BTC USD 59,859.9 Gold USD 1,731.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanat Perdana: SETAHUN MALAYSIA PRIHATIN, 1 Mac, 10 Pagi

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,945
Reaction score
12,465
Points
2,376
Saksikan Amanat Perdana sempena Setahun Malaysia Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, jam 10 pagi, Isnin, 1 Mac 2021

FB_IMG_1614433157835.jpg
 
Intipati Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin sempena genap setahun PM Muhyiddin Yassin menerajui kerajaan Malaysia
1f4cc.png
Melindungi nyawa dan kehidupan adalah dua kunci utama tumpuan pentadbiran PN sejak setahun lalu - PM

1f4cc.png
Langkah kerajaan membuka semula sektor-sektor ekonomi secara berfasa selepas pelaksanaan PKP pertama pada bulan Mac 2020 telah menyumbang kepada kedudukan ekonomi semasa yang lebih baik - PM

1f4cc.png
Dalam tempoh PKP kali kedua ini, Kerajaan telah berusaha untuk mengimbangi antara kepentingan kesihatan awam dan keperluan pertumbuhan ekonomi - PM

1f4cc.png
Keadaan ekonomi negara bertambah baik, kadar pengangguran juga terus turun - PM

1f4cc.png
Kerajaan menjangkakan kedudukan ekonomi Malaysia akan bertambah baik pada tahun ini - PM

1f4cc.png
Pemulihan ekonomi negara akan turut diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan yang menyumbang lebih 80 peratus daripada KDNK - PM

1f4cc.png
Sokongan rakyat terhadap langkah melawan COVID-19 oleh kerajaan buahkan hasil positif -- PM

1f4cc.png
Keyakinan dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutama daripada pelabur asing berdasarkan pelaburan sebanyak RM23.1 bilion dalam pasaran bon sehingga Ogos 2020 - PM

1f4cc.png
Langkah kerajaan buka sektor ekonomi secara berfasa selepas PKP pertama sumbang kedudukan ekonomi semasa lebih baik - PM

1f4cc.png
Permintaan domestik diunjur mencatat pertumbuhan yang stabil disokong oleh penambahbaikan dalam pasaran buruh, kadar inflasi yang rendah dan keadaan pembiayaan yang menggalakkan serta penerusan semula projek utama infrastruktur - PM

1f4cc.png
Ringgit Malaysia juga telah muncul sebagai antara mata wang paling kukuh di Asia Tenggara dipacu oleh inisiatif secara berterusan pihak Kerajaan dan swasta dalam memulihkan ekonomi dan menangani pandemik COVID-19 - PM

1f4cc.png
Cabaran utama urus krisis pandemik COVID-19 ialah imbangi keutamaan lindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan hidup - PM

1f4cc.png
Kerajaan akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat di lokasi-lokasi kluster jangkitan - PM

1f4cc.png
Sistem kesihatan negara bukan hanya mampu bertahan, malah semakin efektif rawat pesakit COVID-19 - PM

1f4cc.png
Aktiviti ekonomi akan terus dibuka tertakluk kepada amalan penjarakan sosial serta SOP yang ketat -- PM

1f4cc.png
Kerajaan akan ambil pendekatan yang lebih bersasar dengan melaksanakan PKP yang lebih ketat di lokasi-lokasi kluster jangkitan - PM

1f4cc.png
Kerajaan akan memberi fokus utama kepada agenda pendigitalan selaras dengan pertumbuhan sumber kekayaan baharu dan transformasi ekonomi negara dalam aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan inovasi - PM

1f4cc.png
Kerajaan akan rangka langkah-langkah tambahan bagi bantu rakyat dan sokongan kepada perniagaan dalam tempoh terdekat - PM

1f4cc.png
Penguatkuasaan SOP akan dipertingkat, tindakan tegas atas mereka yang tidak patuh - PM

1f4cc.png
Majlis Pekerjaan Negara sasar wujud 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tahun ini - PM

1f4cc.png
JENDELA diharap dapat selesaikan masalah capaian internet luar bandar dan pedalaman termasuk Sabah, Sarawak-- PM

1f4cc.png
Dasar Pendidikan Digital sediakan generasi fasih digital, lonjak kualiti pendidikan agar jadi antara terbaik di dunia -- PM

1f4cc.png
Kerajaan tumpu laksana Dasar Pendidikan Digital, antara lain untuk wujud generasi fasih digital, rapat jurang digital - PM

1f4cc.png
Kerajaan tidak berkompromi dalam isu pendatang asing tanpa izin terutama bagi bendung COVID-19 - PM

1f4cc.png
Kerajaan pertingkat kawalan sempadan dan kemasukan warga asing, tambah baik pusat tahanan sedia ada, buka pusat tahanan sementara - PM

