Alienware Perlihat Paparan Gaming AW2521H - Kadar Segar Semula 360FPS

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,097
Reaction score
3,304
Points
236
Pada minggu lalu, Alienware telah memperlihatkan beberapa komputer riba dan desktop gaming yang menggunakan komponen-komponen terbaru yang berkuasa.

Kini, mereka memperlihatkan sebuah paparan gaming pula melalui Alienware AW2521H. Paparan skrin gaming ini bersaiz 24.5 inci dan mempunyai resolusi sebesar Full HD sahaja, tetapi hadir dengan sejumlah ciri-ciri premium.

Ini termasuklah penggunaan panel IPS yang mempunyai kadar segar semula 360FPS dan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA G-SYNC. Dari segi rekaan, ia hadir dengan falsafah rekaan Alienware baru, tetapi buat masa ini, hanya butiran sedikit ini yang diketahui mengenainya.

Dell mengatakan bahawa tarikh pelancaran dan harga paparan 24 inci ini akan diketahui di masa akan datang.

Alienware-AW2521H-1.jpg


Sumber rujukan https://www.alienwarearena.com/ucf/...pci-e-liquid-cooled-graphics-to-beat-the-heat
 
Top
Log in Register