BTC USD 17,126.4 Gold USD 1,798.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News AliBaba Perkenal Wuying Cloudbook, Komputer Riba Berasaskan Awanan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Ali Baba Group telah melancarkan komputer riba berkuasa awan ultra nipis yang digelar Wuying Cloudbook, baru-baru ini. Ia menampilkan skrin sesentuh sebesar 14-inci beresolusi 2.5K yang dimuatkan ke dalam tubuh dengan ketebalan hanya 13.9mm.

AliBaba-Memperkenalkan-Wuying-Cloudbook-Komputer-Riba-Berasaskan-Awanan-950x950.jpeg.webp


Dikuasakan oleh Alibaba Cloud Architecture, ia juga menggunakan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan tinggi yang bercirikan awanan. Ini sekaligus membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya kuasa pengkomputeran awan sambil meningkatkan kecekapan kos, serta memudahkan kerjasama dalam tetapan pejabat hibrid yang semakin pelbagai.

AliBaba-Memperkenalkan-Wuying-Cloudbook-Komputer-Riba-Berasaskan-Awanan-3-950x950.jpeg.webp


Ia menyediakan kuasa pengkomputeran awan tanpa had untuk menjalankan perisian intensif pengkomputeran seperti rendering video dan penjanaan imej. Dalam masa sama, turut memberi kebebasan kepada pengguna dengan membolehkan mereka menjalankan beban kerja di awanan tanpa perlu memuat turun dan memasang perisian pada peranti.

AliBaba-Memperkenalkan-Wuying-Cloudbook-Komputer-Riba-Berasaskan-Awanan-2-950x760.jpeg.webp


Selain itu, pengguna juga boleh menjalankan berbilang sistem pengendalian secara serentak, ini termasuklah Windows, Linux atau Android. Wuying Cloudbook adalah pilihan yang ideal untuk cara kerja baharu seperti kerja dalam jarak jauh dan kerjasama antara pengguna di lokasi yang berbeza. Ia juga menyokong sambungan Wi-Fi6 dan 4G LTE untuk pengguna kekal dalam talian. Tiada spesifikasi teknikal yang dikongsi setakat ini.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register