BTC USD 57,073.9 Gold USD 1,777.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amah kini boleh mengadu ke 15999

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Perkhidmatan Talian Nur 15999 kini diperluaskan bagi menerima aduan mengenai penderaan dan penganiayaan terhadap pembantu rumah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan yang memandang serius kes-kes penderaan pembantu rumah asing.

Beliau berkata, aduan daripada pembantu rumah mengenai penderaan fizikal dan seksual akan terus disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan segera.

"Manakala aduan mengenai bayaran upah atau tidak dibayar gaji pula disalurkan untuk tindakan Jabatan Tenaga Kerja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Talian Nur beroperasi sejak 2007 bagi memudahkan orang ramai membuat aduan dan mendapatkan bantuan berkaitan penderaan, pengabaian, keganasan rumah tangga dan skim bantuan kebajikan.

Ia berfungsi sebagai talian tunggal bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya.

Shahrizat berkata, kemudahan itu boleh diakses 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu menerusi talian tetap atau telefon bimbit tanpa mengira lokasi.

Katanya, maklumat lanjut mengenai talian itu juga boleh didapati dengan melayari laman web www.kpwkm.gov.my.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register