BTC USD 63,974.3 Gold USD 1,775.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai ALLAHYARHAM TUN DR ISMAIL BIN ABD RAHMAN (4 Nov 1915 - 2 Ogos 1973)

Joined
Dec 2, 2010
Messages
9
Reaction score
1
Points
8
ALLAHYARHAM
TUN DR ISMAIL BIN ABD RAHMAN
(4 Nov 1915 - 2 Ogos 1973)

Allahyarham Tun Dr Ismail bin Dato Abd Rahman merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua apabila Tun Razak menjadi Perdana Menteri menggantikan Tunku Abd Rahman Putra Alhaj pada tahun 1970.Allahyarham merupakan tokoh yang menjadi IDOLAku semenjak aku di bangku sekolah lagi.

Allahyarham Tun Dr. Ismail dilahirkan di Parit Bakar,Muar pada 4 Nov 1915 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di English college (kini maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke King Edward Medical College, Singapura. Pada tahun 1943, beliau melanjutkan pengajian ke dalam bidang perubatan di Universiti Melbourne Australia. Beliau memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne.

Allahyarham terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO dan diganti oleh Tunku. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1951.

Allahyarham Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Duta Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957 dan juga diberikan tauliah menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kedua-dua jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959. Merupakan individu pertama dibenarkan membawa senjata ke dalam dewan perhimpunan PBB atas dasar memakai pakaian rasmi,baju Melayu bertanjak dan berkeris.

Allahyarham dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 Sep 1960 hingga Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak. Selepas peristiwa13 Mei 1969, beliau kembali ke dalam kabinet dan dilantik sekali lagi menjadi Menteri Dalam Negeri , Menteri Perdagangan dan Perusahaan seterusnya Timbalan Perdana Menteri sehingga meninggal dunia pada 2 Ogos 1973.

Jasa paling besar Allahyarham adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents."

Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr Ismail meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ. Tun Dr Ismail telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Norashikin binti Mohd Seth pada tahun 1950 dan dikurniakan 6 orang anak; Mohd Tawfik, Zailah, Badriah, Zamaqshari, Mohd Tarmizi dan Mohd Ariff.

Setelah 33 tahun Tun meninggalkan dunia ini, pada 2 Julai 2010, Toh Puan Norashikin pula menurutinya pulang ke rahmatullah.

SEMOGA ALLAH RAHMATI RUH ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH
 

CG Sponsors




Top
Log in Register