Along mati ditembak

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
GEORGETOWN: Seorang lelaki dipercayai ceti haram atau along maut kira-kira lapan jam selepas ditembak dari jarak dekat di kepalanya di sebuah pangsapuri di Jalan Edgecome di sini, awal pagi tadi.

Chong Chee Chiat, 25, ditembak seorang lelaki kira-kira jam 6 pagi ketika memandu kereta Suzuki Swift apabila memasuki pekarangan pangsapuri itu dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), jam 2.50 petang.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumanhya sebelum dihampiri seorang lelaki menunggang motosikal sebaik memberhentikan kereta di pintu pagar automatik pangsapuri berkenaan.

"Sebaik menghampiri kereta mangsa, lelaki terbabit terus melepaskan satu das tembakan di kepala. Mangsa dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi bagi mengeluarkan peluru.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang," katanya di sini.
 
Sponsored Post

azarulez

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,347
Reaction score
1,147
Points
151
ni mesti kes kacau line org nih..#:-S
 

mokhaini

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
ha ha ha ... kepada ah long - ah long sekalian .. harap maklum .....
 

sureheboh.com

Passed Away
Platinum Member
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
308
Points
131
Ah long tak bayar hutang sama bapak ah long kut...
 

worm

Fun Poster
Joined
Jul 29, 2008
Messages
485
Reaction score
18
Points
15
ahlong mati ditembak. ahlong itu sudah mati, kenapa ditembak lagi. bukan ke ahlong ditembak mati? huhuh
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
yang peliknya, ahli keluarga yang hantar pi hospital...
 

orga21

Active Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
1,506
Reaction score
7
Points
25
UTK punya kerja kot...selamba je naik motor
 
Sponsored Post
Top
Log in Register