BTC USD 60,343.8 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alor Setar semakin 'tenggelam'

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Alor Setar semakin 'tenggelam'


2010/11/05
ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah bertambah buruk dengan jumlah mereka yang dipindahkan kini meningkat kepada 39,785 orang dan hampir semua kawasan di bandar raya ini kini dinaiki air.

Sehingga 4 petang ini, kira-kira 80 peratus kawasan di bandar raya Alor Setar telah digenangi air.

Jumlah penduduk yang dipindahkan di daerah Kota Setar dan Pendang menunjukkan peningkatan manakala Kubang Pasu masih sama dan daerah Padang Terap serta Pokok Sena menunjukkan penurunan.
Di Kota Setar, jumlah mangsa banjir kini 16,376 orang daripada 4,047 keluarga, di Pendang 244 orang daripada 62 keluarga, di Kubang Pasu 21,111 orang membabitkan 5,740 keluarga, di Padang Terap berkurangan kepada 354 orang daripada 92 keluarga dan daerah Pokok Sena 1,738 orang melibatkan 307 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, lapan di Padang Terap, 34 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Beliau berkata, keadaan di Padang Terap semakin pulih apabila 303 orang daripada 112 keluarga dibenar pulang ke rumah masing-masing manakala di Pokok Sena 29 orang daripada enam keluarga dibenarkan pulang.

Tinjauan di sekitar bandar raya Alor Setar mendapati sudah 80 peratus kawasan digenangi air manakala banyak jalan tidak dapat dilalui kenderaan ringan berikutan air yang naik secara mendadak.

Beberapa premis penting termasuk bangunan kerajaan, agensi kerajaan dan pusat membeli-belah telah mula dimasuki air menyebabkan kedai terbabit terpaksa menutup operasi lebih awal.

Beberapa kenderaan ringan yang cuba melalui jalan yang terjejas tersangkut menyebabkan kenderaan lain terpaksa mencari jalan alternatif.

Tinjauan di sekitar pekan Jitra di daerah Kubang Pasu pula mendapati keadaan banjir semakin surut dan ada kawasan yang telah pulih sepenuhnya, namun mangsa masih belum boleh pulang ke rumah masing-masing kerana keadaan terlalu kotor.

Akibat banjir yang melanda sejak 1 November lalu, daerah berkenaan juga terputus hubungan dengan daerah Kota Setar apabila jalan-jalan utama iaitu jalan Hutan Kampung-Alor Setar dan Kepala Batas-Alor Setar ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Sementara itu, tujuh jalan di Kota Setar ditutup untuk semua kenderaan manakala 21 jalan di tiga daerah ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah di Kota Setar iaitu Jalan Hutan Kampung-Kepala batas; Jalan Langgar-Simpang Hutan Kampung; Jalan Sultanah; Jalan Alor Setar-Kangar; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Alor Janggus-Gunung Keriang; dan Jalan Gunung Keriang-Sungai Korok.

Jalan-jalan yang dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan ialah di Kota Setar iaitu Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Tambang Badak; Jalan Stadium; Lebuhraya Sultanah Bahiyah; Jalan Langgar-Pendang; Jalan Alor Setar-Pokok Sena; Jalan Alor Setar-Pokok Sena-Kuala Nerang; Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang; dan Jalan Suka Menanti-Gunung Keriang.

Di daerah Kubang Pasu pula ialah Jalan Titi Besi-Kampung Pasu; Jalan Jitra-Kelubi; Jalan Tunjang-Kampung Teluk Malik-Kampung Naga; Jalan Jitra-Sungai Korok; Jalan Kepala Batas-Kemuning; Jalan Tanah Merah-Wang Tepus; Jalan Batu 9 Jitra-Alor Rambai-Kepala Batas dan Jalan Alor Mengkudu-Tok ******.

Di Pokok Sena ialah Jalan Lengkuas-Kampung Derang; Batu 11 Jalan Pokok Sena; dan Jalan Bukit Payung-Kampung Cina.

Di KANGAR, keadaan banjir di Perlis semakin pulih dengan 1,475 orang daripada 398 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing dan 13 pusat pemindahan telah ditutup.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berkata, sehingga petang ini, jumlah mereka yang masih berada di 40 pusat pemindahan ialah 12,837 orang.

Setiausaha Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Fasrul Faiz Abd Satar, berkata sebanyak 20 tandas mudah alih disediakan di pusat pemindahan yang mempunyai kapasiti yang tinggi.

Beliau berkata, pihaknya juga menyediakan generator untuk digunakan di kawasan yang terputus bekalan elektrik dan sehingga kini sembilan generator telah diagihkan ke pusat pemindahan di sekitar Kangar. - BERNAMA
 
Sponsored Post

mr.driver

Active Member
Joined
Nov 5, 2010
Messages
2,438
Reaction score
11
Points
25
semoga bantuan dpt sampai dgn cepat... tak de kutip derma ke??
 

kalau

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
fuyyooo.....kalo dah 80% tenggelam dah parah sangat dah tu....
 

PinguSpy

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,141
Reaction score
114
Points
73
dekat perlis ada empangan nama ape ntah aku dah lupa.. dlu slalu mancing dkt sana... komform air tinggi gile babas :((
 

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
patutler orang yang nak kursus bekam esok tak jadik mai
 

smarties

Fun Poster
Joined
Sep 20, 2010
Messages
486
Reaction score
10
Points
15
huhuhu rumahku di sana juga dikhabaqkan semakin tenggelam juga....
jalan2 pon dinaiki air......
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
apa lagi darurat la suruh tentera handle
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
semoga warga kedah tabah menghadapi dugaan bencana ini!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register