"Allah" juga boleh digunakan di Kelantan - Tahniah sekali lagi PAS!

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.
Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam.
“Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat,” katanya, dipetik dari keluaran terbaru, Harakah.
Nik Aziz berkata, “pada asasnya saya sudah jawab, memang boleh guna kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun kerana ada mainan di belakang, jadi untuk menyekat perkara yang tidak betul maka menurut usul fiqh ia harus disekat.
“Benda harus kalau bahaya perlu disekat, tetapi kalau benda harus ada manfaat wajib dilakukan, macam air kalau minum air sejuk sebab baik maka wajib dilakukan. Tetapi kalau doktor kata minum air sejuk tak baik kepada kesihatan maka wajib kita minum air
panas,” terang beliau.
Baru-baru ini beberapa negeri melarang penggunaan kalimah Allah dan beberapa perkataan lain di kalangan orang bukan Islam.
Misalnya Selangor tidak membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, bagi mengelakkan niat tidak baik terhadap kalimah ‘Allah’ sekatan boleh dibuat.
Tetapi perkara ini tidak berlaku di Kelantan.
Beliau yakin rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini memahami keadaan sebenar di sebalik isu tersebut. Peringkat pertama katanya, mahu keharmonian ada dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan agama, manakala kedua melihat perkembangan semasa yang berlaku.
“Kita mahu beri kefahaman kepada rakyat Kelantan memang nama Allah baik, cuma orang hendak guna nama Allah lebih baik ambil Islam dan jangan ambil nama sahaja,” ujar beliau.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=2029
 
Sponsored Post

z3r0

Fun Poster
Joined
Jul 9, 2009
Messages
229
Reaction score
1
Points
15
cmni la orang tggi ilmu berkata
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
kalakau..dari awal lagi isu kalimah ni,pas mmg x kate ape.yg byk kate kerajaan pusat,tetibe naik plak isu pas kelantan :))
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,199
Reaction score
568
Points
161
itu maccam ka...sula nyanyok la ini olang tua...
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
amacam kuhik?
amacam mendenya? Tuk Guru dah lama kata boleh kalau ikut kaedah Tauhid Rububiyyah. cuma Tuk Guru tak bersetuju dengan penyalahgunaan kalimah Allah sahaja. bacala bebetul statement Tuk Guru tu wahai sedara pembohong..

tak macam kamu dan juak UMNO yang lain. cakap degar-degar tak boleh, siap buat demo lagi, pastu kata boleh plak. ini baru flip flop dan hikpokrit.

lagi hikpokrit, hanya nama sahaja diperjuangkan, hukum-Nya plak dihina dan disepakterajang plak..

kesian betul sedara pembohong nie..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register