BTC USD 54,474.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliff Aziz curang dengan adik Bella pulak, semua dia sesah

Sponsored Post

Ustaz Ahmad Dusuki Beri Komen Isu Aliff & Bella, Titip Pesan Tutup Aib Rumah Tangga – ‘Ramadan Bukan Bulan Penceraian’

Amirul Ilyasha


Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki tampil memberikan komen serta maklum balasnya mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.



Ramadan bukan bulan bercerai

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ustaz Ahmad Dusuki menjelaskan bulan Ramadan bukanlan bulan untuk suami isteri itu berdepan dengan proses perceraian.

Sebaliknya, sambutlah kedatangan bulan Ramadan dengan penuh keinsafan untuk memohon rahmat dan keampunan Allah SWT.

Khabarkan kepada semua mukmin dan mukminah, Ramadan bukan bulan perceraian dan melakukan dosa, Ramadhan Allah jadikan bulan keampunan dan maghfirahnya yang terlalu luas.

Tambah penceramah itu lagi, para suami perlulah membimbing ahli keluarganya menuju ke jalan Allah dan bukannya memusnahkan keharmonian dalam keluarga dengan cara melakukan larangan Allah.

Khabarkan lagi kepada para suami, bawalah rumah tangga kalian ke syurga Allah, bukan menghancur dan memusnahkan rumahtangga dengan kemaksiatan yang menghilangkan keberkatan.

Di akhir hantaran, Ustaz Ahmad Dusuki turut berpesan kepada kaum isteri untuk sentiasa menutup aib keluarganya daripada pengetahuan orang ramai.

Khabarkan kepada setiap Isteri mukminah, tutuplah aib rumah tangga kalian dari terbuka dan didedah di kalangan masyarakat awam.

Allah membuka jalan perdamaian dengan kedua dua bertaubat dan kembali kepada Allah.

Cintailah Allah, rumahtangga kita selamat!

Hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan nasihat yang dititipkan.

Namun begitu, wargamaya turut menasihatkan Ustaz Ahmad Dusuki untuk tidak menujukan hantaran tersebut kepada mana-mana individu sebaliknya, titiplah nasihat secara rawak sebagai pengajaran dan pedoman orang ramai.

Komen netizen







Sumber: Instagram Ustaz Ahmad Dusuki
 
Aliff Aziz tak nak cerai pulak...

Kuala Lumpur: Biarpun Bella Astillah bertekad untuk bercerai, namun penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Aliff menyatakan pendiriannya di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella pada 11 Mac lalu mengikut seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada prosiding yang berlangsung jam 12 tengah hari itu, Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju dengan wakil yang dilantik kedua-dua belah untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Aliff yang hadir pada prosiding hari ini enggan melafazkan cerai terhadap Bella kerana masih menyayangi isteri dan anak-anaknya.

"Benar Yang Arif, tidak bersetuju. Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam satu hari, saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini.

"Ya saya masih sayangkan keluarga ini," katanya.

Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan bagi laporan JKP yang diwakili ibu Aliff, Siti Hafizah Basharahil dan kakak angkat Bella, Roslinda.

Pasangan itu hadir ke mahkamah dengan ditemani ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, Aliff sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, namun Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, sebagai defendan tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.

Untuk rekod pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Terdahulu pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Disiarkan pada: April 4, 2024 @ 1:47pm
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register