BTC USD 61,871.3 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan Ruhainies

Sponsored Post

1825.jpeg

Lepas tular tangkap layar WhatsApp antara Aliff Aziz dan NRF, Instagram Ruhainies terus 'private'‼️

Sejak semalam kecoh di media sosial perbualan antara Aliff dan juga NRF yang dilondehkan Sarah Yasmine.

Netizen baru nak tanya maksud kod rahsia 'LU, LUM, MUSM'.. tengok2 IG dah kena private hmmm😢

Sumber: IG Ruhainies
 
Aliff Aziz 'buka mulut’ isu ditangkap khalwat dengan Ruhainies

Gempak
Gempak
Mei 2, 2024 23:50 MYT

Aliff Aziz 'buka mulut’ isu ditangkap khalwat dengan Ruhainies
Ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies (kiri), Aliff Aziz enggan menuding jari pada isterinya, Bella Astilah (kanan) yang didakwa menjadi dalang di sebalik insiden itu. - Gempak

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz turut membuka mulut mengenai kontroversi dia didakwa ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada awal Mac lalu.

Menerusi podcast di The Common Folks SG, Aliff bagaimanapun tidak mahu mengatakan tangkapan itu merupakan satu perangkap buatnya dan Ruhainies.

“Apa yang sudah jadi itu, benda dah jadi. Bukan perancangan daripada pihak kami ke. Untuk kata benda ini perangkap ke, I’m not in position to say (saya tidak dalam kedudukan untuk berkata).

“For me, saya hanya anggap benda yang berlaku depan mata ini, saya hadap depan mata. Dah kena tangkap, atau apa saja yang orang buat spekulasi, mereka boleh spekulasi atau nak percaya apa yang mereka nak.

“Untuk saya, lebih kepada ‘why’… saya ada banyak benda ‘why’… macam mana nak cakap,” kata Aliff.

Pada perkongsian yang sama, Aliff juga enggan menunding jari kepada isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang didakwa menjadi dalang kerana menganggap kesilapan itu berpunca daripadanya sendiri.

“Dia ada banyak fikiran akal, atau fikiran matang. Saya tak nak tunding jari sebab ia satu tuduhan. The fact is i was there. Semua atas diri saya, tak ada orang letakkan pistol dekat kepala saya untuk lakukan.

“Apa-apa yang berlaku atas kesilapan saya, saya nak kena man up, make peace with it and try to move foward. Tapi susah untuk move foward sebab semuanya hura-hara sekarang.

“Saya tak boleh sentuh benda itu sama ada ia perangkap atau tidak sebab at the end of the day, I was there,” ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.

Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan. -
#Aliff Aziz #Aliff Aziz ditangkap khalwat #Ruhainies #Bella Astilah
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register