BTC USD 96,924.8 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Altimet Dedah Gaji Yang Dia Dapat Sebagai ADUN Di Selangor

Betul.
Gred sama pun belum tentu gaji sama.
Kalau x salah aku gred kerajaan ada PT kan dulu. P1T4 lah P3T5 lah, walau gred sama, sbb tu gaji berbeza.

Dulu kalau yg dpt anugerah cemerlang dpt kenaikan gaji menegak lah melintang lah. Kalau biasa kenaikan mendatar.
 
Sponsored Post

03.12.2024 - Penyanyi, komposer merangkap wakil rakyat selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Altimet telah berkongsi tentang jumlah pendapatannya sebagai wakil rakyat dalam sebulan. Altimet atau nama sebenarnya, Syed Abdul Rahman Al Hadad merupakan salah seorang ADUN di Selangor. Ini selepas dia memenangi pilihanraya kerusi ADUN Lembah Jaya dalam PRN 2023 yang lalu. Nama Altimet bukannya asing dalam industri hiburan tanah air. Banyak kejayaan yang sudah dicapainya.

Dan kini dia masih aktif berkhidmat sebagai wakil rakyat. Altimet terbuka untuk berkongsi tentang pendapatannya. Dalam satu siaran podcast, dia mendedahkan bahawa gaji bersih seorang wakil rakyat selepas dicampur elaun adalah sekitar RM16,000 sahaja. Altimet juga menyatakan bahawa: “Jika tidak silap, di Malaysia, kalau ranking 3 tertinggi untuk gaji ADUN, Selangor antara yang tertinggi.”

“Di Selangor, kalau dicampur gaji kasar dengan elaun, maka gaji bersih boleh dapat RM16,000.”

Bercakap tentang perkhidmatan pemandu peribadi. Altimet merasakan bahawa khidmat mereka sangat membantunya dalam urusan seharian. Lagipun memang ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan ianya wajib untuk digunakan.

“Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja. Jangan sampai tak ada pemandu, kalau tidak, nanti bos akan tanya,” tegas beliau – menurut laporan mStar.

Selain itu Altimet juga menikmati insentif sama seperti kakitangan kerajaan yang lain termasuk kemudahan membuat pinjaman untuk membeli rumah, kereta dan sebagainya.
1733210953493.png

dia citer gaji bersih je

gaji kotoq?
 
sy x ckp nak jadi ADUN tu mudah... tapi kelebihan dan perkhidmatan dorang biar la seiring dgn khidmat dorang dan x perlu sama dgn kakitangan awam yg dah mmg kene kerah keringat berpuluh tahun sampai ramai jatuh sakit.... 16k Tuh leh byr berapa pekerja kakitangan rendah yg terpaksa berhutang dgn bank dan wat kerja lebih masa....
Rezeki dari Allah pun nak dengki2 ke?
 
dah abis sepenggal... pastu dpt pencen? org lain nk dpt gred jawatan PTD berhempas pulas belajar... kipas boss... baru dpt jawatan... pastu kene keje berpuluh tahun baru dpt pencen... ADUN belajar takat sekadar ade... dpt gaji bertaraf JUSA B dan berkhidmat selama 5 tahun.. dah dpt pencen... kemudahan loan beli umah dan kete lagi... patut la rakyat marah

ooo ADUN pun dapat yer? ingatkan MP je.

RM16k tapi keja hampir 24jam sehari, tak berbaloi lah pada saya. bersusun jadual jumpa orang itu ini setiap hari siang & malam.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register