Along sukar cari makan: Abu Seman

CG Sponsors




puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
Along sukar cari makan: Abu Seman

PUTRAJAYA: "Kini Along susah sikit nak cari makan," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, ia adalah hasil perang besar-besaran terhadap peminjam wang tanpa lesen itu yang dilancarkan oleh kerajaan sehingga mendorong lebih ramai orang awam membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Kementerian akan memastikan kegiatan haram ini berjaya dikekang dan dihapuskan sehingga ke akar umbi," katanya ketika menjelaskan tindakan yang diambil oleh kerajaan sepanjang tahun lalu dalam membanteras aktiviti Along.

Abu Seman berkata, antara tindakan yang diambil ialah membatalkan 6,163 talian telefon yang diiklankan oleh Ah Long, menurunkan poster dan iklan mereka selain mengadakan ceramah, dialog dan pameran mengenai gejala itu.

Katanya, papan digital elektronik akan digunakan di seluruh negara bagi menayangkan gambar-gambar ngeri penyeksaan Ah Long terhadap peminjam yang gagal membayar hutang.

Abu Seman berkata, bahawa tahun lALU sebanyak 578 kes ugutan jenayah, merosakkan harta benda, menceroboh kediaman dan mendatangkan kecederaan oleh Along telah dilaporkan.

"Daripada jumlah itu, 70 adalah kes tangkapan, 431 kes masih dalam siasatan polis dan selebihnya masih lagi dalam kes perbicaraan dan pertuduhan di mahkamah," katanya.

Abu Seman berkata, penubuhan satu pasukan petugas khas bagi mengekang aktiviti Along didapati berkesan kerana polis dapat mengendalikan kes-kes secara khusus, mempercepatkan siasatan dan menerima banyak aduan daripada orang ramai.

"Segala usaha yang telah dan akan diambil oleh kerajaan jelas menunjukkan bahawa tiada kompromi terhadap aktiviti Along di negara ini," katanya. - Bernama
.....................

sptutnya kalau nak benteras jgn la bg lesen bukak company mcm ni..~X(
 
Sponsored Post

lilbee

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
along ni yang ada lesen pun mintak simpan ATM kad..

apa beza dengan yang haram..
 

Putra_Quezee

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Feb 7, 2008
Messages
1,287
Reaction score
19
Points
25
batal dan haramkan terus lesen pemberi pinjaman wang... ni yg ada lesen pun bertindak sama gak macam yg haram...
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..elok la tu....skrg susah nak pinjam along da..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register