BTC USD 49,562.3 Gold USD 1,700.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amaran Komander Korea Selatan

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
EOUL 27 Nov. - Komander Tentera Marin Korea Selatan, Leftenan Jeneral Yoo Nak Joon berikrar akan membalas dendam 'beribu-ribu kali ganda' atas serangan Korea Utara yang meragut dua anggotanya ketika penunjuk perasaan menuntut kerajaan bertindak lebih keras terhadap negara jirannya itu.

Dua anggota marin yang maut hari ini diberi penghormatan dengan tembakan meriam ketika keranda mereka diarak sambil diiringi kaum keluarga dan para pegawai memberikan tabik hormat semasa perarakan, beberapa hari selepas Korea Utara melancarkan tembakan meriam ke sebuah pulau kecil dalam satu serangan paling buruk sejak perang sivil 1950-1953.

"Semua anggota marin termasuk yang sedang berkhidmat atau dalam pasukan simpanan akan menuntut bela di atas kematian mereka dalam apa juga cara kerana kemarahan dan permusuhan ini tidak akan kami lupakan.

"Kami juga akan serapkan rasa marah ke tulang kami untuk membalas dendam terhadap Korea Utara," katanya di hadapan kereta mayat yang dilitupi sedikit salji.

Dua anggota marin dan dua penduduk awam maut dalam serangan ke atas Pulau Yeonpyeong di sempadan yang menjadi rebutan Korea Utara.

Tiga tunjuk perasaan turut diadakan di ibu negara selepas majlis pengkebumian, ketika kapal induk pesawat pengangkut Amerika Syarikat (AS) tiba bagi menyertai latihan tentera bersama Korea Selatan esok, yang mendatangkan amaran dari satu-satu sekutunya, China.

"Masanya sudah tiba untuk kita bertindak. Kita perlu serang istana Presiden di Pyongyang," laung kira-kira 1,000 veteran marin di pusat bandar raya Seoul sambil membakar gambar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il dan anaknya, Kim Jung-un.

Di lokasi lain, anggota-anggota pasukan Underwater-Demolition Team turut membantah Korea Utara dan kerajaan kerana mengabaikan pengorbanan mereka dalam misi risikan. Penunjuk perasaan terpaksa bersurai selepas polis menggunakan pemadam api.

Agensi berita Yonhap dalam pada itu melaporkan, Presiden Lee Myung-bak mengadakan satu mesyuarat dengan pegawai keselamatan.

Media tempatan menyatakan, Menteri Pertahanan Korea Selatan yang baru, Kim Kwan-jin meminta supaya tindakan lebih tegas diambil selain rancangan kerajaan untuk menaikkan peruntukan pertahanan tahun depan.

"Kita perlu bertindak balas terhadap provokasi Korea Utara dengan tegas. Kita juga perlu melancarkan serangan balas dengan lebih teruk," katanya. - Reuters
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
makin bertmbh la mangsa yg x berdosa..
di sbb kn sifat dendam dan x berperikemanusiaan..
smpi bila2 dunia xkn aman jika jln penyelesaiannye "PERANG"
 

epicLOL!

Fun Poster
Joined
Sep 19, 2010
Messages
834
Reaction score
4
Points
15
EOUL 27 Nov. - Komander Tentera Marin Korea Selatan, Leftenan Jeneral Yoo Nak Joon berikrar akan membalas dendam 'beribu-ribu kali ganda' atas serangan Korea Utara yang meragut dua anggotanya ketika penunjuk perasaan menuntut kerajaan bertindak lebih keras terhadap negara jirannya itu.

wow....beribu2 kali gnda tu.mau hancur satu north korea
 

desert

Fun Poster
Joined
Dec 18, 2008
Messages
822
Reaction score
1
Points
15
Jangah jadi kes Gajah Sama Gajah Bergaduh rusa mati di tengah tengah..Hentikan Perang..Jgn biarkan mereka yg tidak bersalah menjadi mangsa .
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
semoga mereka sedar sebelum terlewat
 

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,487
Reaction score
38
Points
80
perang tiada sesiapa yang menang
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,936
Reaction score
179
Points
83
rakyat kedua2 negara nak keamanan, aku banyak tgk cite korea bila dorang dpt berjumpa tu cam terlepas dr hukuman mati.....masa game bola sepak wanita sukan asia pun leh tgk masa NK vs SK hehe
 

ilham..06

Fun Poster
Joined
Dec 30, 2009
Messages
446
Reaction score
0
Points
10
pokcik sam leh tersenyum kalau perang..

leh test senjata baru....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register