ahib0205
Legendary Member
- Joined
- Nov 18, 2007
- Messages
- 19,329
- Reaction score
- 740
- Points
- 166
Ustaz dan ustazah serta para kaunselor sering diajukan solan berkaitan rumahtangga. Contoh pada kali ini saya nak share tentang soalan yang biasa di tanya ialah:
Bagaimana cara untuk mendidik dan melembutkan hati anak-anak supaya rajin belajar dan dengan cakap selain daripada doa ibubapa?
Sahabatku,
di dalam agama islam, terdapat banyak amalan yang boleh kita amalkan dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh/solehah. Apa yang saya nak kongsikan salah satu amalan ialah dengan membaca surah al-Hasyr, ayat 21 dan hembuskan pada ubun-ubun anak setiap malam sebelum anak masuk tidur.
Selain itu, pesan la juga kepada anak-anak supaya baca ayat kursi dan 3 qul. dan jangan lupa pesan kat anak-anak supaya maafkan orang di sekeliling kita
Secara umumnya ibubapa sendiri perlulah memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik sahsiah peribadi anak-anak. Jelas dunia sekarang sudah terbukti bahawa anak-anak lebih mudah mengikut apa yang dilihat daripada apa yang disuruh. #:-S
Er... ibubapa mana yang tak mau besarkan anak-anak supaya jadi anak soleh/solehah kan?
Takpa pelan-pelan kita ubah gaya hidup kita supaya anak kita tak ikut kita bila besar nanti. 
Saya belum punya anak, modahan saya punya kekuatan untuk amal apa yang saya tulis. Insya Allah
Wallahua'alam....
Aku Hanya Insan Bisa...
JANGAN PANDANG SIAPA YANG MENYAMPAIKAN TETAPI PANDANGLAH APA YANG DISAMPAIKAN
[update]

Salam semua.. anak perempuan saya dah setahun 2 bulan. Orang kata melentur buluh nie biar dari rebungnye.. Dari kecik dah ajar dia cara salam cium tangan..lepas tue bila jalan depan org yang lebih tua..bongkokkan sikit badan tue sebagai tanda hormat. Rasenye sekarang amalan tue dah macam dilupekan pulak. :-<
Petua dari org yang lebih tua, bila bagi makan, amalkan suap anak tue dengan tangan kita sendiri..mudah-mudahan akan dengar cakap ibu bapa nie.
Lagi satu amalan2 baik nie, ibu bapa macam kita la kene amalkan dulu..insya-allah..bile anak2 tengok, dia pun akan ikut..![]()
Betullah...memang banyak orang2 tua yang cakap camni..tapi saya tak percaya sangatlah
Bagi sayalah...Teknik mendidik anak ni bukan perkara yang dicanang2. Ia tetap bergantung kepada siapa si anak duduk dan tinggal.Itu didikan kedua sebenarnya..
Pendidikan pertama sudah tentu bermula dari diri ibu bapa tu sendiri, sebelum kelahiran anak lagi (senang kata sebelum buat anak) ibu bapa dah mengkaji dan teliti dalam proses pembuatan anak tu (jimak).Maksudnya, masa dan adab2 berjimak. Ini perlu dijaga. Jangan main belasah je tak kira masa ye tak.. (maaf ye saya gunakan bahasa camni untuk mudah faham je) Doa berjimak pun penting dan sebagainya seperti yang diajarkan oleh nabi s.a.w.
Apa yang baginda ajarkan ini sudah tentu memiliki sebab yang kuat agar benih umat islam tidak bercampur dengan benih syaitan., nafsu manusia ketika melakukan seks seharusnya sealiran dengan tuntutan Islam.
Seterusnya pendidikan kedua iaitu bila dah mengandung (melekatlah kata orang)..ni pun proses yang sangat penting..perbanyakkan anak itu untuk mendengarkan doa2 dan al-Quran...dan banyakkan bercakap benda2 yang baik dan soleh. Jgan mak bapak tinggal sembahyang, makan benda haram...sebab tu semua jadi darah daging...anak itu akan membesar dengan makanan haram dan akhirnya jadi haram jad...wanauzubillah..
Pendidikan ketiga:Bila dah bersalin...ini pun penting gak...azan dan iqamat di telinga kanan dan kirinya...ini juga proses yang diajarkan Nabi..Dan sudah tentu sunnah ini memiliki sebab yang kuat untuk mendidik jiwa anak tersebut.
Pendidikan yang berterusan..ilmu Islam diajarkan,solat diajarkan,al-quran di ajarkan.
Ajaran islam dalam mendidik anak:
Sejak lahir - 7 tahun : Anak adalah raja. maka apa yang diminta perlu dipenuhi. Tapi ingat raja pun ada penasihatkan (PM)...maka bijak2lah memenuhkan tuntutan anak.
8 - 14 tahun: Anak adalah hamba...bukan hamba abdi tapi mendidiknya cara paksa sikit...tapi paksa dalam bentuk kasih dan sayang...kalau tak solat belasah..tapi hanya di kaki sahaja. Berikan segala ilmu2 agama dan dunia tanpa memberinya sebarang pilihan...
15- 21 tahun: Anak adalah sahabat ibu bapa...masa ni mereka dah boleh bawak bincang dan tanyakan segala pendapatnya untuk dia merasa dirinya disayangi dan diperlukan.
22 ke atas: Anak adalah orang lain.....
Inilah sekadar yang saya faham..dan masih mempraktikkannya, tapi ia tetap bergantung kepada ibu bapa itu sendiri...kalau mak bapak tak solat jangan harap nak paksa anak solat...dan seterusnya..Wallahu A`alam
Last edited: