BTC USD 61,870.9 Gold USD 2,383.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

46du114t1f

Fun Poster
Messages
610
Joined
Feb 24, 2018
Messages
610
Reaction score
88
Points
30
Salam para pedagang,

Saya ingin berkongsi satu teknik money management atau risk management dengan sedikit pengubahsuaian daripada teknik anti-martingale yang asal.

Seperti yang kita sedia maklum, daripada banyak-banyak trading tips online, seseorang trader itu digalakkan untuk mengambil rehat seketika daripada trading selepas mengalami sesuatu kerugian. Tujuannya ialah untuk memberi ruang kepada emosi supaya berasa lapang dan juga mengelakkan over trading.

Begitu juga dengan teknik anti-martingale yang asal yang mana ianya dereka untuk tidak menggalakkan seseorang trader melakukan trading selepas mengalami kerugian.

Anti-martingale ialah satu teknik yang mana seseorang trader itu mengurangkan position setiap kali selepas mengalami kerugian. Contohnya ketika trading yang pertama trader itu membuka position sebanyak 1 lot. Selepas dia mengalami kerugian dengan position 1 lot itu, dia perlu membuka position sebanyak 0.5 lot untuk trading yang kedua.

Kalau untuk position pertama dia mengalami kerugian sebanyak 10 pips, maka untuk position kedua dia perlu mendapatkan keuntungan sebanyak 10 pips juga untuk reset semula position yang seterusnya.

Di sini saya ingin bagi satu contoh untuk trading account yang besar dan trading account yang kecil.

Kalau untuk trading account yang besar pada mulanya seseorang trader itu sudah pun sedia ada boleh membuka position sebanyak 1 lot. Untuk position seterusnya dia boleh saja membuka position sebanyak 0.5 lot tanpa sebarang batas daripada sesuatu broker.

Berbanding dengan trading account yang kecil, setiap kali melakukan trading seseorang trader itu perlu membuka position yang minimum yang boleh disediakan oleh sesuatu broker. Maka untuk trading seterusnya dia sudah tidak boleh lagi mengurangkan position. Sebagai contoh position yang minimum ialah 0.01 lot. Untuk position seterusnya dia tidak lagi boleh buka 0.005 lot.

Berdasarkan kepada satu kata pepatah iaitu masa itu duit, maka pengubahsuaian dilakukan daripada teknik anti-martingale yang asal.

Apabila seseorang trader itu tidak lagi boleh mengurangkan position seterusnya untuk trading, maka ia diganti dengan masa yang diambil untuk rehat seketika daripada trading.

Sebagai contoh untuk setiap 10 pips, masa yang diambil untuk rehat seketika daripada trading ialah sebanyak 30 minit. Apabila seseorang trader itu mengalami kerugian sebanyak 10 pips, maka dia perlu mengambil rehat seketika daripada trading selama 30 minit. Selepas itu barulah dia boleh melakukan trading seperti biasa semula.

Ada dua scenario yang berkemungkinan akan berlaku selepas itu.

Scenario yang pertama ialah kalau trader itu mengalami kerugian lagi sebanyak 10 pips untuk trading seterusnya dia perlu double up lagi masa rehat seketika daripada trading kepada 1 jam pula. Dan begitulah seterusnya.

Scenario yang kedua ialah kalau trader itu mendapat keuntungan sebanyak 10 pips untuk trading seterusnya maka dia boleh reset semula masa rehat seketika daripada trading kepada trading seperti biasa.

Di sini untuk mendapatkan nilai hubungan di antara pip dan masa, saya menggunakan satu indicator iaitu Average True Range (ATR).

Parameter ATR yang saya gunakan ialah 14-period.

Contoh bagaimana mendapatkan nilai masa rehat seketika daripada trading:

Seseorang trader itu telah mengalami kerugian sebanyak 67 pips. Masa dia mengalami kerugian itu ialah pada 1 August 2019, 9:50 AM.

Bacaan pips pada ATR 4 hour timeframe (H4) ialah sebanyak 50 pips.

Bacaan pips pada ATR daily timeframe (D1) ialah sebanyak 100 pips.

H4 : 50 pips
? : 67 pips
D1 (H24) : 100 pips

H4 < ? < D1
50 pips < 67 pips < 100 pips

\[ \begin{align*} & \frac {H4 \times (0.0100-0.0067)+H24 \times (0.0067-0.0050)}{0.0100-0.0050} \\ &= \frac {H4 \times 0.0033+H24 \times 0.0017}{0.0050} \\ &= \frac {H0.0132+H0.0408}{0.0050} \\ &= \frac {H0.0540}{0.0050} \\ &= H10.8 \end{align*} \]

Maka masa rehat seketika daripada trading selepas trader itu mengalami kerugian ialah selama 10.8 jam ( 10 jam 48 minit ). Dia boleh menyambung semula melakukan trading pada 1 August 2019, 8:38 PM.

Contoh yang lain bagaimana mendapatkan nilai masa rehat seketika daripada trading:

Seseorang trader itu telah mengalami kerugian sebanyak 83 pips. Masa dia mengalami kerugian itu ialah pada 1 August 2019, 9:50 AM.

Bacaan pips pada ATR 4 hour timeframe (H4) ialah sebanyak 50 pips.

Bacaan pips pada ATR daily timeframe (D1) ialah sebanyak 100 pips.

