BTC USD 62,157.1 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliff Syukri tak nafi, mengiakan perluas dakyah LGBT

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,544
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,544
Reaction score
6,469
Points
881
Awards
1
Aliff Syukri tak nafi, mengiakan perluas dakyah LGBT



PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri malas hendak menafikan mahupun mengiyakan dakwaan segelintir pihak mengatakan dirinya ‘ejen’ mempromosi dakyah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menerusi peluncuran single raya terbaharunya, Kelepok Raya.

Aliff atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman berkata, tidak wajar sekiranya orang ramai sewenang-wenangnya menghakimi seseorang hanya berdasarkan luaran sedangkan apa penting adalah mesej yang ingin menerusi karya tersebut.

“Mereka yang terlibat (menari) dalam klip video merupakan penari profesional. Mereka ada kerjaya tetap. Seorang itu merupakan seorang pensyarah dan ada seorang lagi itu, kerja sebagai askar.

“Dalam profesion askar pun ada biro atau exco kebudayaan tahu? Bila kalian menghina, tahu tak mereka semua ada tahap pendidikan yang tinggi, ada ijazah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Aliff, 35, ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Hilton, Petaling Jaya di sini, malam tadi.

Isteri Aliff iaitu Datin Nur Shahida Mohd. Rashid yang turut melantunkan vokalnya dalam lagu terbabit juga mempertahankan para penari dalam klip video yang akan dilancarkan dalam YouTube pukul 12 tengah hari ini.

“Ada antara mereka yang dah kahwin dan punya isteri. Jadi, kita tak boleh nak hakimi orang daripada apa yang kita nampak sahaja sebenarnya.

“Netizen nampak lembut saja, terus cop golongan LGBT,” ujar Shahida.

Aliff bagaimanapun akur dengan realiti bahawa netizen mempunyai hak untuk memberi komen apa sahaja, termasuk tentang dirinya yang masih tidak serik dan sengaja mengada-adakan gimik untuk meraih publisiti murahan.

“Beginilah, saya tak menafikan atau mengiyakan (tentang promosi dakyah LGBT). Netizen boleh komen apa sahaja. Orang kata saya buat gimiklah. Saya terbuka dan kalau orang nak maki hamun peminat-peminat, bagi saya mudah, yang buruk saya terima serta yang baik pun saya sedia terima.

“Sebab bagi saya, tanpa gimik lagu ini tak akan meletup. Saya bukan Siti Nurhaliza. Kalau kalian tak berfikiran moden (terbuka), maka fikiran akan duduk dalam kepompong yang sama. Bila industri muzik Malaysia nak naik kalau kalian semua tak nak menyokong?,” getus bapa kepada enam orang cahaya mata itu.

Gara-gara klip video muzik tersebut juga, Aliff terdahulu dikecam hebat, bukan sekadar oleh netizen bahkan ibunya sendiri turut menyelar penghasilan yang didakwa kerja seni itu sebagai ‘art tahi anjing’.

Kelepok Raya edaran Rusa Music merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Azmi Hassan atau nama sebenarnya Amy Ukays dan muzik video diarahkan Nazril Azri. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Agak memalukan. Tak patut dia wat video gini..
Orang lelaki melayu islam tak penah menari gini..

Sorry mmg takde seni.. Rosak..

Aku tak penah tgk lelaki melayu menari gini melainkan golongan "lelaki lembut" yg jenis promote diri dlm media social..

Kalau kau lembut is okay fine, but dont promote budaya lembut..

Rosak dari segi content tontonan anak2 kita pada masa mendatang..
 
Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri

PETALING JAYA – Berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah hari ini, ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Bonda Rozita Ibrahim memohon maaf bagi pihak anaknya atas keterlanjuran perbuatannya yang masih tak serik mencetus kontroversi murahan.

Rozita yang berangkat ke Mekah pukul 1.30 petang hari ini berkata, dia tidak berpuas hati dengan tindakan anaknya yang berstatus jutawan itu kerana tidak habis-habis mencipta publisiti murahan. Kali ini, menerusi lagu raya berjudul Kelepok Raya.


“Bonda nak pergi umrah. Penerbangan pukul 1.30 petang hari ini. Saya dengan rendah diri minta maaf pada semua followers atau sesiapa saja yang pernah sakit hati dengan anak saya.


INTERAKSI media sosial menggelikan hati antara Bonda Rozita Ibrahim dengan anaknya, Aliff Syukri. – INSTAGRAM
“Berbanyak-banyak minta maaf. Kalah hati bonda apabila dikelilingi cucu tapi nak sahaja tangan ini melepuk (Aliff),” katanya menerusi satu muat naik status terbaharu dalam Instagram.

Terdahulu, Aliff menerima kecaman hebat daripada netizen apabila berkongsi beberapa klip promosi lagu terbaharunya, Kelepok Raya yang menyaksikan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis mengalahkan perempuan dan menggayakan baju Melayu sendat.

Aliff bertegas bahawa karya muzik bersempena Aidilfitri yang bakal dikongsikan atau dilancarkan kepada umum Rabu ini merupakan satu bentuk atau cabang seni.

“Saya tak faham mak, apa salah saya? Tolonglah mak profesional sikit. Ini semua ‘art’ (seni),” kata Aliff.

Rozita kemudian membalas komen tersebut dengan menulis: “Art tahi kucing kaulah.” – KOSMO! ONLINE
 
korang prasan tak? dio ni bnyk guno teknik negatif marketing yg akan meletop sbb viral dgn cercaan org ramai & ramai jugak peminat yg akan backup...

aww tak kuaser akewww nnnnnyyyaaahhhhh! ekekekkeeke
Mamat ni sepatutnya kene CANCEL kat Internet mesia... satu negara tak sebut2 dia lagi. Baru sedap...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register