Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

CG Sponsors




Sponsored Post

Keep Smile

Freshie
Joined
Dec 11, 2014
Messages
42
Reaction score
0
Points
16
Haritu dalam hujung bulan 2 dia ada bukak untuk tambah unit pelaburan.

Buatlah baik dgn banker, Diorang akan inform dgn kita once unit ini dibuka utk pelaburan
yang tambah unit ni untuk yg dh pernah join ke? yang tak pernah join dan baru nak join tak boleh?
 

Duit Tepi

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2013
Messages
533
Reaction score
26
Points
30
Baru lepas contact staff yg uruskan AHB kat maybank.. no news yet about dividen
 

pelaboq

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2012
Messages
109
Reaction score
6
Points
20
yang tambah unit ni untuk yg dh pernah join ke? yang tak pernah join dan baru nak join tak boleh?
Yang baru join tak pernah join AHB pon boleh topup. Tapi kena tengok timing la. Dia biasa bukak 1 hari, so pagi2 kena pergi bank untuk settlekan open account and masukkan duit dalam tu
 

Duit Tepi

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2013
Messages
533
Reaction score
26
Points
30
Saham amanah yg paling low profile.. nak declare dividen pun share holder tunggu mcm ye tak ye je.. news pun tak de.. kadang2 dah declare dividen.. news keluar lambat sehari dua..
 

zackpenang

Junior Member
Joined
Jan 9, 2010
Messages
98
Reaction score
50
Points
16
Agihan pendapatan interim AHB 2.60 sen seunit

Oleh Hazwan Faisal Mohamad
[email protected]

Share


Tweet



KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mengumumkan agihan pendapatan interim bagi dana Amanah Hartanah Bhd (AHB) 2.60 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir pada 31 Mac 2020, membabitkan 500,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit.
Dalam satu kenyataan, PHB yang juga penaja dana AHB dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) berkata, jumlah itu terhasil daripada pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.30 sen seunit dan pengagihan bonus berjumlah 0.30 sen seunit.
“Bagi pemegang unit institusi yang memiliki lebih daripada 500,000 unit, lebihan unit itu layak mendapat agihan pendapatan asas berjumlah 2.30 sen seunit.

“Oleh itu, pengagihan pendapatan interim untuk pemegang unit institusi akan berada antara 2.30 sen seunit sehingga 2.60 sen seunit, bergantung kepada jumlah unit yang dipegang,” katanya.
Agihan pendapatan itu dijangka memberi manfaat kepada 75,000 pemegang unit Bumiputera serta 14 institusi Bumiputera.
PHB berkata, agihan pendapatan ini dikecualikan dari cukai dan telah dizakatkan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang unit pada 14 April ini.
“Bagi Ahli Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 KWSP mereka,” kata kenyatan itu.
Sementara itu, sebagai respons kepada pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan kepada perniagaan di negara ini, Pengarah Urusan PHB, Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, syarikat itu sedang menyelesaikan program bantuan penyewaan untuk membantu penyewa runcit yang terjejas di pusat membeli belah dan juga di bangunan lain milik mereka.
AHB dengan harga tetap RM1.00 seunit adalah sebuah dana amanah berlandaskan hartanah yang patuh syariah.
Ia membolehkan pelabur-pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset-aset hartanah yang mampu memberi pulangan yang kompetitif serta dalam aliran pendapatan yang konsisten.
Dana ini boleh dilanggan di semua cawangan Maybank, AmBank dan AmBank Islamic di seluruh negara
 

ahbond

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
4,365
Reaction score
66
Points
30
Alhamdullilah syukur....2.3 plus 0.3 pun okay dalam kegawatan ekonomi sekarang....next bulan 10 maybe terefek lebih lagi kot...Apa2 pun syukur alhamdullilah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register