BTC USD 63,090.0 Gold USD 2,381.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amalina masih menuntut di Edinburgh

nadiswake

Fun Poster
Messages
518
Joined
Mar 26, 2008
Messages
518
Reaction score
1
Points
15
KUALA LUMPUR: Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, tidak pernah gagal dalam pengajiannya dan masih menuntut di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai desas-desus yang mengatakan Nur Amalina gagal dalam pengajiannya serta tidak lagi menuntut di United Kingdom.

"Setakat yang kita tahu, beliau sedang menuntut di universiti itu dan kementerian tiada maklumat yang mendakwa beliau gagal dalam pengajiannya.

"Lazimnya, mereka yang menuntut di luar negeri terdiri daripada pelajar cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa dan sekiranya mereka gagal, penaja akan menjadi pihak pertama diberitahu," katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.

Isu kegagalan Nur Amalina dalam pengajiannya dibangkitkan Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) ketika perbahasan.

Bagaimanapun, sejurus selepas Saifuddin memberikan jawapan berkenaan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu kemudian memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau menerima maklumat terkini berhubung kedudukan sebenar Nur Amalina di Universiti Edinburgh.

"Saya mendapat maklumat daripada seorang pelajar Malaysia yang turut belajar di Universiti Edinburgh.

"Menurut pelajar itu, Nur Amalina tidak pernah gagal dalam pengajiannya, malah antara pelajar terbaik dalam bidang Farmakologi dengan Pengalaman Industri (Pharmacology with Industrial Experience). Pelajar itu berharap perkara ini dapat dijelaskan," katanya.

Nur Amalina, 22, yang mencipta rekod dalam pendidikan negara apabila memperoleh 17 A1 dalam peperiksaan SPM, ditaja Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom.

Menurut Wikipedia, Nur Amalina baru saja menamatkan tahun keduanya apabila ditawarkan universiti berkenaan untuk mengikuti ijazah dalam Farmakologi dengan Pengalaman Industri berdasarkan keputusannya yang cemerlang.

Ini bermakna Nur Amalina akan memperoleh ijazah berganda di penghujung kursus perubatan yang diikutinya.

Nur Amalina hanya akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Farmakologi. - Bernama

Sumber :- Utusan online

aku ada dengar gak rumors kata dia dah kantoi 2 kali course medic...:(
 
Sponsored Post

Camana menteri dapat maklumat dari kawan Amelina jee..? bukan dari pihak uni.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register