Amah bakar rumah dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang sebelum ini dipercayai terbabit dengan kejadian membakar rumah majikannya, 6 Januari lalu hari ini mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri beberapa barangan milik majikannya.

Pembantu rumah dari Bandung itu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam prosiding tertutup berikutan suspek seorang yang di bawah umur.

Suspek dituduh dituduh mencuri dua komputer riba, sebuah modem jalur lebar, satu unit tetikus dan sebuah beg milik majikannya Mazli Mohamad di Taman Murni Indah, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara 10 hingga 10.30 pagi pada 6 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Wan Nor Aklima kemudian menetapkan 27 Januari sebagai tarikh untuk mendengar keputusan kes dan mengarahkan pihak pendakwa mendapatkan laporan akhlak tertuduh sebelum hukuman diputuskan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin sebelum tarikh keputusan kes walaupun dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Bagaimanapun, tertuduh gagal untuk membayar wang jaminan tersebut dan dia kemudian dibawa ke Sekolah Tunas Bakti Perempuan, Marang. - Bernama
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
bakar rumah takde dakwaan ? :eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register