BTC USD 54,785.3 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Berbuih, Bau Seakan Diesel Di Sungai Gombak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,199
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,199
Reaction score
36,349
Points
2,836
Awards
2

Aliran berbuih, bau seakan diesel di Sungai Gombak​


09 JUN 2024

2682582.jpg

Aliran berbuih dikesan di Sungai Gombak sekitar jam 1 tengah hari dan 8 malam pada Sabtu.


GOMBAK – Aliran berbuih serta bau seakan diesel dikesan di sebuah tapak projek pembangunan di Sungai Gombak pada Sabtu.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan berkata, kejadian disedari sekitar jam 1 tengah hari dan telah menggerakkan anggota menjalankan pemeriksaan.

Menurutnya, semakan mendapati permasalahan itu disyaki berpunca daripada pencucian jentera berhampiran lokasi.

“Kerja cucian menyebabkan aliran tersebut masuk ke longkang premis dan seterusnya ke dalam kolam rawatan dan ke sungai berhampiran.

“LUAS telah melakukan pensampelan di lokasi-lokasi berkaitan di premis berkenaan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Katanya, sekitar jam 8 malam didapati aliran berbuih tersebut dikesan semula di Loji Rawatan Air (LRA) Gombak.

“Pasukan LUAS telah melakukan pensampelan bagi mengenalpasti kandungan aliran berbuih tersebut.

“Keadaan semasa adalah terkawal dan pasukan LUAS bersama Air Selangor sedang menjalankan siasatan menjejaki punca aliran berbuih berkenaan di hulu sungai Gombak dan anak-anak sungai berkaitan,” katanya.


 
Sponsored Post

Ikutkan dari semalam lagi penduduk kawasan terlibat takda air
Tengahari tadi baru ada balik air katanya
LRA sg gombak cover dari batu 6 jalan gombak, sg pusu, uia sampai ke batu 12.. atas tu batu 12 cover skit by LRA sg rumput

Lama dah x dengar kes tumpahan minyak besar di gombak.. dulu masa aku kerja situ ada tumpahan2 kecil tapi sempat cover
 
LRA sg gombak cover dari batu 6 jalan gombak, sg pusu, uia sampai ke batu 12.. atas tu batu 12 cover skit by LRA sg rumput

Betul tu bang
Sama macam info dalam apps Syabas 😀

Lama dah x dengar kes tumpahan minyak besar di gombak.. dulu masa aku kerja situ ada tumpahan2 kecil tapi sempat cover

Ini kes besar la kot
Tu sampai loji kena henti tugas
 
LRA sg gombak cover dari batu 6 jalan gombak, sg pusu, uia sampai ke batu 12.. atas tu batu 12 cover skit by LRA sg rumput

Lama dah x dengar kes tumpahan minyak besar di gombak.. dulu masa aku kerja situ ada tumpahan2 kecil tapi sempat cover
LRA sg gombak berapa kapasiti dalam jlh?
 
LRA sg gombak berapa kapasiti dalam jlh?
30MLD/JLH maksimum..

30jlh tu pun seingat aku dulu aliran air masuk dah tinggi, nak rawat perlu hati2 dan perlu dos chemical yg banyak.. nak lebih lagi x boleh dah sebab akan bagi kesan pada kualiti dan ganggu jadual cucian tangki mendap

Fuh.. bleh hafal lagi aku sop pengoperasian loji gombak padahal dah 10 tahun tinggal.. :D
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register