InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
SHANGHAI: Syarikat gergasi e-dagang, Alibaba didenda 18.2 bilion yuan (AS$2.78 bilion) kerana amalan dan salah guna kedudukan dominan syarikat berkenaan dalam perdagangan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pihak berkuasa perniagaan China mengenakan denda sebanyak itu selepas menamatkan siasatan antimonopoli ke atas Alibaba sejak Disember lalu.
Siasatan yang dijalankan tertumpu terhadap dakwaan Alibaba mewajibkan peniaga yang ingin menjual barang mereka menerusi platform syarikat itu, tidak boleh berbuat demikian di laman web e-dagang lain.
Jumlah denda yang dikenakan itu berdasarkan hasil jualan syarikat terbabit pada tahun 2019, iaitu sebanyak 455.7 bilion yuan.
Alibaba bersama beberapa peneraju syarikat teknologi China lain menerima tekanan selepas wujud kebimbangan terhadap pengaruh syarikat itu di China, yang mana pengguna kini menjadikannya sebagai platform untuk berkomunikasi, membeli-belah, membayar bil, menempah teksi, memohon pinjaman serta pelbagai aktiviti harian.
Malah, Alibaba menjadi perhatian ramai sejak Oktober tahun lalu apabila pengasasnya, Jack Ma mengkritik pihak berkuasa China dan menyifatkan mereka sebagai 'ketinggalan zaman' selepas menyuarakan kebimbangan terhadap isu berkaitan pinjaman, insuran dan pengurusan kewangan oleh anak syarikat Alibaba, Ant Group.
China sedang berusaha menangani masalah peminjam yang melarikan diri dan kritikan dilemparkan Ma dilihat sebagai cabaran terhadap bidang kewangan yang dikuasai negara itu. - AFP
Last edited: