BTC USD 27,738.7 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliff Syukri tak nafi, mengiakan perluas dakyah LGBT

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,738
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,738
Reaction score
4,903
Points
261
Awards
1
Usah siar video bertentangan adab ketimuran, ajaran Islam - Idris

Usah siar video bertentangan adab ketimuran, ajaran Islam - Idris
Datuk Idris Ahmad. - NSTP
PUTRAJAYA: Klip video bertentangan adab ketimuran serta ajaran Islam wajar dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau sekurang-kurangnya dipersendirikan sekadar untuk tatapan peribadi.

Kenyataan itu dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad, sebagai nasihat ketika memberikan komen mengenai video muzik lagu 'Kelepok Raya' dihasilkan ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, yang mengundang kontroversi.

Malah, Idris sendiri sedia bertemu dengan ahli perniagaan itu dan sekiranya berlaku, ia lebih kepada sebagai tanda ingatan dan ukhuwah sesama Islam bagi berkongsi dan berbincang dalam pelbagai perkara.

"Terdapat perdebatan dan perbincangan agak panas dalam kalangan rakyat terhadap klip video berkenaan yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

"Pastinya saya kira kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal setelah kita menempuh ujian dan tarbiah di bulan Ramadan.

"Saya nasihatkan dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini di keluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau dipersendirikan untuk tatapan peribadi," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa adegan dalam video muzik lagu 'Kelepok Raya' sebagai kurang sesuai termasuk babak Aliff Syukri selaku penyanyi yang 'berbaring' bersama beberapa penari lelaki dalam keadaan yang dianggap tidak bersesuaian.

Idris berkata, pihaknya cuba mengambil peluang terhadap isu ini dengan mengajak semua rakyat dan seluruh umat Islam khususnya untuk menjaga sensitiviti perkara berkaitan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

"Peluang dan rezeki yang Allah berikan kepada kita sebagai seorang yang berpengaruh perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengajak umat Islam kepada perkara lebih takutkan Allah serta menjauhi tingkah laku yang menjarakkan diri dengan ketaqwaan dan reda Allah SWT, lebih- lebih lagi kita sedang berhadapan bulan penuh mulia ini.

"Saya yakin ia mampu memberi jiwa besar dan hati lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama yang tidak akan rugi sekiranya kita mentaatinya, malah insya Allah akan melapangkan lagi rezeki," katanya.

Beliau pada masa sama menyeru semua rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama.
 
yussv

Super Active Member
gem
Messages
8,514
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
8,514
Reaction score
1,813
Points
151
Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri

PETALING JAYA – Berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah hari ini, ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Bonda Rozita Ibrahim memohon maaf bagi pihak anaknya atas keterlanjuran perbuatannya yang masih tak serik mencetus kontroversi murahan.

Rozita yang berangkat ke Mekah pukul 1.30 petang hari ini berkata, dia tidak berpuas hati dengan tindakan anaknya yang berstatus jutawan itu kerana tidak habis-habis mencipta publisiti murahan. Kali ini, menerusi lagu raya berjudul Kelepok Raya.

“Bonda nak pergi umrah. Penerbangan pukul 1.30 petang hari ini. Saya dengan rendah diri minta maaf pada semua followers atau sesiapa saja yang pernah sakit hati dengan anak saya.

INTERAKSI media sosial menggelikan hati antara Bonda Rozita Ibrahim dengan anaknya, Aliff Syukri. – INSTAGRAM
“Berbanyak-banyak minta maaf. Kalah hati bonda apabila dikelilingi cucu tapi nak sahaja tangan ini melepuk (Aliff),” katanya menerusi satu muat naik status terbaharu dalam Instagram.

Terdahulu, Aliff menerima kecaman hebat daripada netizen apabila berkongsi beberapa klip promosi lagu terbaharunya, Kelepok Raya yang menyaksikan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis mengalahkan perempuan dan menggayakan baju Melayu sendat.

Aliff bertegas bahawa karya muzik bersempena Aidilfitri yang bakal dikongsikan atau dilancarkan kepada umum Rabu ini merupakan satu bentuk atau cabang seni.

“Saya tak faham mak, apa salah saya? Tolonglah mak profesional sikit. Ini semua ‘art’ (seni),” kata Aliff.

Rozita kemudian membalas komen tersebut dengan menulis: “Art tahi kucing kaulah.” – KOSMO! ONLINE
Mak dia sendiri pun kutuk..syok sendiri btul dia ni..
 
kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,581
Joined
Apr 18, 2010
Messages
41,581
Reaction score
3,610
Points
266

Macam mana ni makcik.
Anak makcik ni bapok ke macam mana?
 
Luke

Super Active Member
gem
Messages
7,754
Joined
Sep 20, 2007
Messages
7,754
Reaction score
1,143
Points
151
Komen garang edisi terowong masa.

FB_IMG_1650943103519.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register