1f4cc.png
Kerajaan terus laksana kawalan keselamatan dan penguatkuasaan terutamanya terhadap arahan PKP yang sedang berkuatkuasa - PM

1f4cc.png
Kerajaan mulakan usaha laksana kajian menyeluruh terhadap sistem kesihatan negara - PM

1f4cc.png
Sistem kesihatan yang baik, perpaduan rakyat berbilang kaum jadi asas penting kejayaan negara atasi krisis melanda - PM

1f4cc.png
Matlamat RMK12 bukan sahaja untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, malah turut memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta tidak mengabaikan kelestarian alam sekitar - PM

1f4cc.png
Dasar dan perundangan berkaitan keselamatan akan diperkasakan bagi mengukuhkan lagi aspek penguatkuasaan - PM

1f4cc.png
Malaysia terus berusaha mewujudkan Reciprocal Green Lane (RGL) dengan negara-negara berkepentingan - PM

1f4cc.png
RMK12 : Beberapa industri berpotensi tinggi telah dikenal pasti sebagai peneraju dan sumber pertumbuhan baharu seperti industri aeroangkasa, elektrikal dan elektronik yang lebih canggih, kreatif, biojisim dan pertanian pintar - PM

1f4cc.png
Kerajaan teruskan usaha wujudkan gelembung perjalanan untuk aktfikan kerjasama perdagangan dan pelaburan - PM

1f4cc.png
Belia main peranan penting pupuk semangat perpaduan demi membina negara bangsa yang bersatu-padu - PM

1f4cc.png
Tangani kemiskinan, Agenda Pemerkasaan Bumiputera dan percepat pembangunan Sabah dan Sarawak antara keutamaan dalam RMK12 - PM

1f4cc.png
Membangun bakat tersedia, kukuhkan sektor awam, antara pemangkin dikenal pasti pacu pembangunan dalam lima tahun - PM

1f4cc.png
Penjawat awam diseru beri tumpuan usaha bantu rakyat, percepat proses penyampaian bantuan kepada rakyat - PM

1f4cc.png
Tidak ada satu pun daripada Ordinan Darurat yang bertujuan membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya - PM

1f4cc.png
Kerajaan pastikan peranan Malaysia di OIC kekal utuh, khususnya perjuangkan hak rakyat Palestin - PM

1f4cc.png
Proklamasi Darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong adalah semata-mata untuk atasi masalah COVID-19 - PM

1f4cc.png
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara darurat mempunyai tempoh tamat - PM

1f4cc.png
Semua ordinan diperkenalkan ketika darurat membolehkan kerajaan tangani COVID-19 dengan lebih cekap dan berkesan - PM

1f4cc.png
Tiga ordinan dimasyur oleh Yang di-Pertuan Agong sejak darurat berkuatkuasa - PM

1614568375236.png

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,945
Reaction score
12,465
Points
2,376

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,771
Reaction score
1,609
Points
201
uhuh rasanya akan ckp benda sama
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,011
Reaction score
689
Points
81
amanat dari bapa perutusan ke ni.. haha
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,168
Reaction score
2,288
Points
201
Perutusan kali ke berapa dah ni?
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,693
Reaction score
1,179
Points
111
Perutusan kali ke berapa dah ni?

TSMY ni tadbir ala-ala presiden macam tu.

Dia jadi PM, tak pegang portfolio. Dia adhoc kat semua menteri. Dia cuma chair kabinet meeting je.

Pastu, bila ada keputusan kolektif dasar kerajaan, baru dia umum melalui perutusan.

Dia tak seperti PM-PM sebelum ini yang buat press conference atau jawab soalan wartawan direct.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,945
Reaction score
12,465
Points
2,376
MALAYSIA PRIHATIN | Vaksin COVID-19 Penting Untuk Ekonomi Pulih

Bagi menjayakan usaha merancakkan ekonomi apabila semua sektor dibuka semula, objektif Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan perlu dicapai dengan mewujudkan imuniti kelompok.

Oleh itu, daftar segera di MySejahtera dan terima suntikan vaksin tanpa ragu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,945
Reaction score
12,465
Points
2,376
MALAYSIA PRIHATIN | Terima Kasih Rakyat Malaysia Kerana Bersatu

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang kekal bersatu padu dalam suasana mencabar.

Harapan disandarkan agar tanah air ini kembali bangkit daripada cabaran yang melanda.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,945
Reaction score
12,465
Points
2,376
MALAYSIA PRIHATIN | "Setahun Di Putrajaya - Fokus Terhadap Rakyat"

Esok genap setahun kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disertai gabungan parti-parti dalam Perikatan Nasional mentadbir negara.

Tidak mudah tetapi tidak mengalah. Kerajaan terus bergerak ke hadapan mengurus negara dalam suasana tidak menentu akibat COVID-19.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register