Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hampir pasti berlaku untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan diketuai DAP.

“Kekuatan Pas untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata. Kerana itu, DAP, PAN, PKR dan PPBM terus-menerus menembak Pas dengan senjata beratnya bahawa parti ini adalah rakan UMNO.

“Tujuannya adalah untuk menidakkan Pas sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun Pakatan Harapan diketuai DAP,” jelasnya.

https://m.utusan.com.my/berita/politik/politik-dap-bahaya-untuk-negara-1.445410
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
6,838
Reaction score
189
Points
73
Sombong betul kenyataan nik anduh nie....pru lepas kuasa melayu Islam terlepas pun sebab ke angkuhan PAS bajet boleh jadi kingmaker sekali hancur....belajar la kesilapan wahai ahli politik pas....lupakan sengketa ngn dendam lama bersatulah demi agama, bangsa dn negara....semua demi rakyat yg tercinta
 
kainlangsir

Legendary Member
Joined
Jul 24, 2006
Messages
12,377
Reaction score
228
Points
123

yeah....malaysia baru la kan..jahanam negara dan bangsa pon takpe....asalkan najib dipenjarakan....oooo yeahhh babeh..nak sem***** lagi laa boleh...
 
papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,238
Reaction score
24
Points
65
yeah....malaysia baru la kan..jahanam negara dan bangsa pon takpe....asalkan najib dipenjarakan....oooo yeahhh babeh..nak sem***** lagi laa boleh...
Negara boleh jahanam kalau skandal 1mdb dgn hutang menimbun tak terkawal dan parti politik spt PAS dan UMNO yg suka memainkan isu perkauman dan agama yg membangkitkan rasa kebencian di antara kaum.
 
Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
3,987
Reaction score
249
Points
33
Negara boleh jahanam kalau skandal 1mdb dgn hutang menimbun tak terkawal dan parti politik spt PAS dan UMNO yg suka memainkan isu perkauman dan agama yg membangkitkan rasa kebencian di antara kaum.
Tp skrg mmg terbukti orang melayu xpuas hati dengan tindak tanduk DAP. Jadi sejauh mana DAP mampu mengekalkan keharmonian kaum yg ada wpon xbrapa nak harmoni skrg nie...

Dan dari apa yg berlaku di bawah, wpon PAS dan UMNo dituduh menyemai kebencian kaum tp orang melayu masih tetap beralah... tp sikap org cina sebaliknya..
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
6,838
Reaction score
189
Points
73
Tp skrg mmg terbukti orang melayu xpuas hati dengan tindak tanduk DAP. Jadi sejauh mana DAP mampu mengekalkan keharmonian kaum yg ada wpon xbrapa nak harmoni skrg nie...

Dan dari apa yg berlaku di bawah, wpon PAS dan UMNo dituduh menyemai kebencian kaum tp orang melayu masih tetap beralah... tp sikap org cina sebaliknya..
Patut dl bg tekanan najib turun tu br betul.....
 
mrd

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2011
Messages
3,009
Reaction score
125
Points
33
najib yg dh terang2 songlap duit gila gila pun masih nak disanjung...

pelik betul org melayu kita ni...
 
kainlangsir

Legendary Member
Joined
Jul 24, 2006
Messages
12,377
Reaction score
228
Points
123
Negara boleh jahanam kalau skandal 1mdb dgn hutang menimbun tak terkawal dan parti politik spt PAS dan UMNO yg suka memainkan isu perkauman dan agama yg membangkitkan rasa kebencian di antara kaum.
Najib dah masuk penjara ke belum?...kalau masuk penjara baru aku percaya..ni dah dekat dua tahun member rilek je pergi pasar malam.
 
g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
3,548
Reaction score
269
Points
41
DAP punya cucuk jarum pelan2

Speaker dia punya,walaupun ada melayu

Bijak DAP ni

Pelan2 ambil

Org Melayu ni memang berbaik sangka

Sampai sudah hilang segala
 
Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,455
Reaction score
901
Points
161
DAP punya cucuk jarum pelan2

Speaker dia punya,walaupun ada melayu

Bijak DAP ni

Pelan2 ambil

Org Melayu ni memang berbaik sangka

Sampai sudah hilang segala
org melayu sejak dari zaman melaka lagi senang kena hasut..tamak haloba..sanggup tikam bangsa sendiri..khianat bangsa sendiri..janji poket penuh...baik ahli politik ni semuanya sama...semua kena pejadal dek Freemason dan Illuminati yg asaskan demokrasi....last last Islam dok tepi kena sepak terajang je...

zaman sekarang org tak bela agama ...org bela dan sanjung ahli politik...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register