BTC USD 60,172.5 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amang seksual cucu, warga emas 63 tahun mengaku tidak bersalah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,926
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,926
Reaction score
6,423
Points
881
Awards
1
Amang seksual cucu, warga emas 63 tahun mengaku tidak bersalah

Rosdalilah Zahari26 April 2024
MGF26042024_MAHKAMAH-TELUK-INTAN-

Tertuduh, seorang warga emas berumur 63 tahun mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, pagi ini, atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya berusia 11 tahun di Teluk Intan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 APRIL 2024.
TELUK INTAN – Seorang warga emas lelaki berusia, 63 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya, Disember tahun lalu.

Bekas pemandu teksi itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun dengan menyentuh bahagian buah dada serta memeluk kanak-kanak perempuan tersebut dari arah belakang.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah rakit, di Teluk Intan, sekitar jam 8 pagi pada 24 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, R. Rishan Kumar menawarkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Jude Pereira kemudiannya memohon supaya wang jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya menghidap beberapa jenis penyakit antaranya hipertensi, kencing manis dan gout.

Menurutnya, tertuduh juga perlu kerap menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut jadual yang ditetapkan.

Tambahnya, anak guamnya itu perlu membawa isterinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana menghidap penyakit kanser.

Jude turut memaklumkan bahawa tertuduh tidak lagi bekerja dan kini disara isterinya, seorang pesara kerajaan menggunakan wang pencen yang diterima setiap bulan.

Hakim, Intan Nurul Farena Zainal Abidin membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak menganggu mangsa serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Mei ini untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. – MG Perak


 
Sponsored Post

Itula muda2 dulu taknak kumpul duit sampai beratus ribu.

Kalau tak, seminggu sekali pegi urut vietnam baru rm150.

Rm150 x 4 = rm600 sebulan.

Rm600 x 12 bulan = rm7200 setahun.

Kalau ada savings rm100k.

Rm100,000 ÷ 7200 = 13 tahun urut vietnam.
Ni gaya, urut sampai mampos nih😏
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register