BTC USD 26,220.3 Gold USD 1,940.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliff Syukri didakwa mahkamah kerana memuat naik kandungan sumbang

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
23,686
Joined
May 29, 2008
Messages
23,686
Reaction score
10,317
Points
631
Awards
1
dia ada bnyk duit.. boleh fight pe yg dia nak..
kita boleh tgk dari jauh sama ada dia boleh menang atau tak..

tp yg jelas video dia mmg kontroversi.. sumbang dan jelik..
menggangu aku yg menonton nya..

kena dengan akta.. bayar 50k lepas tu suruh dia duduk dlm penjara seminggu dua.. sbgi pengajaran..
RIP..

211. Larangan terhadap pemberian kandungan jelik. (1) Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang. (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,558
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,558
Reaction score
22,516
Points
2,866
Awards
1
Aliff Syukri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.
https://www.utusan.com.my/.../aliff-syukri-tidak-mengaku.../


Aliff Syukri mengaku tidak bersalah​

Alif-syukri-tidak-bersalah-re.jpeg


ALIFF Syukri keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Mahkamah Sepang, Selangor. - FOTO/FAIZ ALIFF AHMAD ZUBIR

  • 13 Oktober 2022, 12:27 pm



SEPANG: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.

Aliff Syukri membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Ahmad Rizki kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melalui hantaran di Instagram menggunakan akaun ‘aliffsyukriterlajaklaris’ didakwa secara sedar memuat naik empat video pendek menerusi lagu ‘Klepok Raya’ yang mengandungi kandungan sumbang.

Aliff Syukri didapati memuat naik empat video pendek berkenaan masing-masing pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) Akta 588 dan boleh dituduh mengikut Seksyen 233 AKM di bawah akta sama.

Seksyen 233 menetapkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya atau boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Fazril Sani Mohamed Fadzil.

Terdahulu, Fazril Sani memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan yang membawa keseluruhan RM20,000.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Hasshahari Johari Mawi memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan sebanyak RM1,500 bagi semua empat pertuduhan dengan alasan perlu menanggung isteri dan lima anak.

Hasshahari juga menjelaskan anak guamnya sentiasa memberi kerjasama, tidak melawan dan ingkar terhadap pendakwa raya dan pegawai penyiasat sebelum ini.

Malah, katanya, tertuduh juga hadir sendiri ke mahkamah hari ini untuk membantu siasatan tanpa paksaan sesiapa.

Sementara itu, seorang lagi peguam bela, Awang Amardajaya Awang Mahmud berkata, wang jaminan bukan sesuatu hukuman dan matlamat untuk memastikan tertuduh hadir ke mahkamah untuk perbicaraan.

Sebelum itu, ketika pendakwaan berlangsung, pegawai Aliff Syukri ditegur oleh polis mahkamah kerana didapati merakam menggunakan telefon pintar sebelum gajet itu dirampas.

Perbuatan itu dianggap menghina mahkamah dan hakim kemudian memberi amaran atas perbuatan itu dan individu berkenaan sudah pun memohon maaf atas tindakan itu. – UTUSAN
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,558
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,558
Reaction score
22,516
Points
2,866
Awards
1
rakyat buat salah, kerajaan dapat duit..hahhahaahaha
yang tukang buat aduan tu dapat pape tak? @cek mek molek

tn stonz, yg buat aduan kena jadi saksi masa bicara kes

dan dia tak dapat apa apa :D
kalau perlu, mungkin akan dilindungi sebagai saksi
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register