alonso bersara 2010?

CG Sponsors




building

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 2, 2007
Messages
9,831
Reaction score
57
Points
70
Alonso mahu bersara



MADRID - Fernando Alonso mungkin berfikir akan bersara jika Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) meneruskan perancangan mereka menggunakan enjin dan transmisi yang sama untuk semua pasukan dalam Formula Satu (F1) bermula 2010.

''Jika mereka meluluskan menggunakan enjin tunggal saya akan memikirkan ia adalah masa yang sesuai untuk bersara,'' kata Alonso kelmarin.

Kebanyakan pasukan F1 tidak bersetuju dengan cadangan FIA itu yang menyatakan ia adalah jalan terbaik untuk mengurangkan kos.

Ferrari sudah menyatakan hasrat menarik diri dari sukan F1 jika badan tersebut meneruskan hasrat untuk menggunakan enjin yang sama bagi setiap pasukan bagi mengurangkan kos pasukan yang memiliki bajet rendah dan krisis kewangan dunia.

Alonso berkata, menggunakan enjin yang sama taraf seperti mengundur ke belakang, ketika F1 sudah menggunakan enjin V10 3-liter berbanding enjin V8 2.4 liter selepas musim 2005.

''Penggunaan enjin V10 begitu menyeronokkan buat pemandu perlumbaan. Kita telah mengorak langkah ke masa depan bersama kereta tanpa penggunaan elektronik dan penarikan, jika ia diteruskan ia akan kembali semula ke zaman kuno,'' katanya.

Bagaimanapun, Alonso memberi reaksi positif dengan perubahan peraturan tahun depan, termasuk penggunaan tayar yang lebih licin dan sistem pengawalan tenaga KERS yang baru, secara tidak langsung akan membantunya memenangi kejuaraan F1 ketiga bersama Renault.

''Kelebihannya ialah semua pelumba bermula dari peringkat awal. Tahun depan saya cuba untuk muncul juara. Anda tidak boleh memulakan perlumbaan tanpa memikir tidak akan menang. Objektif saya ialah untuk memenangi kejuaraan,'' katanya dalam majlis penaja di ibu negara Sepanyol.

Pelumba Sepanyol itu berjaya mengatasi permulaan yang buruk musim lalu dengan memenangi dua perlumbaan di Asia dan tempat kedua di Brazil.

Peningkatan itu meyakini juara dunia dua kali itu akan kekal dengan pasukan dari Perancis sehingga 2010 selepas kembali dengan penuh dramatik meninggalkan McLaren pada 2007

- sumber Utusan -
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,480
Reaction score
1,752
Points
206
so alonso kite bila nak bsara
dari bergosip2???
 

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
selagi ada nyawa selagi itu alonso CG berforum hahhahahha
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
bila masa lak aku ckp aku nak bsara???:eek:
 

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
....:)):))... ingat alonso CG tadi...:D:D
 

Pistia

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2008
Messages
8,760
Reaction score
47
Points
70
hahaha:)):)):))

alonso nak bsara dari mengepos kt sini..:)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register