H4 : 50 pips
? : 83 pips
D1 (H24) : 100 pips

H4 < ? < D1
50 pips < 83 pips < 100 pips

\[ \begin{align*} & \frac {H4 \times (0.0100-0.0083)+H24 \times (0.0083-0.0050)}{0.0100-0.0050} \\ &= \frac {H4 \times 0.0017+H24 \times 0.0033}{0.0050} \\ &= \frac {H0.0068+H0.0792}{0.0050} \\ &= \frac {H0.0860}{0.0050} \\ &= H17.2 \end{align*} \]

Maka masa rehat seketika daripada trading selepas trader itu mengalami kerugian ialah selama 17.2 jam ( 17 jam 12 minit ). Dia boleh menyambung semula melakukan trading pada 2 August 2019, 3:02 AM.

Bagi kedua-dua contoh di atas ada dua scenario yang berkemungkinan akan berlaku selepas itu.

Scenario yang pertama ialah kalau trader itu mengalami kerugian pada tahap tertentu lagi maka jumlah masa rehat seketika akan menjadi double up lagi untuk trading seterusnya.

Scenario yang kedua ialah kalau trader itu mendapat keuntungan pada tahap tertentu maka jumlah masa rehat seketika boleh menjadi reset untuk trading seperti biasa.

Sekian itu sahaja penghuraian ringkas saya tentang teknik alternative for anti-martingale. Kalau ada apa-apa maklumat, saya akan tambahkan lagi pada masa akan datang.

Kalau thread ini boleh pergi jauh lagi, saya minta budi daripada master coder terutamanya bolehlah cipta custom indicator. Selepas itu bolehlah pengiraan dikira secara automatic dan tak perlu manual lagi.

Sekian.

Edit:

Pada asalnya parameter ATR yang saya gunakan ialah 14-period.

Sekarang parameter ATR yang saya gunakan ialah 100-period.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut ialah links bagi penghuraian yang lebih lanjut tentang Alternative for Anti-Martingale.

EXAMPLES OF DOUBLE UP

EXAMPLES OF RESET
 
Last edited:
Sponsored Post

Alternative for Anti-Martingale ini mungkin 'last shot/pour/trial/attempt' bagi saya dalam dunia forex ini. Kalau tidak menjadi juga saya akan ambil masa rehat yang lama pula daripada trading selepas ini.

Kemudian dalam 10 tahun lagi saya akan trade forex semula dengan account yang baru. Waktu itu saya akan buat keuntungan 'beginner's luck' dengan jangkaan saya akan terus dapat untung. Kitaran ini akan berulang.

Idea baru sentiasa muncul. Kemuadian seorang trader itu mulalah nak test idea itu pada market dan pada diri dia sendiri. Kadang-kadang peluang lain di luar aktiviti trading ini banyak dilepaskan.

Saya pun ada banyak lagi urusan peribadi saya kena selesaikan. Saya letakkan teknik ini di ruangan Forex Trading Styles kerana rules teknik ini dynamic, berubah-ubah atau boleh dipinda. Ia ialah psychology 'make-up' iaitu bagaimana trader prepare untuk berhadapan dengan market.

Banyak perkara-perkara di dunia ini ada saling kait antara satu sama lain termasuk Finance dan Information Technology. Bila kedua-dua bidang ini bergabung jadilah retail foreign exchange.

Okaylah saya tengok sekarang charting analysis sekarang in simple. Tak ada lah yang berbukit-bukau, berwarna-warni 'chick impressing' macam dulu lagi.

Sekian.
 
Last edited:
Apabila trader itu tahu yang dia akan kena ambil rehat seketika atau pun menangguhkan trading selepas trader itu mengalami kerugian, maka dia akan lebih berhati-hati sebelum enter market.

Satu lagi apabila seseorang trader itu sudah take profit, ada kecenderungan yang dia akan menjauhkan diri daripada aktiviti trading.

Dia rasa yang keuntungan sudah sedia ada dalam tangan. Kalau trade seterusnya belum tentu terjamin akan dapat.

Sebaliknya apabila seseorang trader itu sudah stop loss, ada kecenderungan yang dia akan segera untuk melakukan trading seterusnya.

Dia mahu segera melupakan kerugian yang dialami dan kalau boleh kerugian itu tidak wujud langsung.
 
Kesimpulan daripada market analysis (fundamental & technical) dan money management.

Market analysis ini macam active plan. Trader perlu market analysis sebelum melakukan trading untuk mendapatkan keuntungan.

Money management ini macam passive plan. Trader perlu money management selepas melakukan trading kalau mengalami kerugian.
 
x on martin, tp pelot still negatif jugak kan?? tunggu 17 jam tanpa new entri ??

Yang cik maksudkan tp pada harga yang kurang baik daripada masa mula2 open position tu ke?

Ya masih kena tunggu tanpa entry. Tapi bukan sampai 17 jam lah. Kiraannya lain. Inputnya lain.

Bagi setiap position yang rugi mesti kena tunggu tanpa entry ikut tempoh masa tertentu.

Kalau stop loss yang pada harga lebih baik dan untung baru blh reset dan trading seperti biasa.
 
Sponsored Post

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.06759
USD / JPY
154.447
GBP / USD
1.24774
USD / CHF
0.90892
USD / CAD
1.37582
EUR / JPY
164.886
AUD / USD
0.64433

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register