Ali Rustam Buta Matematik danTidak Dapat Terima Kenyataan..

CG Sponsors




janz_264

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,857
Reaction score
8
Points
25
BN mungkin menang jika pengundi luar balik mengundi

MELAKA 18 Jan. - Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau berkata, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004.

"Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam St. John Ambulans Malaysia cawangan Melaka di sini hari ini.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar.

Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Mohd. Ali menambah, faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu.

"Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan BN," katanya.

Dalam nada menyindir Mohd. Ali berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya

Sedikit analisis
Jumlah Pengundi PRU 12 KT = 66,231
Jumlah Pengundi PRK KT = 63,993

Jumlah yang x balik mengundi = 2238
Majoriti PRK = 2631
Beza = 393 Undi
Andai Benar Jumlah yang x balik mengundi ni semua pengundi BN..PAS tetap menang dengan Majoriti 393 undi..Terimalah hakikat wahai Ali Rustam..Rakyat dah makin bosan...:eek:
 
Last edited:
Sponsored Post

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
betul2...die dah start mabuk dah ali nie
 

MOD jr.

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 29, 2008
Messages
23,580
Reaction score
134
Points
133
ayat kalau tak abis2 :D bremok guh :D
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
62
Points
70
dia bengang kena boo kat sana.

bakal pemimpin utama masa depan umno ni,
cerah la nampaknya masa depan PAS.
 

Manlew

Fun Poster
Joined
Mar 23, 2007
Messages
150
Reaction score
0
Points
10
ni pakai cakap jee.....
tak pakai pikir pun...
yang penting ada alasa...
tipu dan terus menipu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register