BTC USD 63,310.9 Gold USD 1,770.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alkisah: Kak Engku dilamar?

haizalr

Fun Poster
Joined
Jan 11, 2009
Messages
107
Reaction score
26
Points
20
Alkisah: Kak Engku dilamar?
Bersama Raja Nurfatimah Mawar

2010/11/14 (berita harian)

Raja Azura harapkan ruang perdamaian bersama bekas suami

HAI, baru saja sebulan bergelar `janda', pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura atau Kak Engku sudah dilamar. Raja mendengar sendiri seorang peminatnya yang juga saudagar intan berlian melamarnya di radio ketika Kak Engku ke udara. Kelas gitu!

Raja dengar Kak Engku bukan hanya dilamar saudagar intan berlian itu, ramai lagi yang terkejar-kejar dan cuba merapatinya, ada yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ada juga yang menghantar serangkap pantun melamarnya. Memang geli hati dibuatnya. Yalah, Kak Engku pun masih cantik dan bergetah macam anak dara, mesti ramai lelaki yang tergila-gilakannya. Siapa yang tak inginkan Kak Engku, sudahlah popular, berharta, cantik pula tu...
Namun pintu hati Kak Engku masih tertutup lagi. Bukanlah Kak Engku serik, tetapi jauh di sudut hatinya, masih mengharapkan ruang perdamaian bersama bekas suami, Adzmin Tan Sri Osman demi anak-anak. Raja dengar hubungan Kak Engku dengan Adzmin masih baik, malah ada peminat yang ternampak mereka sekeluarga menghabiskan masa di Sunway Lagoon, baru-baru ini. Mereka memang mesra dan nampak macam bercinta. Eloklah tu Kak Engku, tak guna dibuat musuh. Adzmin tu kan bapa kepada anak-anak.
Raja sempat menghubungi Kak Engku untuk bertanyakan kesediaannya kembali pada bekas suami, Kak Engku seperti biasalah, di sebalik kata-katanya, ada maksud yang bermakna. Akuinya, "Terserah pada Adzmin. Saya bersedia merujuk kembali tetapi bersyarat. Adzmin perlu mengembalikan kepercayaan saya terhadapnya. Bagi saya, kejujuran itu amat penting dan jangan berdolak dalih lagi.

"Bukan soal siapa betul, siapa salah, tetapi bekas suami seharusnya sedar, apa saja yang dilakukan, anak-anak akan terseret sama dengan tindak tanduknya. Tuhan memberi laluan yang baik, pilihlah antara intan atau kaca. Buat pihak yang merampas kebahagiaan dan meragut kasih sayang saya dan anak-anak, mereka tunggulah pembalasannya. Mungkin hari ini, Tuhan tidak memberi pembalasan padanya, tapi ingat, janji Tuhan itu benar. Mungkin pada masa akan datang seluruh keturunannya mendapat pembalasan.

"Apa yang saya tahu, pihak sana mengenali saya dan saya pula tidak perlu mengenali manusia yang menghancurkan masjid yang saya bina selama sembilan tahun ini. Mungkin hari ini pihak sana rasa bahagia, tetapi ingat, masa akan datang belum tentu lagi apabila kita memutuskan kasih sayang orang lain. Saya tidak mahu membalas perbuatannya, tetapi saya berserah pada Tuhan.

"Dengan doa yang tidak pernah putus, dengan harapan keluarga dan keluarga mentua yang sentiasa mendoakan saya dan Adzmin berbaik, saya percaya Tuhan akan memakbulkan doa kami suatu hari nanti."
Kak Engku beritahu Raja, dia cukup bimbang pendengar radio SinarFM dan peminat menyalahkannya akibat perceraian, tetapi sebaliknya pula yang diterima. Hari-hari yang dilalui penuh dengan keceriaan apabila peminat sentiasa menggembirakannya dengan telatah dan usikan lucu.

"Saya sampaikan tidak sabar untuk berada di konti radio setiap hari. Saya berterima kasih pada pendengar yang sentiasa menghiburkan hati saya, mereka jadi peniup semangat saya. Saya lebih terharu apabila setiap kali keluar berjalan-jalan ada saja yang menegur, malah ada peminat berbangsa lain yang memberi kata semangat dan mendoakan kebahagiaan saya, terima kasih semua!" katanya. Kak Engku kini khabarnya kembali aktif dalam lumba kereta bersama kawan-kawan lama, amatur dan profesional di Sepang.

"Saya dah tinggalkan aktiviti ini sejak 10 tahun lalu. Memang seronok kembali berlumba kereta semula. Sekarang saya sedang mencari kereta yang sesuai untuk perlumbaan. Tapi saya berlumba di litar, bukan berlumba atas jalan raya," katanya dengan tergelak besar. Raja seronok apabila bersembang dengan Kak Engku ni, wajahnya sentiasa ceria, kata-katanya sering membuatkan orang sekeliling tergelak besar, walau hatinya menangis kita tak tahu..
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register